₊˚ʚ Zhafran Aurel : 14 ⨾ଓ

8.1K 636 93
                                    

Song : Maaf by Adira Suhaimi

Song : Maaf by Adira Suhaimi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ABANG..." seru Aurel perlahan. Seminggu bergelar sebagai isteri Tuan Zhafran Auden, Aurel tahu semua tentang Zhafran Auden.

"Ya sayang?"

Zhafran mengelus rambut panjang Aurel. Sayangnya dia terhadap isterinya tiada penghujung.

Cukuplah Allah SWT menjadi saksi bahawa dia amatlah mencintai wanita yang kian bergelar bidadarinya.

"Aurel rindu nak jumpa bonda.." luah Aurel, dia melepaskan keluhan berat. Rindu terhadap sang ibu tiada tandingan. Hanya Allah saja yang tahu bagaimana rasa rindu itu.

"Allah.. Abang pun terlupa."

"Bunga siap dulu, kejap lagi kita gerak okey?"

Rambut Aurel dielus lembut. Pantas saja Aurel menganggukkan kepalanya.

"Okey abang akar!"

"Hati-hati, bungaku!" laung Zhafran, risau apabila isterinya berlari naik ke atas dengan pantas. Kang terjatuh, ada yang jumpa bonda kat hospital nanti baru tahu!

"Okay husbaby!" laung Aurel dengan nada yang lantang. Aurel tetap Aurel. Tak pernah berubah.

"Teruja betul dia ni kalau nak jumpa bonda.." ujar Zhafran, dia melepaskan keluhan berat.

Teringin untuk melihat isterinya mencintai dirinya. Bila waktu itu akan tiba?

"Cuba kalau sayang teruja macamtu.. Hm kena cuba lagi ni sampai bunga dapat terima abang.." sambung Zhafran lagi, perlahan-lahan dia mengukirkan senyuman.

Dia akan buat isterinya tergila-gila akan dirinya!

"Lupakan lah dia, bunga. Bunga ada abang sebagai pengganti dia.." ujar Zhafran sendirian. Takpa, dia akan terus untuk menawan hati isterinya itu.

Mungkin lambat tapi tak mengapa. Asalkan tak terlambat.

Setelah itu, Zhafran pun mula mengikuti langkah isterinya untuk bersiap. Dia mula mengatur langkah untuk menaiki anak tangga itu.

"Abang akan tetap sayangkan bunga walaupun bunga belum lagi dapat menyayangi abang. Abang tunggu waktu itu tiba.."

Tiba sahaja di depan bilik mereka, Zhafran membuka pintu bilik itu. Terpampang tubuh kecil isterinya yang lagi berada di hadapan cermin muka.

Lantas sahaja dia mengorak langkah untuk menuju ke arah isterinya. Dipeluk erat tubuh kecil isterinya bagaikan tidak mahu melepaskannya.

"Abang okey?" bisik Aurel dengan suara yang perlahan. Susah untuk dia memalingkan wajahnya apabila tubuhnya dipeluk erat.

'Kenapa dengan suami aku ni?' getus hati Aurel. Hatinya kuat mengatakan bahawa ada sesuatu yang ingin suaminya sampaikan kepadanya.

"Please hug me tight." pinta lelaki itu. Suaranya kelihatan bergetar.

ZHAFRAN AUDEN ©️Where stories live. Discover now