₊˚ʚ Zhafran Aurel 4 ⨾ଓ

11.9K 697 35
                                    

song : terlanjur cinta by Cakra Khan ft Hael Husaini

song : terlanjur cinta by Cakra Khan ft Hael Husaini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SUBUH yang indah itu menyapa dirinya. Aurel teringat akan mimpinya semalam dimana dia sering bertemu dengan seorang lelaki yang wajahnya tidak jelas untuk dipandang. Siapa gerangan itu? Semenjak dia melakukan solat istikharah itu, lelaki itu sering menyapa lenanya. Namun, ianya hanya sekadar mimpi.

Jika lelaki itu jodohnya, maka dekatlah dia dengan cara yang Allah redhai.

"Siapa awak? Kenapa muncul dalam mimpi saya?" dua persoalan ini menjadi tanda tanya kepada gadis yang bernama Aurel Zea Rose.

"Tolong pergi jauh. Saya tak boleh mencintai awak.."

Aurel cuba menyedarkan dirinya daripada terus mengingati mimpi itu. Siapa kah lelaki itu?

Ditepuk-tepuk pipinya perlahan untuk menyedarkan dirinya daripada terus terleka. Dia tidak mahu.

Cukup.

Cukup sampai disini sahaja.

"Zareel.. Kenapa awak tinggalkan saya? Hiks hiks.." kata Aurel. Dia meraup kasar mukanya. Stres. Mengapa perpisahan itu wujud?

"Saya sayangkan awak..."

Kenapa harus cinta pertama yang mengecewakan dirinya? Dia terlalu penat. Dia terlalu menyimpan seribu harapan terhadap lelaki itu.

Namun, mengapa lelaki itu sanggup menjauhkan diri daripada dirinya? Tidak layakkah Aurel Zea Rose bahagia?

"Mesti awak dah bahagia kan?" tanya Aurel sendirian. Dia tidak tahu. Dia buntu dengan kata-kata yang pernah Zhafran lontarkan semalam.

"Mestilah dah bahagia. Dengan Shaneen.." ujar Aurel lagi. Dia penat. Kenapa orang yang disayanginya akan pergi tinggalkannya?

"Shaneen rampas kebahagiaan saya.."

"Astaghfirullahalazim. Tak baik tuduh Shaneen. Mana tahu memang diorang dah lama bercinta sebelum kenal aku kan?"

Aurel menyimpul senyuman kelat. Mestilah dah bahagia. Perpisahan mereka yang tidak boleh dipercayai.

Lelaki itu pasang dua di belakangnya. Aurel mati-mati mencintai lelaki itu, ini pula yang dia dapat.

Salahkah dia mencintai lelaki itu melebihi had? Allahuakbar.

"Kenapa Zhaf..."

"Kenapa Zhaf pilih Aurel? Apa yang istimewa pada diri ini?"

Aurel melepaskan keluhan berat. Banyak lagi apa perempuan di luar sana yang baik. Mengapa diri ini juga menjadi pilihan Zhafran Auden?

"Dahlah. Baik aku bersiap awal. Nak pergi ofis ni." ujar Aurel seorang diri.

Lantas kakinya melangkah masuk ke dalam bilik air. Dia mula membersihkan dirinya dan terus bersiap untuk pergi ke office.

ZHAFRAN AUDEN ©️Where stories live. Discover now