₊˚ʚ Zhafran Aurel : 34 ⨾ଓ

6.2K 418 56
                                    

Song : Rela by Shanna Shannon

Song : Rela by Shanna Shannon

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HATI Aurel berasa gusar. Dia takut ada sesuatu perkara yang buruk terjadi pada suaminya. Selepas sahaja perselisihan kecil antara dia dan suaminya, mereka jarang bersapa walaupun serumah. Selepas sahaja Zhafran meninggalkan dirinya seorang diri, hatinya amat sakit. Sakit tanpa suaminya.

Dia menyesal sangat-sangat. Dia isteri yang derhaka. Derhaka kepada suaminya sendiri. Dia lukakan hati suaminya.

Kenapa selama ini dia leka dengan permainannya? Kenapa dia tidak sedar dengan perjuangan yang Zhafran lakukan untuk mendapatkan hatinya?

Ya Allah..

"Abang.."

Bagi menenangkan jiwa yang lagi gusar itu, Aurel cuba mencari inisiatif bagaimana mahu menenangkan jiwanya yang tidak tenteram.

Sudah seminggu lebih Zhafran berada di negara Perancis, selama seminggu juga lah tiada khabar tentang suaminya itu. Setahunya, Zhafran akan kembali ke Malaysia esok.

Tetapi, mengapa Zhafran langsung tidak mengirimkan apa-apa khabar selama dia disana?

Takkanlah..

Ya Allah, husnuzon Aurel! Doakan yang baik-baik saja.

Tiba-tiba, iPhonenya berdering menunjukkan ada notifikasi penting. Lantas, dia mencapai iPhonenya dan membuka notifikasi tersebut.

'Berita hangat!'

'Sebuah kapal terbang Asyraf Airlines telah terbabas dan ramai anak kapal serta pesawat yang terkorban semasa perjalanan balik ke Malaysia.'

'5 anak kapal dan 40 penumpang diketahui meninggal di tempat kejadian, dan separuh daripada penumpang tidak ditemui akibat insiden ini.'

Aurel memejamkan matanya saat membaca berita yang cukup buruk itu. Dadanya tiba-tiba sesak. Dia amat trauma dengan tragedi kapal terbang yang terbabas.

Kerana abang kandungnya pernah terkorban dalam tragedi seperti ini. Sudah genap 10 tahun Aydan Zhareef meninggalkan mereka semua.

Mengapa dia tidak pernah menceritakan tentang arwah abangnya? Kerana dia tidak mahu ingat bagaimana tragedi itu berlaku.

Arwah Aydan Zhareef merupakan salah satu pilot yang amat handal dalam syarikat Aariz Airlines.

Namun, tragedi dimana Aydan terkorban teruk dalam kapal terbang itu membuatkan Aurel trauma sangat-sangat dengan tragedi kapal terbang terbabas.

Ya Allah, semoga Zhafran bukan tergolong dalam golongan yang terjejas.

Namun, Aurel teringat sesuatu tentang nama kapal terbang yang Zhafran ikut.

"Tu bukan kapal terbang yang abang ikut ke?"

Air mata mulai bergenang di kolam matanya, perasaan takut mulai hadir dalam dirinya.

ZHAFRAN AUDEN ©️Where stories live. Discover now