BAHIYAH : 1

11.8K 379 1
                                    

"Assalamualaikum Umi, Hiyah dah balik ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Assalamualaikum Umi, Hiyah dah balik ni." kedengaran suara seorang wanita memanggil ibunya apabila melangkah masuk ke dalam rumahnya .

Tidak sampai beberapa minit, kedengaran suara wanita yang sudah berusia 50-an menjawab salam puterinya.

"Waalaikumsalam, Umi dekat dapur sayang. Meh masuk." balas umi Bahiyah iaitu Hajah Julia yang sedikit kuat supaya anaknya dengar.

Dengar sahaja suara uminya, Bahiyah terus melangkah masuk ke dalam rumah nya yang tidak besar dan tidak kecil. Syukur kerana Tuhan memberi mereka tempat tinggal walaupun tidak besar macam rumah banglo.

Bahiyah mengintai disebalik dinding untuk melihat apa yang dilakukan uminya. Ternyata uminya sedang sibuk memotong bawang di atas lantai. Santai sahaja uminya duduk bersila.

"Umi, ni Hiyah ada belikan sesuatu untuk umi. Kebetulan barang yang Hiyah beli ni cantik sangat tak memasal Hiyah teringat dekat umi." Bahiyah berkata sambil menghulurkan satu beg kertas yang saiznya sedikit besar.

Lantas Hajah Julia memandang wajah sang puterinya yang telah duduk bersila disebelahnya.

"Barang cantik, duit pun cantik kan?" - balas hajah Julia dengan mata menjengil sedikit ke arah Bahiyah.

Bukan apa, Bahiyah ni selalu sangat belikan sesuatu untuk Umi dia. kalau bukan umi kadang kadang abah nya juga dibelikan. Bukan Hajah Julia tidak suka tetapi taknaklah puterinya ini menghabiskan duit hanya untuk ini.

"Ala umi, janganlah macamtu. Apalah sangat harga barang ni nak dibandingkan dengan umi yang dah penat lelah besarkan Hiyah. Jadi ni Hiyah ikhlas. Cepatlah umi tengok ni." Bahiyah terus menghulurkan beg kertas itu kepada umi.

Hajah Julia mengeluh kecil sebelum mengambil beg kertas di tangan Bahiyah. Bahiyah mula tersenyum selepas Uminya sedang melihat apa di dalam beg kertas tersebut.

Tersenyum mekar di bibir Hajah Julia apabila di dalam beg kertas itu, ada satu telekung berwarna ungu bercorakkan bunga berwarna putih. Dia mengeluarkan telekung itu dan memandang anaknya.

"Ya Allah, cantiknya telekung ni Hiyah. Dah lah warna kegemaran umi ni. MashaAllah" Hajah Julia berkata sambil membelai kain telekung di tangan nya.

Bahiyah tersenyum melihat uminya. Bahagia sangat bila dapat tengok senyuman umi dia.

"Kann?? Hiyah dah agak mesti umi suka. Lagipun jenama telekung ni popular tau. Artis pun pakai." balas Bahiyah

Uminya meletakkan telekung itu di dalam beg kertas tadi. Setelah itu dia melihat wajah anaknya.

" Hiyah sayang, lepasni jangan beli apa apa lagi untuk umi dengan abah ye? Cukuplah duit tu untuk kamu belanja. Jangan selalu habiskan duit untuk umi dengan abah ni. Kami tak kesah pun kalau kamu tak beri apa apa pada kami. Hm? balas Hajah Julia dengan lembut.

"Umi, duit gaji Hiyah tu, duit umi dgn abah juga. Apa salahnya Hiyah kongsi rezeki dengan umi abah kan? Berkat doa umi abah lah Hiyah senang dapat kerja tau."Bahiyah balas sambil memegang tangan uminya. Diusap lembut kekura Hajah Julia.

"Iye sayang, sebelum ni kamu kumpul duit banyak banyak kamu dah buat impian umi dengan abah tercapai tau untuk pergi Haji. Itupun umi bersyukur sangat sangat." Hajah Julia mengusap pipi anaknya lembut. Bila senyum, lesung pipit Bahiyah kelihatan sama seperti abahnya.

Tersenyum dua beranak itu, tidak sedar sosok seorang lelaki yang berada di belakang mereka. Lelaki tua itu berdehem.

"Ehem, Amboi kemain ye anak beranak ni. Sampai tak sedar abah dah lebih sepuluh minit berdiri kat sini. Rasa nak patah lutut." kedengaran suara Haji Adnan membuat mereka serentak menoleh ke belakang. Tergelak Bahiyah mendengar coletah abahnya.

"Ih abah ni, baru 10 minit dah nak patah lutut. Abah yang datang senyap-senyap manalah kitaorang dengar. Kan umi?" Bahiyah berkata sambil menoleh kembali ke arah uminya. Hajah Julia tersenyum.

"Yelah abang, cubalah lain kali bagi salam ke, hentak kaki tu sikit ke, barulah kitaorang dengar." balas Hajah Julia. Tergelak dua beranak itu. Suka menyakat Haji Adnan..

"Haah yelah, takpelah. Kita dah terbiasa dipulaukan. Haji Adnan sedikit mencebik bibirnya kedepan. Dah macam budak kecik pula haji ni. Haih!

"Hahaha, Abah ni janganlah muncung macmam itu. Tak hensem lah Hiyah tengok." balas Bahiyah sambil tergelak. Alahai abahnya ini. Tak padan dengan tua.

"Oh iya, Macam mana kerja harini Hiyah? Okay tak?" Haji Adnan bertanya kepada puterinya. Yelah risau juga kalau anaknya ini ada masalah kat tempat kerja.

"Alhamdulillah okay je abah, cuma banyak sikit kerja harini. Tak cukup dua tangan." balas Bahiyah sambil menunjuk kedua tangannya yang menutup aurat dengan memakai handsock berwarna biru laut.

"Tak cukup dua tangan, guna lah kaki tu." balas haji Adnan. Haih lah! Kuat bergurau betul lah satu keluarga ni.

" Abah ni kan. Kaki untuk berjalan je, bukan boleh buat apa. Suka sangat sakat Hiyah lah abah ni." balas Hiyah kedengaran seperti merajuk.

"Hah tulah, Hiyah yang sakat abah dulu. Abah balas lah balik. Tak salah kan?" Haji Adnan berkata sambil ketawa. Puas dia dapat sakat Bahiyah balik.

"Umi... Tengok  abah ni." rengek Hiyah sambil memandang uminya.

Hajah Julia hanya menggeleng sahaja melihat mereka. Dua-dua kuat menyakat.

"Hah dah, cukup-cukup lah tu. Masing-masing taknak kalah." balas Hajah Julia.

Bahiyah hanya mencebik bibirnya sedikit. Umi ni pun bukan nak menangkan Hiyah.

Sudah habis bergurau keluarga itu. Bahiyah meminta dirinya untuk ke bilik. Dia ingin mandi dan rehat. Penat sangat kerja harini.

"Hiyah masuk bilik dulu ye umi abah. Nak mandi lepas itu nak solat zuhur." selantas itu, Bahiyah bangun dengan mengambil beg tangannya.

"Hah yelah, lepas solat keluar balik. Kita makan sama samaa. Jangan tidur pulak." pesan uminya sambil memotong bawang.

"Baik umi, nanti Hiyah datang dapur balik." bala Bahiyah. Sejurus itu dia masuk ke biliknya untuk membersihkan diri dan menunaikan kewajipan nya sebagai seorang muslim.

TBC

bab 1 ni baru pov Bahiyah.. lepas ni pov Tengku Akif pulak.. tunggu tau🫶🏻

ISTERI YANG TERSAKITI✔️Where stories live. Discover now