BAHIYAH : 36

5.1K 207 10
                                    

Tengku Akif mengejar isterinya yang sudah berada di pintu utama syarikatnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tengku Akif mengejar isterinya yang sudah berada di pintu utama syarikatnya. Semua pekerja di situ memandang mereka pelik. Tadi masa datang okay sahaja.

"Sayang, wait! Dengar cakap abang!" arah Tengku Akif. Bahiyah terpaksa menurut tetapi tidak menoleh ke arah tengku Akif.

Tengku Akif mendekat lalu dicapai lengan isterinya dan memusingkan tubuh Bahiyah supaya memandangnya.

"Sayang, please. Trust me. Jangan buat abang macamni. Demi Allah, abang tak buat apa-apa dengan Luna." kata tengku Akif. Bahiyah hanya memandangnya dengan riak kosong.

Bahiyah percaya kata-kata Akif cuma hatinya terasa sakit melihat Tengku Akif dan Luna berduaan di bilik kerja suaminya.

Air mata Bahiyah mula bertakung di tubir mata. Tanpa kata, dia memeluk tengku Akif erat lalu menangis semahunya. Tidak kisah orang-orang disitu memandang mereka.

Tengku Akif cuba untuk menenangkan isterinya. Tengku Akif membalas pelukan isterinya dan diusap lembut belakang tubuh Bahiyah dan dicium lembut dahi nya.

"Sshhhh, sayang. Dah jangan nangis. Abang minta maaf okay? Abang tahu sepatutnya abang halau dia keluar." kata tengku Akif.

Bahiyah menggeleng. Tengku Akif ketawa kecil. Alahai isteri, hati tisu betul lah.

"Hi..yah t..tak suka Luna ka..cau rumah tangga ki..ta." balas Bahiyah selang tangisannya.

"Ye, sayang. Abang tahu tu. Sayang tak boleh macamni. Anggap je Allah tu hantar Luna sebab Dia nak kita percaya satu sama lain. Okay sayang? I love you tau. Dah jangan nangis. Tak comel." kata Tengku Akif. Bahiyah membalas dengan ketawa kecil.

Dugaan rumah tangga. Kejap bahagia, kejap Allah datangkan macam-macam ujian. Itulah lumrah dalam alam perkahwinan. Yang penting, percaya satu sama lain.

Bahiyah melepaskan pelukan mereka dan memandang wajah tengku Akif dengan wajah yang sembab kerana menangis. Tengku Akif tersenyum lalu diusap air mata isterinya dengan lembut.

"Dah? Nak naik office balik ke, nak balik rumah?" tanya tengku Akif.

"Nak balik rumah. Kepala Hiyah pusing."

Tengku Akif mengangguk lalu dibawa isterinya ke dalam kereta dan pulang ke rumah.

Pekerja tengku Akif yang melihat adegan di depan mata tadi hanya membiarkan. Ada yang cemburu melihat layananTengku Akif pada Bahiyah.

Mak! Nak kahwin!

~~~

Sampai mereka di rumah, mereka berdua masuk ke dalam dan melihat tengku Maria yang sedang duduk di ruang tamu. Tengku Maria terus menoleh ke arah mereka.

"Kif? Awal balik. Papa tak ikut sekali?" tanya Tengku Maria.

"Papa ada hal sikit, ma." balasnya. Tengku Maria mengangguk faham. Matanya memandang ke arah Bahiyah yang seperti tidak bermaya. Pucat sahaja.

"Hiyah? Kamu okay? Mama nampak muka kamu pucat." kata tengku Maria. Terus tengku Akif fokus pada isterinya. Baru dia perasan raut wajah Bahiyah yang nampak pucat dan lesu. Dia mendekati isterinya.

"Sayang? Okay tak ni?" tanya tengku Akif. Bahiyah tidak memberi respon apa-apa. Hanya mengangguk perlahan.

"Hiyah nak naik —
Belum sempat Bahiyah menghabiskan ayatnya, dia jatuh pengsan. Mujur tengku Akif pantas mendapatkan Bahiyah dari jatuh ke lantai.

"Ya Allah, sayang." kata tengku Akif lalu menepuk lembut pipi Bahiyah yang sudah memejam kan matanya.

"Hiyah! Eh Kif bawa Hiyah naik atas cepat. Badan dia panas sangat ni." Tengku Maria berkata selepas dia merasakan dahi Bahiyah yang agak panas itu.

Terus tengku Akif mengangkat Bahiyah dengan gaya Bridal style dan dibawa naik ke bilik mereka. Tengku Maria mengekori tengku Akif dari belakang.

Tengku Akif meletakkan Bahiyah dengan posisi baring dan memang betul kata tengku Maria. Suhu badan isterinya sangat panas.

"Biar mama telefon doktor untuk datang sini." kata Tengku Maria. Lalu dia keluar dari bilik mereka untuk menelefon doktor.

"Sayang..." panggil Akif. Cuba untuk membangunkam isterinya.

Perlahan-lahan Bahiyah membuka matanya. Dia melihat wajah Tengku Akif yang menunjukkan riak merisaukan. Bahiyah bangun dengan posisi duduk dibantu oleh tengku Akif.

"Baring jelah sayang. Sayang demam ni."

"Kepala Hiyah pening."

"Pening? Meh abang urutkan sikit. Mama dah telefon doktor dah. Tunggu doktor sampai okay?" kata Tengku Akif. Dia membetulkan posisinya dengan merapatkan lagi dirinya dengan Bahiyah dan diurut perlahan kepala isterinya.

Bahiyah hanya menurut. Rasa lega bila tengku Akif mengurut kepalanya yang pusing itu. Dalam diam, dia tersenyum.

"Pandai juga abang mengurut eh." kata Bahiyah. Tengku Akif hanya tergelak kecil.

Beberapa minit kemudian, tengku Maria bersama doktor dibelakangnya masuk ke bilik tengku Akif dan Bahiyah.

"Kif, Ini doktor dah sampai." kata Tengku Maria. Tengku Akif berdiri dan bersalaman dengan doktor tersebut.

Doktor tersebut mula check keadaan Bahiyah. Tengku Maria dan tengku Akif hanya setia menemani di dalam.

Setelah selesai, doktor itu berdiri lalu tengku Akif mendekati nya.

"Macam mana, doktor?"

"Okay, memang isteri tengku sekarang mengalami demam panas tetapi tidak seteruk manalah. Cuma saya nak tanya Puan Bahiyah. Dah berapa lama, Puan tidak datang bulan?" tanya doktor tersebut.

Bahiyah mula berfikir sejenak.

"Dah lebih 2 minggu saya tak datang bulan, doktor." kata Bahiyah.

Doktor itu mengangguk lalu tersenyum sebelum memandang ke arah tengku Akif.

"Tahniah tengku, Puan Bahiyah hamil. Kalau ikutkan kandungannya sudah hampir mencecah 4 minggu."

Serentak mereka bertiga terkejut dengan berita yang diberitahu doktor tersebut.

Hamil? Benarkah?

Hamil? Benarkah?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


~~~

TBC

Maaf chapter ni pendek hm. Author memang kosong idea sekarang😭 Taktahu lah bila lagi boleh update. Yang penting jangan lupa tekan butang vote 🫶🏻

ISTERI YANG TERSAKITI✔️Where stories live. Discover now