₊˚ʚ Zhafran Aurel : 15 ⨾ଓ

8.1K 604 103
                                    

Song : Tak Pernah Hilang

"Assalamualaikum bonda!" laung Aurel dengan nada yang lantang

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

"Assalamualaikum bonda!" laung Aurel dengan nada yang lantang. Dia hanya membiarkan suaminya yang berada di sisinya itu.

"Abang jom masuk," ajak Aurel namun tiada balasan dari Zhafran.

Cuba untuk berbaik semula? Tiada tanda-tanda untuk mereka kembali. Padahal usia perkahwinan mereka baru masuk seminggu. Takkan lah hubungan ini terlerai secepat itu?

Zhafran hanya diam. Lama dia berdiam diri. "Awak masuk dulu. Saya nak ambil angin."

Sontak, Aurel menggenggam pergelangan tangan suaminya. "Abang, please. Jangan macamni. Nanti bonda-"

"Kalau bonda tahu pun, tak ada yang dapat merubah segalanya. Like I said just now, awak buat hal awak, saya buat hal saya." pintas Zhafran, namun tiada lagi panggilan manis untuk isterinya. Hanya 'awak dan saya'.

"Lagi satu, anggap jelah saya ni fake. Anggaplah saya ni patung ke. It's up to you. Saya ok." sambung Zhafran lagi. Lalu, dia meninggalkan Aurel seorang diri. Dia menuju ke arah dimana keberadaan ayah mertuanya. Aurel terdiam disitu.

Serta merta, genggaman itu dileraikan. Tiada senyuman. Hanya pandangan dingin.

Kenapa berubah secepat ini?

Aurel mula berasa bersalah. Kenapa hatinya takut untuk kehilangan suaminya? Tapi.. Dia masih lagi mencintai bekas tunangnya..

Namun, Aurel cuba untuk mengawal riak muka yang kelihatan gelisah itu. Dia tidak mahu Bondanya merasakan sesuatu yang tidak baik.

Biarlah masalah ini hanya mereka berdua yang tahu. Aurel melangkah masuk ke dalam rumah itu seorang diri. Zhafran tidak lagi seperti dulu. Salahkah dia berkata jujur.

Permintaan suaminya itu sukar untuk ditunaikan seakan-akan susah untuk dia membuka pintu hatinya sekali lagi. Cukuplah sekali sahaja dia mencintai seorang lelaki.

Takkan lah dia mahu sia-siakan kehadiran suaminya? Apalah fungsi mereka berdua mengambil keputusan untuk menghalalkan hubungan mereka itu?

"Bonda.. Aurel ni.." kata Aurel lalu matanya meliar mencari sosok ibunya.

Mata Aurel tertacap pada satu sosok di ruang dapur. Itu mesti bonda! Bisik hati Aurel.

Aurel menuju ke arah keberadaan bondanya dan dipeluk erat tubuh itu bagaikan tidak mahu melepaskannya.

"Aurel rindukan bonda.."

Puan Aisyah mengukirkan senyuman yang sangat manis. Dah jadi isteri orang pun masih lagi manja ya?

"Bonda pun rindu puteri bonda ni.."

"Ni bonda nak tanya, mana suami kamu?"

Soalan yang ditujukan kepada Aurel itu membuatkan dirinya diam terkutik. Apa yang patut dia katakan? Argh rahsiakan sahaja lah!

"Err dia dengan ayah.." jawab Aurel lambat-lambat. Puan Aisyah mengerutkan pelipis, macam ada sesuatu yang tidak elok berlaku pada anak menantunya sahaja. Perasaan seorang ibu sangat lah kuat mengatakan bahawa mereka ada masalah.

Puan Aisyah mengeluh. "Kalau ada masalah, selesaikan dengan cara yang bagus. Kamu berdua hidup bahagia je kan? Takde gaduh-gaduh? Aurel dah boleh lupakan dia?" Puan Aisyah melontarkan bertubi-tubi soalan.

Aurel menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Apa yang harus dia jawab ni? Aurel mendiamkan dirinya sekejap. Dia buntu dengan semua ini.

"Bonda tahu juga kan yang Aurel still sayangkan..."

"Bonda tahu, tapi please jangan sia-siakan Zhafran. Bonda tahu dia yang terbaik untuk Aurel. Bonda tahu, Aurel masih sayangkan dia, tapi jangan sampai Aurel hilang Zhafran, baru Aurel nak menyesal. Waktu tu, tak ada benda yang dapat diubah." ujar Puan Aisyah panjang lebar. Dia tegur sebab dia sayangkan anak menantunya.

Aurel hanya diam mendengar semua kata-kata Puan Aisyah. Sebenarnya, hatinya juga dibelenggu perasaan bersalah.

Bersalah terhadap suaminya, Zhafran Auden.

"Lagi satu, Aurel ingat waktu Zareel putus dengan Aurel kan? Tak ingat yang dia dah duakan Aurel sebelum korang berkahwin? Tak ingat semua tu? Bonda tahu Aurel cinta mati dengan Zareel, tapi cuba buka pintu hati itu untuk Zhafran Auden. Dia boleh jadi yang lebih sempurna daripada Zareel. Zareel tu masa lalu Aurel, Zhafran masa depan Aurel. Ingat ya, Bonda cakap macam ni sebab Bonda sayangkan anak menantu Bonda..."

Semua kata-kata yang Puan Aisyah katakan kepadanya amat menyentuh hatinya.

'saya minta maaf, abang.. saya bukan wanita yang terbaik untuk abang' kata hati Aurel.

"Ingat, sebelum nak cakap sesuatu tu, fikir baik-baik. Takut apa yang kita katakan itu bakal menggores hati orang lain." sambung Puan Aisyah lagi. Bukan dia tidak tahu sebanyak mana cinta Aurel terhadap bekas tunangnya sehingga susah untuk melupakan lelaki itu.

Takkan lah nak bercerai-berai?

"Aurel cuba.."

"Cuba untuk membuka pintu hati itu sekali lagi. Tak salah kan untuk mencintai buat kali kedua..." ujar Puan Aisyah. Dia inginkan perkahwinan anaknya kekal hingga ke jannah. Dia tidak mahu perpisahan yang akan menjadi penutup cerita yang baru sahaja dibina oleh anak menantunya.

"Tapi susah Bonda, susah untuk Aurel cintakan Zhafran walaupun..." Aurel menghentikan tutur katanya. Sukar untuk diungkapkan kepada sang ibu.

Walaupun dia tahu, bibit-bibit cinta mula hadir dalam diri Aurel Zea Rose. Tapi, bagi Aurel, cinta kali kedua ini tidak semanis cinta pertamanya.

"Walaupun apa, Aurel?" pintas Puan Aisyah. Dia harap sangat perkahwinan itu kekal lama.

"Walaupun Aurel mula sukakan Zhafran.. Tapi, untuk mencintai dan menerima, ia perkara yang amat mustahil, Bonda.." selepas sahaja Aurel mengungkapkan tutur bicaranya, Aurel melepaskan keluhan berat.

Namun, siapa sangka semua perbualan antara Aurel dan Puan Aisyah didengari oleh Zhafran. Zhafran yang tadinya ingin ke dapur niatnya terbantut apabila mendengar kata-kata Aurel dan Puan Aisyah. Sakit tidak terkata.

Hatinya semakin sakit. Sakit apabila mendengar semuanya daripada mulut isterinya sendiri.

Susahkah untuk wanita itu melupakan lelaki yang sudah sakitkan hatinya? Susahkah untuk wanita itu menerimanya seikhlas hati?

Zhafran mengatur langkah untuk naik ke bilik Aurel, atau lebih tepat, bilik mereka berdua.

Biarlah dia sendiri yang mengubati hatinya. Sampai sahaja di bilik Aurel, matanya tertarik dengan satu frame gambar Aurel dan bekas tunangnya.

Ya Allah, wanita itu amatlah mencintai bekas tunangnya sehingga gambar lelaki itu masih disimpan. Untuk kenangan ke?

"Saya mohon sekali lagi, bunga.. Cintakan saya seperti mana saya mencintai awak.. Jangan sampai saya fed up untuk mengejar cinta awak.." kata Zhafran sendirian di bilik itu.

70 votes and comment

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

70 votes and comment.

ZHAFRAN AUDEN ©️Onde histórias criam vida. Descubra agora