₊˚ʚ Zhafran Aurel : 35 ⨾ଓ

7.1K 396 62
                                    

Song : Mungkin Hari Ini, Esok Atau Nanti

KEPALA yang lagi mengerang kesakitan itu membuatkan dia menjerit kuat

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.

KEPALA yang lagi mengerang kesakitan itu membuatkan dia menjerit kuat. Kenapa tubuh badannya berbalut-balut ni? Apa yang sudah terjadi pada dirinya? Dia mana sekarang ni? Kenapa? Banyak persoalan yang terbit di mindanya.

Mata cuba dicelikkan dan memandang persekitarannya. Aneh. Persekitaran yang amat sunyi. Gelap.

Dia dimana? Seram semacam tempat ni.

Tangan yang luka-luka itu membuatkan dia mengerutkan dahinya, apa yang terjadi pada dirinya? Dia cuba untuk mengingati semua yang berlaku, namun sakit itu menyerang dirinya semula.

"Argh!" Zhafran mengerang kuat. Dia memejamkan matanya. Dia cuba untuk mengingati apa yang telah terjadi pada dirinya namun, sakit yang menyerang dirinya membuatkan niat asalnya terbantut.

"Jangan paksa sangat diri tu!" laung seorang lelaki yang berusia, atau lebih dikenali sebagai Zahim.

Lelaki itu siapa? Kenapa dia tiba-tiba melarang untuk dia memaksa dirinya mengingati apa yang telah berlaku?

"Aku kat mana ni?" tanya Zhafran dengan kerutan di dahi. Dia memegang dahinya yang berlapiskan bandage.

Apa yang dah terjadi dengan diri aku?

"Kau tak ingat apa yang jadi dengan diri kau?"

Zhafran menggelengkan kepalanya. Dia benar-benar tidak ingat apa yang berlaku pada dirinya.

"Kau dah sebulan kat sini" tenang Ziyad berbicara, membulat mata Zhafran apabila mendapat tahu bahawa dia sudah menetap di rumah Ziyad hampir sebulan.

"S-sebulan?"

Ziyad angguk. Walaupun dia tidak tahu siapa latar belakang lelaki ini, dia hanya menjaga sehingga Zhafran kembali pulih seperti sedia kala seperti yang abahnya katakan tempoh hari.

"Aku nak panggil kau apa ni? Dah lama aku tunggu kau sedar." ujar Ziyad lalu menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Dah sebulan Zhafran menetap dengan mereka.

"Panggil Zhaf."

Zahim dan Ziyad hanya mengangguk mengerti. Ziyad merupakan anak kepada Zahim.

"Korang dua ke yang jaga aku?" persoalan Zhafran dibalas dengan anggukkan.

"Abah aku yang jumpa kau, jadi dia bawa lah balik." Ziyad mula membuka cerita bagaimana Zhafran boleh berada dengan mereka selama sebulan.

Zhafran hanya angguk. Alhamdulillah, masih ada hamba Allah yang mulia mahu membantu dirinya.

"Cedera parah juga kau masa abah jumpa." cerita Ziyad lagi dan mendapat jelingan maut daripada Zahim selaku abahnya.

Ziyad tersengih bak tidak bersalah.

"Terima kasih lah, kalau kamu tak tolong, entah-entah aku dah hilang jauh dah ni."

ZHAFRAN AUDEN ©️Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz