₊˚ʚ Zhafran Aurel : SC 2 ⨾ଓ

5.2K 220 13
                                    

Sebelum baca

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebelum baca... bagi ❤️ dulu banyak-banyak supaya saya rajin update special chapter ke-3 😘🤍

.
.
.

TEKAKNYA rasa loya, sehingga semua isi perut dimuntahkan semula. Aurel merasakan dirinya tidak begitu sihat langsung berlari ke singki. Zhafran yang berada dibelakangnya itu mengusap belakang tubuhnya.

"Bunga.. kenapa ni? Abang risau tengok isteri abang muntah-muntah macam ni.." Suara Zhafran yang begitu risau menyapa gegendang telinganya. Aurel mengukir senyuman nipis, sungguh dia tidak bermaya untuk membalas pertuturan sang suami.

Itulah sifat penyayang dan caring Zhafran terhadap dirinya. Betapa untungnya dia kerana memiliki lelaki itu sebagai belahan jiwanya.

"Hey.. are you okay, flower?" Semakin risau Zhafran apabila isterinya tidak mengeluarkan apa-apa suara. Muka Aurel yang pucat itu membuatkan Zhafran rungsing. Dia tidak mahu ada perkara buruk yang terjadi terhadap sang isteri.

"Jom abang bawa pergi klinik—" Zhafran memujuk isterinya untuk pergi ke klinik, namun dengan pantas Aurel menggelengkan kepala. Isterinya sangat degil!

"Taknak.. Aurel nak rehat je.." Tolak Aurel, dia tidak sukakan bau hospital mahupun klinik walaupun dulu pernah berbulan menjadi penghuni hospital. Zhafran melepaskan keluhan, sungguh dia tidak mahu melihat wajah pucat isterinya itu. Tangan kekarnya naik untuk mengusap pipi isterinya yang terlalu pucat itu dengan lemah lembut.

"Bungaa.. abang risaulah kalau bunga macam ni.." Pujuk Zhafran lagi, dia tidak mahu melihat isterinya seperti itu.

"Janganlah risau.. Aurel okey je lah.." Aurel cuba untuk menyedapkan hati sang suami yang tidak tenang itu. Dia tahu, dia tidak dapat menipu suaminya.

"Mama.. jangan degil please..?" Nada yang digunakan oleh suaminya semakin lembut. Dia tahu suaminya lagi memujuk dirinya untuk pergi ke klinik.

Apabila Zhafran sudah memanggilnya dengan panggilan 'mama', maknanya suaminya sudah geram dengan dirinya. Degil sangat! Suka tahan sakit!

"Taknaklah hm.. abang tahu kan kita taksuka bau klinik.."

"Abang tahu, bunga. Tapi, semua ni untuk kesihatan bunga juga.."

"Oh ya bunga, dah dua bulan kan bunga tak period?" Seingat Zhafran, kerana semua mengenai isteri tercintanya itu diingati.

"Abang kira ke?" Sumpah! Malu tahu!?! Tidak semena, darah meruap ke seluruh mukanya membuatkan pipinya membahang panas. Terharu jugalah!

Tapi dalam masa yang sama, Aurel juga teringat bahawa sudah dua bulan dia tidak datang bulan. Namun, Aurel hanya beranggapan biasa sahaja.

ZHAFRAN AUDEN ©️Where stories live. Discover now