₊˚ʚ Zhafran Aurel : 28 ⨾ଓ

5.8K 387 19
                                    

Song : Surat Akhir

HARI ini genaplah usia perkahwinan mereka yang ke 4 bulan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HARI ini genaplah usia perkahwinan mereka yang ke 4 bulan. Seperti tidak sangka yang kisah mereka tidak lah seindah yang orang lain sangkakan.

Semua itu hanyalah rekaan semata-mata. Pedih kan cinta tidak berbalas?

"I fell first, but you never fell, flower.." gumam Zhafran seorang diri. Dia memandang lama wajah Aurel yang lagi diulit mimpi itu.

Ayat itu mempunyai maksud tersirat. Setelah itu, Zhafran mengalihkan pandangannya ke arah jendela.

Cantik. Bidadarinya sungguh cantik. Adakah semua mimpinya itu petanda buruk buat mereka berdua?

Mimpi yang benar-benar menyatakan bahawa mereka akan berpisah. Either you or me, seorang akan pergi.

"Eight month left hm."

Lapan bulan lagi untuk mereka berdua saling melengkapi. Saling mencintai. Namun, untuk mendapatkan cinta isterinya itu seakan-akan tiada harapan.

"Abang taknak Aurel yang jauh daripada hidup abang, biarlah abang yang mengalah. Abang penat, bunga..."

"Hubungan kita seolah-olah tidak mempunyai harapan untuk kekal lama..."

"Abang ada banyak impian nak ciptakan bersama sayang, tapi hubungan kita dah macam terhenti disini..." sambungnya lagi. Tanpa sedar, air mata lelakinya jatuh menyembah permukaan lantai bilik itu.

Benar dia menangis.

Aurel Zea Rose adalah kelemahan tertingginya. Tanpa bunganya, mustahil untuk dia teruskan perjuangan yang tidak mempunyai apa-apa harapan ini.

Kerana dia tahu, Aurel itu adalah priority dalam hidupnya. Bunga pertama dan terakhir untuknya.

"Abang taknak kehilangan bunga kesayangan abang ni sebab..."

"Because you're my priority, flower." Zhafran berkata lalu mengesat air matanya yang jatuh itu.

Setelah itu, Zhafran mendekati tubuh isterinya dan di kucup dahi wanita itu. Lama dia melabuhkan kucupan itu.

Love like a chess. Memerlukan pertaruhan dalam percintaan.

Percintaan tidak semestinya berakhir dengan kebahagiaan, adakalanya percintaan adalah hal hebat yang telah melukakan hati seseorang.

Hati seseorang yang telah banyak berjuang demi mempertahankan sesebuah hubungan.

Love like a sunset..

Cinta yang indah namun hanyalah sementara.

Love is forever even the pain is temporary.

Pain in love.

ZHAFRAN AUDEN ©️Where stories live. Discover now