₊˚ʚ Zhafran Aurel : 25 ⨾ଓ

7K 369 53
                                    

"BILA kita nak pergi Switzerland?" tanya Aurel

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"BILA kita nak pergi Switzerland?" tanya Aurel. Dia mendekati tubuh badan suaminya.

"Hmm malam ni." seloroh Zhafran berbicara. Secara spontan, Aurel membesarkan matanya.

What the fish?!

"Hah?! Oppss-" Aurel menekup mulutnya tanda tidak percaya. Biar betul suami dia ni...

"Seriuslah abang?"

"Hmm.." Zhafran mengangguk tanda dia membalas pertanyaan isterinya. Matanya masih lagi tertumpu di skrin laptop miliknya. Namun, Zhafran mencuri-curi untuk melihat wajah isterinya yang comel itu. Apahal bidadari abang ni comel sangat?!!

Tanpa Aurel sedari, Zhafran tiba-tiba meletuskan tawanya.

"Kenapa abang gelak? Abang kata malam ni kan? Ya Allah abang, kita tak kemas lagi-"

Bibir mungil Aurel di kucup sekilas. Zhafran hanya menayangkan riak wajahnya yang selamba.

"Abang!" pipi Aurel membahang panas. Apani nak marah ni! Zhafran hanya ketawa, comel melihat gelagat isterinya yang marah itu.

"Abang gurau je lah cinta..."

"Eeee, dislike dislike!" geram Aurel, lalu dia bercekak pinggang. Nak marah tapi kena sabar.

Nak jatuh cinta tapi sukar.

Nak apa ni?!



"Abang jom dating.." ajak Aurel dengan nada yang cukup clingy. Datang tebiat agaknya ya, bidadari Zhafran ni.

Petang-petang macam ni baik pergi date, before pergi honeymoon.

"Jom, kita pergi tengok sunset." ajak Zhafran dengan senyuman manis. Senyumannya amatlah mahal, namun untuk bidadarinya, senyumannya amatlah murah. Dia sering tersenyum walaupun sebenarnya hatinya amat terluka.

Dia takut dia tak dapat tawan hati bidadarinya sebelum setahun..

Suasana pantai yang cukup tenang itu sungguh menenangkan hati mereka berdua.

"Abang apa itu cinta bagi abang?" soalan itu terbit dari Aurel. Entah mengapa hatinya terdetik nak untuk bertanya apa itu erti cinta yang sebenar bagi suaminya.

Zhafran menoleh.

"Cinta? Hmm, cinta yang terbit daripada hati yang ikhlas menerima. Cinta itu bukan setakat sayangkan sahaja. Tapi, bukti cinta yang tulus dan suci itu datang daripada hati yang penuh dengan cinta."

"Dan, kadang-kadang melepaskan itu juga bukti cinta. Kalau kita sayangkan dan cintakan seseorang itu, kita kena korbankan diri kita demi kebahagiaannya dan diri sendiri. Jangan seksa perasaan itu." sambung Zhafran lagi. Setiap bait-bait yang dia lontarkan itu amat memedihkan hati lelakinya.

ZHAFRAN AUDEN ©️Where stories live. Discover now