₊˚ʚ Zhafran Aurel : 30 ⨾ଓ

7.2K 380 16
                                    

Song : Jagakan Dia by Shiha Zikir

Song : Jagakan Dia by Shiha Zikir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"BUNGA. Esok last day kita kat sini tau.." ujar Zhafran lalu memimpin tangan Aurel kemas.

Dia menatap sejenak wajah cantik itu. Cantik isteri dia.

"Hm kejapnya.." Aurel mencebik perlahan, walaupun sebenarnya dia lagi suka kalau mereka balik awal. Dia sudah muak dengan lakonan semata mata ini.

Lakonan untuk menunjukkan bahawa merekalah pasangan yang paling bahagia. Sedangkan, dia masih tiada hati terhadap suaminya.

"Abang dah nak masuk kerja balik. Dah lama abang cuti, kesian Zharif handle office sorang-sorang.." Zhafran berkata seraya mengucup tepi kepala Aurel.

Aurel senyum malu. Tanpa aba-aba, dia baring di atas peha si suami. Zhafran turut tersenyum apabila wanita kesayangannya tiba-tiba sahaja meletakkan kepalanya di atas pehanya.

Comel je.

"Bunga pun kena masuk kerja juga tau!" Zhafran menuding jari lalu dia mengucup sekilas hidung Aurel.

Aurel senyum sumbing. "Aik Aurel pun kena masuk kerja ke?"

"Kenalah! Nanti big boss marah tau!" Zhafran sengaja menegaskan nadanya supaya Aurel kelihatan takut. Seperti ibu marahkan anak.

"Alolo big boss marah ker? Takutnya!" sempat lagi Aurel mengusik hati Zhafran Auden. Akibat terlalu geram dan geli hati dengan isterinya, niat jahat terlintas di fikirannya.

Setelah itu, Zhafran menganggukkan kepalanya. Walaupun Aurel pelik dengan suaminya, dia tetap meneruskan usikan nya.

"Gigit kang eii!" tawa yang ditahan akhirnya meletus juga. Andai lah bahagia yang mereka kecapi ini bahagia yang realiti.

Semua yang terjadi sekarang tidaklah seindah realiti. Kerana semua ini hanyalah palsu.

Semua kata-kata yang Aurel katakan hanyalah palsu seperti mana yang dia pintakan...

Namun, apakan daya, itu adalah permintaannya...

Tapi tak mengapa, asalkan dia dapat merasai nikmat kebahagiaan walaupun sebenarnya kebahagiaan itu hanyalah sementara waktu...

"Abang jom jalan-jalan? Esok kan last day kat sini.."

Seperti yang dia rancang tadi, Zhafran hanya mengangguk.

"Sure sayang, tapi ada syaratnya" usai berkata, Zhafran tersenyum sinis. Dah tahu bagaimana nak mengusik hati si isteri.

Apa dia ingat dia sahajalah yang boleh mengusik? Ini Tuan Zhafran Auden lah!

ZHAFRAN AUDEN ©️Where stories live. Discover now