₊˚ʚ Zhafran Aurel : 54 ⨾ଓ

7.4K 389 24
                                    

Song : You belong with me by Taylor Swift

Song : You belong with me by Taylor Swift

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DUA BULAN KEMUDIAN...

BULAN berganti bulan. Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Tanpa sedar, kandungan Aurel telah pun mencecah 9 bulan.

Dia hanya menunggu hari sahaja untuk melahirkan anaknya. Baru sahaja Aurel mahu menyarungkan kedua-dua kakinya ke dalam selipar yang di khaskan untuk bilik tidur itu, gerangan Zhafran menyerpa pemandangannya.

"Wait wait, where are you want to go, flower?"

"Nak air. Hauslah syurga.." Rengek Aurel perlahan, Zhafran mengulum senyuman kecil. Sukalah kena panggil syurga ni!

"Lahh, bidadari abang haus ke? Kejap yaa, abang ambilkan. Aurel duduk sini diam-diam, jangan pergi mana-mana. Faham, sayangku..?"

Aurel terkejut apabila Zhafran mendekati wajahnya. Lalu, tanpa amaran, Zhafran mengucup sekilas dahinya.

"Fa-faham, syurga!"

Dalam diam, Aurel menguntum senyuman manis. Suka suka! Setelah itu, Zhafran membuka langkah untuk pergi ke ruangan dapur.

Tidak lupa juga untuk memastikan keadaan isterinya baik-baik sahaja.

"Bunga.. I'm coming," Kedengaran suara lantang Zhafran dari luar bilik mereka. Aurel hanya mengulum senyuman lebar. Mahu bergerak, tapi keadaan tidak membantu. Dia tidak larat untuk berjalan lama.

"Ah.." Aurel menahan senak yang mula menyerang dirinya. Tangannya mengusap perutnya yang kian membulat itu. Aurel memejamkan matanya sesaat apabila dia tidak mampu untuk melawan sakit itu.

"Argh abang...!" Jeritnya dengan lantang, membuatkan Zhafran gelisah. Laju Zhafran mengatur langkah untuk pergi ke bilik yang menempatkan isterinya.

Aurel sedar apabila skirt labuh yang dipakainya mula basah. Itu.. Air ketuban. Air ketuban sudah pecah..

'Anak mama.. Anak babah..'

"Flower..!"

Zhafran memandang ke arah skirt labuh isterinya lalu dia mulai cemas. Zhafran buntu mahu melakukan apa lagi.

"Abang sakit..!!" Raung Aurel lalu dia mencengkam baju suaminya dengan erat. Zhafran meletakkan air yang dia ambil tadi itu di meja bilik lalu tanpa amaran, tubuh isterinya dicempung olehnya.

Dengan penuh berhati-hati, Zhafran menuruni anak tangga itu satu demi satu. Takut jikalau tersilap langkah, membawa padah.

Sampai sahaja di ruang tamu, segugus kunci diambil kasar lalu Zhafran meneruskan langkahnya untuk menuju ke keretanya. Dengan berhati-hati, Zhafran membuka pintu sebelah pemandu dan meletakkan tubuh isterinya di situ. Dapat dia lihat betapa sakitnya isterinya menahan kesakitan itu.

ZHAFRAN AUDEN ©️Where stories live. Discover now