₊˚ʚ Zhafran Aurel : 39 ⨾ଓ

6.6K 369 35
                                    

Song : Mana Ada Hati by Ayda Jebat

LANGIT malam direnung lama, Zhafran cuba sekali lagi untuk mengimbas semula kenangan manis bersama keluarganya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LANGIT malam direnung lama, Zhafran cuba sekali lagi untuk mengimbas semula kenangan manis bersama keluarganya. Kenapa wanita itu tiada dalam mindanya..

Walaupun suasana di luar rumah sejuk, dia hanya biarkan sahaja. Dia mahu menikmati suasana malam ini.

Dia cuba namun gagal.

Mana ada hati dalam dirinya. Benarkah wanita itu isterinya?

"I miss you?" terbit ketawa halus daripada bibir Zhafran.

Semua mengenai 'isterinya' langsung tak diingati.

"So funny."

"Weh, jangan gila lagi. Nanti aku takda kawan.." sampuk Ziyad dengan nada yang sengaja ditakut-takutkan.

Mukanya amatlah memainkan peranan. Riak muka yang sedih itu membuatkan Zhafran menjeling tajam anak mata Ziyad.

Agak-agaklah nak buat lawak.

"Aku masih waras lagi, Ziyad Malique." ujar Zhafran senada. Takda masa nak buat lawak hambar ya.

Ada hati nak gilakan orang!

Berubah air muka Ziyad apabila Zhafran tiba-tiba memanggil nama penuhnya.

Dia menelan air liur dengan perit. Panahan yang diberikan oleh Zhafran amat menusuk kalbu ke dalam hati.

Ziyad memegang dadanya lalu dipukul perlahan tetapi berkali-kali.

Dramatik betul lah Ziyad Malique ni!

"Gurau jelah, Zhaf.."

"Kau taknak cari rumah ibu kau ke?" soal Ziyad, terdengar nada seperti ingin menghalau lelaki itu. Dia menukar topik, seram dengan air muka Zhafran yang tiba-tiba berubah aura itu.

Dingin je!

"Kau ni macam nak halau aku je.." perli Zhafran dengan nada yang penuh emosi. Lah, pandai buat drama ya.

Cepat-cepat Ziyad menggelengkan kepalanya, dia menafikan apa yang Zhafran katakan itu.

Kalau dia nak halau, dah lama dia halau lelaki ini.

Kita ikhlas okay. Jangan pandang rendah dengan Ziyad Malique ni!

"Eh! Manada lah! Aku nak bantu kau untuk ingat semua kisah lama kau je.."

"Ikhlas ke tu?" sengaja Zhafran mahu mengusik Ziyad, terdengar suara Ziyad yang merengus kasar.

Orang dah nak tolong tu, boleh pula cakap ikhlas ke tak. Tu belakang kira!

"Ikhlas lah! Ih dia ni!" gerutu Ziyad seperti budak-budak. Dia berkelakuan seperti budak yang tak kena beri gula-gula ya.

"Aku gurau je lah."

ZHAFRAN AUDEN ©️Where stories live. Discover now