₊˚ʚ Zhafran Aurel : 38 ⨾ଓ

6.6K 382 29
                                    

Song : Pinjamkan Hatiku by Ayda Jebat

MATA Aurel tertumpu pada satu sosok yang amat dia kenali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


MATA Aurel tertumpu pada satu sosok yang amat dia kenali. Dia pasti itu adalah sosok suaminya! Laju kaki mengatur langkah untuk menuju ke arah Zhafran.

"Abang!" Aurel menjerit dengan nada yang cukup lantang untuk didengari jelas. Zhafran menoleh ke arah wajah Aurel dengan pandangan yang aneh.

Dia siapa?

"Finally, you're back, abang.." dengan pantas, Aurel memeluk tubuh suaminya dengan erat.

Rindunya tidak terkata.

Zhafran menggelengkan kepalanya, siapa wanita ini? Dia memegang kepalanya dengan kuat, mata dipejamkan seketika bagi menghilangkan rasa sakit itu.

Zhafran mengambil masa dalam lima minit untuk menenangkan jiwanya, lalu dia merungkaikan pelukan wanita itu.

Zhafran mengundurkan dirinya setapak demi setapak. Tidak mahu mendekati wanita yang asing baginya.

"Awak siapa nak panggil saya abang?" kata Zhafran senada. Tiada nada yang lembut sudah dalam diri Zhafran Auden.

Tergamam Aurel setelah mendengar suara Zhafran yang dingin itu. Takkanlah dia lupa akan dirinya?

"Abang.. I'm your wife, abang.."

Isteri? Sejak bila dia sudah berkahwin? Banyak soalan bertandang di mindanya. Cincin di jari di renung lama. Tak mungkin lah.

Dia memegang kepalanya sekali lagi, sakit itu menyerang dirinya semula.

"Saya dah kahwin ke?" soalnya sendiri. Aurel terkelu sekali lagi setelah mendengar soalan Zhafran.

BAM

Aurel merasakan bahawa ada batu besar menghempap dirinya. T..tak mungkin..

Aurel menggelengkan kepalanya, air mata yang hampir jatuh itu ditahan berkali-kali. Hatinya rapuh apabila lelaki dihadapannya langsung tak ingat mengenai dirinya.

Zhafran yang sedar akan air muka Aurel berubah lantas mengerutkan dahinya.

Kenapa pula wanita ini menangis?

"Kenapa awak nangis?" Aurel perlahan-lahan memandang wajah Zhafran, nadanya yang tersedu-sedan itu ditahan.

"Abang.. Takkanlah abang tak ingat Aurel?" lirih suara Aurel ketika itu, dia amat terkejut apabila suaminya langsung tidak mengingati dirinya.

Pertemuan yang amat memeritkan hati.

"Tak ingat, maaf.."

"Abang, jangan tinggalkan saya lagi.." Aurel memohon agar Zhafran tidak meninggalkan dirinya lagi. Cukuplah berbulan-bulan dia meneruskan kehidupannya tanpa sang suami.

ZHAFRAN AUDEN ©️Where stories live. Discover now