₊˚ʚ Zhafran Aurel : 45 ⨾ଓ

7.7K 363 38
                                    

Song : Tak Mampu Lupa by Putri Ariani

SETELAH dua hari Aurel merehatkan dirinya, harini dia kembali sihat seperti sedia kala

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SETELAH dua hari Aurel merehatkan dirinya, harini dia kembali sihat seperti sedia kala.

Dia memanjatkan rasa syukur terhadap yang maha Esa kerana masih lagi memanjangkan riwayatnya. Matanya meliar dengan keadaan di wad ini, hatinya tidak senang jikalau sosok suaminya tiada di hadapan matanya.

"Abang?," Tiada sahutan daripada Zhafran, raut wajahnya bertukar sayu. Dia ternampak akan surat yang diletakkan kemas di atas meja wadnya. Pantas sahaja tangannya mencapai surat itu lalu dia membuat lipatan surat tersebut.

Ke hadapan isteriku tercinta..

Tatkala bunga membaca surat ni, abang mohon kepada bunga untuk terus kuat ya? Abang sentiasa ada dengan bunga, abang minta maaf bunga.. Abang lambat selamatkan bunga. Abang mohon jangan bencikan abang please? Jangan pernah salahkan diri tu okey? Little flower kita tunggu kita kat pintu syurga.. Abang minta maaf, bunga.. Abang nak rehatkan diri sekejap tau? Abang tak sanggup nak lihat air mata bunga terus mengalir disebabkan abang..

Yours,
Zhafran Auden.

Mutiara jernih mulai bergenang di tubir matanya, Aurel melepaskan tangisannya tanpa suara.

"Why abang tinggalkan Aurel hiks.." Terhinjut-hinjut bahu Aurel menahan tangisannya. Kenapa?

Usai membaca coretan Zhafran, surat itu didakap kemas. Adakah lelaki itu tidak tahu yang dirinya amatlah memerlukan nya?

"Abang.. Hiks hiks.." Tidak dapat Aurel menghabiskan ayatnya, tangisan menjadi penemannya di wad itu. Dia hilang anaknya, dia juga hilang suaminya.

Kenapa Zhafran tinggalkan dirinya?

"Mama minta maaf sayang.. Dulu mama jahat dengan babah kamu.. Tunggu mama tau, sayang? Mama minta maaf.." Sekali lagi air mata Aurel jatuh menyembah selimut yang dia gunakan. Walaupun dia sudah sihat, namun dia belum boleh di discharge. Keadaannya masih lemah, dan dia harus berpantang kerana keguguran yang dia alami ini harus dirawat.

"Abang, i need you right now.." Ujar Aurel dengan nada yang cukup lirih.

"I'm here, sweetheart. I can't look your tears fall for me again" Suara Zhafran kedengaran jelas di sistem pendengaran Aurel. Aurel menguntum senyuman manis. Air mata yang mengalir lebat di pipi di kesat oleh Zhafran dengan lembut. Takkanlah dia mahu meninggalkan cinta hatinya seorang diri tika ini?

Dia ingat Zhafran akan meninggalkan dirinya seorang diri lagi..

Rupanya, tidak. Lelaki yang bergelar syurganya tidak pernah meninggalkan dirinya. Adakah surat itu?

"How about this letter, abang?"

Dahi Zhafran berkerut tatkala Aurel menghulurkan surat itu. Dibacanya dengan tekun, persoalan mula berlayar di dalam mindanya.

ZHAFRAN AUDEN ©️Where stories live. Discover now