₊˚ʚ Zhafran Aurel : 59 ⨾ଓ

9.7K 346 30
                                    

Song : I Wanna Be Yours by Arctic Monkeys

HARINI genaplah setahun kelahiran anak kecil itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HARINI genaplah setahun kelahiran anak kecil itu. Walaupun Zhufairah baru berumur setahun, dia sudah pandai berjalan. Sebutannya pun juga semakin comel. Zhufairah tersangatlah fasih berbahasa Inggeris daripada Melayu memandangkan babahnya suka berbicara menggunakan bahasa Inggeris. Tetapi, bahasa Melayu nya juga turut fasih.

Senang cerita, Zhufairah Aleena sudah pandai bercakap! Walaupun ada tersekat - sekat, dia tidak pernah mengalah. Macam mana nak mengalah kalau babahnya selalu ada dengan dirinya?

"Bunga..? Mana cinta hati kita tu?" Soal Zhafran lalu memaut tangan isterinya. Cinta hati yang dimaksudkan itu adalah anak mereka. Zhafran mencari - cari dimana keberadaan Zhufairah, lalu dia mengecilkan matanya dan sosok Zhufairah dapat dikesan!

Zhufairah berada di dalam dakapan Zayyan. Nasib tak ada benda buruk terjadi. Wallahualam.

"Ouh sana pula dia dengan papa ngah dia." Kata Zhafran perlahan, namun Aurel langsung tidak menyahut apa-apa. Aih, dia tak risaukan anak dia ke ni..?

"Bunga..?" Zhafran merasakan bahawa dirinya direnung oleh isterinya itu pantas melambai-lambaikan tangannya untuk menyedarkan lamunan Aurel.

Tahulah kacak, tak payah lah renung macam tu sekali.

"H-ha?"

"Jauh betul dia mengelamun eh? Renung cinta abang ke tu?"

Aurel menguntum senyuman, malu lah suami perasan dia lagi mengelamun! Berderau darah naik ke permukaan mukanya membuatkan Zhafran semakin galak mahu mengusik isterinya.

"Amboi merah betul mukanya!" Tanpa aba-aba, Aurel menyorok di bidang dada suaminya. Zhafran mengukirkan senyuman nakal, dia sukalah apabila Aurel berkelakuan seperti ini.

"Ish dahlah tu." Ujar Aurel, makin lama makin mengada betul lah Zhafran ni.

Zhafran menghambur tawa halus, setelah itu dia mengucup lama pipi isterinya dengan spontan membuatkan wajah Aurel semakin membahang panas.

"Mama malu ke tu?" Zhafran sengaja lagi mendekati tubuhnya dengan tubuh isterinya yang berada di dada itu menggunakan kedua-dua tangannya. Dia merangkul erat tubuh isterinya tanpa memikirkan orang yang lalu lalang di sana.

"Hoi! Sudah-sudahlah tu. Harini kan birthday baby Aleena hish!" Sampuk Zayyan sambil menggelengkan kepalanya. Kotor lah otak dia ni kalau abangnya selalu cakap macamtu depan dia. Dasar abang tak reti hormat orang single!

"Cukuplah satu saja, nanti lepas-" Belum sempat lagi Zayyan mahu menokok tambah ayatnya, sudah dicantas oleh Zhafran. Zayyan merengus kasar. Zhafran menjelingnya tajam, suka hati dia je nak tentukan.

"Diam. Suka hati aku lah nak ada berapa a anak. Paling-paling pun lebih enam-"

PAP

Bahu Zhafran dipukul kuat, depan Zayyan pun nak cakap yang tak elok?! Zhafran mendesis kesakitan lalu bahunya yang baru sahaja dipukul itu diusap banyak kali bagi menghilangkan rasa sakit itu.

ZHAFRAN AUDEN ©️Where stories live. Discover now