BAHIYAH : 30

7K 220 3
                                    

Perlahan-lahan Bahiyah membuka matanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Perlahan-lahan Bahiyah membuka matanya. Dia melihat sekeliling dan disebelah nya ada Tengku Akif yang sedang tidur.

Bahiyah tersenyum manis. Dia mengusap lembut rambut suaminya itu. Dengan sentuhan Bahiyah, Tengku Akif tersedar dari tidurnya.

Dia mendongak dan mendekatkan lagi dirinya dengan Bahiyah. Tengku Akif tersenyum lalu melabuhkan ciuman di dahi Bahiyah.

"Sayang nak apa-apa ke? Sayang okay tak ni? Nak abang panggil doktor?" tanya tengku Akif.

Bahiyah tersenyum lalu menggeleng. Dia meletakkan tapak tangannya di pipi tengku Akif. Tengku Akif pun memegang erat tangan isterinya.

"Terima kasih, abang."

"Kenapa nak terima kasih pulak ni? Hm?"

"Sebab sanggup jaga Hiyah masa Hiyah tak sedarkan diri. Walaupun Hiyah tak nampak masetu, tapi Hiyah dapat rasa ada dekat dengan abang." kata Bahiyah perlahan.

"Sayang.. sayang kan isteri abang. Tanggungjawab abang untuk jaga Hiyah. Dah tu, sayang rehat je okay?" balas Tengku Akif.

"Hiyah minta maaf sebab pernah derhaka pada abang. Hiyah tengking abang. Maafkan Hiyah ye, abang.." sambung Bahiyah lagi.

Tengku Akif hanya menggeleng menandakan yang dia tidak setuju.

"Apa yang sayang buat, tak seteruk apa yang abang buat dulu. Abang jahat pada sayang. Abang banyak dosa pada sayang. Sayang maafkan abang tau. Janji dengan abang yang sayang takkan tinggalkan abang lagi. Abang nak mulakan hidup baru dengan sayang." ujar Tengku Akif.

Bahiyah yang mendengarnya sudah menitiskan air mata. Terharu dengan kata-kata Akif. Alhamdulillah, suaminya kini adalah suami yang dia idamkan.

"Ha tengok tu, jangan lah nangis sayang. Abang tak suka tengok sayang nangis. Nanti abang pun sedih." kata Tengku Akif membuatkan Bahiyah tergelak kecil. Dia menghapuskan air matanya.

"Sekarang ni sayang rehat. Jangan cakap banyak sangat. Sayang tu baru nak baik. Nanti doktor marah abang."

Kata-kata Akif itu membuatkan Bahiyah ketawa. Comel pula tengku Akif ni ek.

Mereka memandang satu sama lain. Agak lama. Mata tengku Akif mendarat di bibir Bahiyah yang sedikit pucat itu. Tanpa kata, dia mencium dengan lembut bibir isterinya itu.

Tindakan tengku Akif membuatkan Bahiyah tersentak sedikit. Tengku Akif menggerakkan sedikit ciumannya. Bahiyah pun membalas tindakan Tengku Akif. Lembut sahaja kerana tengku Akif tahu Bahiyah masih belum sihat.

Setelah beberapa minit, tengku Akif melepaskan ciuman mereka. Tengku Akif tersenyum melihat Bahiyah yang sudah malu.

"Lama abang tahan tau." kata tengku Akif. Bahiyah memandangnya tidak percaya. Cakap tu biarlah berlapik sikit.

Tidak lama, pintu ward Bahiyah terbuka menunjukkan Tengku Maria dan Tengku Arsyad yang berjalan masuk ke dalam.

Tengku Maria laju mendekatkan dirinya dengan Bahiyah. Rindu yang tidak terkata.

"Hiyah.. Ya Allah, syukur kamu dah okay." kata Tengku Maria dia mengelus lembut pipi menantunya itu. Bahiyah hanya tersenyum.

"Hiyah macam mana? Okay dah?" tanya tengku Arsyad yang berdiri di sebelah tengku Maria.

"Alhamdulillah, Hiyah okay papa. Cuma ada rasa sakit-sakit badan sikit." balas Bahiyah.

"Biasalah tu. Lama sangat kamu baring kat katil hospital ni."

"Takpe, nanti bila Hiyah dah keluar hospital. Mama urut Hiyah okay? Jangan risau. Mama pakar urut." Tengku Maria berkata.

Mereka semua tergelak. Pakar eh. Tapi betul tau, tengku Maria memang pandai mengurut. hehe

"Kif.. dah bincang dengan Hiyah?" tanya Tengku Arsyad sambil memandang ke arah tengku Akif di depannya.

Bahiyah berkerut dahi. Bincang apa pula ni.

"Bincang apa, abang?" tanya Bahiyah.

Tengku Akif tersenyum nipis. Dia menggaru belakang tengkuk nya yang tidak gatal.

"Takde apa lah, sayang. Papa kita cakap kat luar boleh?"

Tengku Arsyad mengangguk.

"Abang pergi keluar kejap eh. Nanti abang datang balik." kata tengku Akif. Bahiyah mengangguk. Tengku Arsyad dan tengku Akif pun keluar dari ward tersebut.

"Papa dengan abang nak cakap apa, ma?" tanya Bahiyah.

Tengku Maria hanya tersenyum.

"Ade lah tu nak dibincangkan. Nanti Hiyah dah sihat baru kita semua bincang sama-sama okay?" kata tengku Maria.

Bahiyah tiada pilihan lalu dia mengangguk saja tanda faham. Walaupun dari sudut hatinya, dia ingin sekali tahu apa yang tengku Arsyad dan tengku Akif bincang itu.

~~~

Tengku Arsyad dan tengku Akif berada di kedai makan yang berada di tingkat bawah hospital itu.

"Buat masa sekarang, biar Hiyah betul-betul okay dulu, pa. Akif taknak bagi dia stress sebab pikir pasal rawatan tu. Rawatan tu bukan nya sekejap, pa. Bukan berbulan tapi bertahun." kata Tengku Akif setelah dia meneguk air kopi panas yang dia pesan.

"Papa faham. Papa pun kalau boleh taknak lah bagi Hiyah tertekan. Kalau macamtu, kalau Hiyah dah boleh keluar hospital nanti, balik KL bawa dia pergi rumah papa dengan mama. Senanglah, ramai tengokkan dia. Kalau kamu busy, mama boleh jaga." ujar tengku Arsyad.

"Memang itulah yang Kif fikir, pa. Lagipun, Kif dah lama tak masuk kerja. Mesti kerja kat KL tu berlambak." balas Tengku Akif.

Tengku Arsyad mengangguk. Nasib baik kerja dekat sana ada yang ambil alih. Nazhan pun dah balik sana atas arahan tengku Arsyad.

"Itu kamu jangan risau. Nazhan dah uruskan semua.
Yang penting, kamu kena ada dengan Bahiyah buat masa sekarang. Bagi dia betul-betul sihat."

"Kif.." panggil tengku Arsyad.

"Papa suka tengok perubahan Kif sekarang." kata tengku Arsyad sambil tersenyum.

"Alhamdulillah. Kif bersyukur sangat, pa. Sekarang ni Kif nak tebus segala salah Kif pada Bahiyah. Kif nak bahagiakan dia. Kif cintakan Hiyah, pa." balas Tengku Akif.

Tengku Arsyad tersenyum bahagia. Syukur semuanya sudah kembali baik. Dia berharap rumah tangga menantu dan anaknya itu akan kekal sehingga ke syurga.

InsyaAllah.

TBC

Hai! hahahaha.. Tahu patutnya harini earin tak update tapi tetiba idea datang. Tapi kalini pendek sikit lah. hehe. Selamat membaca! jangan lupa vote tau🫶🏻

ISTERI YANG TERSAKITI✔️Where stories live. Discover now