₊˚ʚ Zhafran Aurel : 37 ⨾ଓ

6.1K 385 58
                                    

Song : Kamu dan Kenangan by Maudy Ayunda

BULAN demi bulan, akhirnya Zhafran kembali pulih seperti sedia kala

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BULAN demi bulan, akhirnya Zhafran kembali pulih seperti sedia kala. Dia mengucapkan terima kasih kepada Zahim dan Ziyad kerana tidak putus-putus memberikan semangat agar Zhafran lebih bersemangat nak sihat.

Alhamdulillah, Allah itu maha Adil.

"Zhaf.. Kau dah ready nak balik?" Ziyad melepaskan keluhan kecil. Dia menepuk bahu Zhafran perlahan.

Kelihatan Zhafran yang lagi ralit mengemaskan kemeja yang diberikan oleh Ziyad itu.

Kata Ziyad, itu hadiah untuk dirinya kerana sudi menjadi sahabatnya.

Perlahan-lahan Zhafran menganggukkan kepalanya. Bukan dia mahu meninggalkan dua lelaki yang sudah bersusah payah menjaga dirinya, namun dia kena juga kembali.

Zhafran harus mencari dirinya semula. Siapa dia, latar belakang dia. Terutamanya mengenai cincin yang tersarung kemas di jari telunjuknya itu. Benarkah dia sudah berkahwin?

Jika benar, mengapa dia langsung tak mengingati paras rupa isterinya?

"Don't push yourself, Zhafran. I will help you, bro." pantas Ziyad memberikan semangat untuk Zhafran apabila dia melihat lelaki itu lagi memegang kepalanya.

Zhafran terdiam seketika. Jeda. Otaknya ligat memproses apa yang baru sahaja dikatakan oleh Ziyad.

Setelah itu, dia menganggukkan kepalanya. Senyuman turut diukir manis khas untuk Ziyad kerana susah senang bersama dirinya.

"Terima kasih sebab sudi jaga aku, Ziyad." ujar Zhafran lalu menepuk bahu jejaka itu. Ziyad hanya tersenyum manis.

Baginya, Zhafran itu bukan setakat sahabatnya, malahan dia sudah menganggap Zhafran itu abangnya.

"No problem. Kau kan kawan aku."

Senyuman diukir untuk Zhafran. Dia sudah berjanji dengan dirinya sendiri bahawa dia akan membantu lelaki itu.

Dan hari ini merupakan hari yang terbaik untuk Zhafran.

"Dah? Jomlah kita gerak awal." Zhafran hanya menganggukkan kepalanya. Tangannya pantas menyarungkan stoking yang berwarna hitam di kedua-dua kaki lalu kasut kanvas di sarungkan.

"Jom,"

Dengan lafaz bismillah, kedua-dua jejaka ini memulakan perjalanan balik ke Kuala Lumpur setelah sekian lama menetap di Kedah.

Pagi yang indah pada hari dimana Zhafran ingin balik ke Kuala Lumpur ditemani dengan sunrise yang begitu cantik.

Masyaallah, cantiknya ciptaan Allah.

Walaupun Ziyad menetap di Kedah hampir tiga tahun, dia tidak pernah lupa akan tempat lahirnya iaitu di Kuala Lumpur.

Berbulan-bulan di Kedah membuatkan Zhafran selesa dengan suasana itu.

ZHAFRAN AUDEN ©️Where stories live. Discover now