₊˚ʚ Zhafran Aurel : 26 ⨾ଓ

6.6K 412 45
                                    

Song : Bawalah Cintaku

Song : Bawalah Cintaku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Switzerland

AUREL merenung lama ke luar jendela. Tenang tidak terkata. Mereka sekarang berada di negara orang, iaitu Switzerland.

Sedang dia mengelamun, pinggangnya dirangkul erat.

"Baby flower, I rindu you" suara manja Zhafran menyapa gegendang telinganya. Namun, Aurel hanya membuat endah tak endah sahaja. Nak usik hati si encik suami dulu.

Datang tabiat agaknya suami dia ni..

"Siapa I and you, ha abang?" Aurel menekankan perkataan I dan you itu. Dulu bukan main lagi suruh tukar nama panggilan, ni sekarang, apa I and you ni?

Zhafran ketawa halus. Geli hati dia apabila isterinya geram. Macam nak gigit je!

"I rindu bidadari I ni" pipi mulus Aurel di kucup berkali-kali. Manja kali dia.

"Agaknya bidadari ni rindukan kita tak?" suara Zhafran berubah menjadi kendur apabila tiada respon daripada Aurel. Nampak sangat tak ada perasaan rindu tu kat kekasih halal dia ni..

"Tak rindu"

"Maafkan saya kerana selalu lukakan hati abang.. Saya pun sayangkan abang, tapi saya taknak abang terluka lagi.." kata Aurel dalam hati. Ungkapan itu tidak mampu untuk diucapkan face to face.

Dia takut dia bakal menyakiti hati suaminya lagi.

"Takpelah, abang tetap rindukan bunga kesayangan abang ni..." ujar Zhafran, dia menayangkan senyuman datar.

"Take your time, flower. I will wait for you. Jangan paksa diri tu untuk cintakan abang.. Abang faham. Jangan seksa perasaan tu okey? Lagipun abang ajak bunga pergi honeymoon ni untuk mengecapi kebahagiaan yang tidak dipinta, bukan kesedihan kan?"

Aurel hanya mengangguk. Semua kata-kata yang Zhafran berikan amat menyentuh hatinya.

"Tak apa, kita masih ada sembilan bulan lagi. Jangan risau, hati abang milik Aurel Zea Rose secara mutlak.. Takkan ada wanita lain yang boleh bertakhta di hati abang melainkan satu-satunya bidadari syurga abang yang berada di hadapan mata abang ni.." Zhafran memegang pergelangan tangan Aurel dan dibawa ke pipinya.

Hanya, Aurel Zea Rose, bidadari pujaan hati Tuan Zhafran Auden selamanya.

"I love you infinity." seusai mengucapkan kata-kata manis itu, Zhafran melabuhkan kucupan yang sungguh hangat di pelipis isterinya.

Perasaan cinta itu takkan pernah berkurang, malah semakin bertambah.

"I love you too, abang but I can't hurt you again.." kata hati Aurel Zea Rose. Mungkin Aurel sudah mula sayangkan Zhafran Auden, tapi rasa cinta untuk lelaki itu belum wujud lagi.

ZHAFRAN AUDEN ©️Where stories live. Discover now