₊˚ʚ Zhafran Aurel : 8 ⨾ଓ

9.3K 505 55
                                    

Song : Pilihan yang Terbaik

"SAYA terima lamaran awak, Zhaf

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"SAYA terima lamaran awak, Zhaf." sejurus itu Zhafran memalingkan wajahnya ke arah Aurel.

Tiada senyuman terlakar di bibir wanita itu. Takkan lah Aurel terima lamaran itu hanya kerana terpaksa?

Dia bukanlah kejam sangat sehingga mahu menyeksa perasaan Aurel. Jika sahaja Aurel menolak lamaran itu, dia tidak ambil hati pun.

Lagipun, sebelum Zhafran bertindak untuk melamar wanita itu, Zhafran telah diberitahu bahawa ibu bapanya telah merisik Aurel secara diam-diam. Terkilan dengan perbuatan ibu ayahnya?

Tidak sesama sekali. Jika Aurel Zea Rose ditakdirkan untuk Zhafran Auden, mengapa dia harus menolak takdir itu?

Dia yakin dengan dirinya. Keputusannya untuk menghalalkan wanita itu adalah pilihan yang terbaik.

"Awak tak menyesal nanti?"

Tiada sudah panggilan flower untuknya. Aurel senyum kelat. Mungkin benar, dia harus membuka pintu hatinya semula. Memberi peluang untuk Zhafran menyemai cinta di hatinya.

Namun, mampukah dia untuk mencintai Zhafran Auden seperti dia mencintai Zareel Idham?

Aurel jatuhkan kepalanya berkali-kali.

"InsyaAllah tak."

"Awak ambil cincin ni, anggap lah awak dah sah sebagai tunang saya. Jaga diri, fiance"

Lantas itu, bayangan Zhafran semakin hilang dari pandangan matanya.

Tunang? Dia dah sah jadi tunangan orang? Tunang kepada Zhafran Auden? Seperti mimpi sahaja. Secepat ini dia sudah bergelar sebagai tunang lelaki itu.

"Aku dah jadi tunang dia..." gumam Aurel sambil merenung cincin tunang itu. Elegan? Sangat elegan, pandai Zhafran pilihkan. Tapi, mampukah dia membuka pintu hatinya sekali lagi?

Mampukah cinta itu berputik kembali? Cinta ini hanya sementara! Ingat! Sementara! Love is temporary, Aurel Zea Rose! Kau tak boleh jatuh cinta dengan dia!

"Tunang kepada Zhafran Auden..."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
ZHAFRAN AUDEN ©️Where stories live. Discover now