₊˚ʚ Zhafran Aurel : 20 ⨾ଓ

8.6K 525 47
                                    

Song : Love Story

REHANA lagi stres memikirkan cara macam mana lagi mahu menarik perhatian daripada Zhafran Auden

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

REHANA lagi stres memikirkan cara macam mana lagi mahu menarik perhatian daripada Zhafran Auden.

Ya, Rehana tidak tahu lagi yang Zhafran Auden sudah berkahwin tiga bulan lalu.

Nombor telefon Zhafran Auden dicari dan dia mula membuat panggilan telefon.

'Ish! Jawablah Zhaf!' getus hati Rehana. Kemarahan mula membuak-buak dalam diri Rehana apabila pertama kali panggilan telefonnya tidak diangkat oleh lelaki idamannya.

"Zhaf! Ughh!" rungut Rehana dengan nada kasar. Sakit hatinya! Dia cuba lagi untuk membuat panggilan namun tetap sama. Lelaki itu langsung tak menjawab panggilan telefonnya.

"Takpe.. I akan pastikan yang you milik I! Selamanya!" setelah itu, Rehana melepaskan tawanya.

Tidak lama itu, pintu bilik diketuk kuat.

"Hana! Hana!" laung Puan Sri Raysa dengan suara yang cukup kuat. Apa lagi lah yang nak jadi dengan Rehana Awrisya ni!

Rehana mendengus kasar. Sibuk je orang tua ni!

"Diam mummy!" jerit Rehana seakan-akan tidak waras.

Puan Sri Raysa yang tidak percaya dengan anak tunggalnya itu menuruni anak tangga dan mengambil kunci pendua kepunyaan bilik Rehana.

"I nak Zhafran seorang!! You milik I bukan milik perempuan lain!! Kalau I tak dapat you, perempuan lain pun takkan dapat you!!" jerit Rehana lagi. Dia psiko.

Dia obsess dengan lelaki yang bernama Zhafran Auden. Dia yakin bahawa Zhafran Auden akan menjadi miliknya.

Samada cara halus mahupun cara kasar. Setelah itu, Rehana mengukir senyuman sinis. Apa yang dia mahu, pasti dia akan dapat!

Klak!
Kuncian pintu bilik dibuka dan Puan Sri Raysa segera memeluk anaknya.

"Jangan buat mummy risau, Hana.."

Tiba-tiba, rancangan untuk mendapatkan lelaki itu terlintas di fikiran Rehana. Dia boleh menggunakan ibunya untuk mendapatkan Zhafran.

"Mummy sayang Hana kan?"

Puan Sri Raysa mengangguk laju. Ibu mana je tak sayang anak kan? Lagi-lagi jika anak tunggal.

"Mestilah sayang. Hana kan satu-satunya anak mummy."

Terbit senyuman sinis di bibir Rehana. Dia pasti dengan bantuan ibunya, dia dapat memiliki Zhafran Auden.

Jadi isteri kedua pun takpa, yang penting dapat hidup berdua dengan Zhafran Auden.

ZHAFRAN AUDEN ©️Where stories live. Discover now