BAHIYAH : 34

5.4K 226 5
                                    

Bahiyah terjaga dari tidur apabila dia mendengar bunyi seakan seseorang sedang mandi di dalam bilik air

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Bahiyah terjaga dari tidur apabila dia mendengar bunyi seakan seseorang sedang mandi di dalam bilik air. Dia pasti itu adalah suaminya.

Tiba-tiba pintu bilik air itu terbuka dan memaparkan tengku Akif yang baru sahaja selesai mandi dengan tuala yang hanya dililit di bahagian pinggangnya.

Bahiyah menelan air liur. Alamak! Seksi pulak lah suami kita ni wak.

Tengku Akif perasan yang dari tadi Bahiyah hanya memandang badannya yang agak sasa itu. Tengku Akif berdehem. Lantas Bahiyah tersedar akan lamunannya.

Bahiyah cuba untuk bangun katil dan ingin menuju ke pintu bilik itu. Namun, Tengku Akif pantas memaut lengan Bahiyah dan merapatkan dirinya dengan Bahiyah.

Bahiyah terjerit kecil dengan tindakan spontan Tengku Akif. Bahiyah memandang wajah suaminya.

"Kenapa sayang lari?" tanya tengku Akif. Makin lama bibir mereka hampir tersentuh. Bahiyah menahan dengan menolak sedikit dada bidang tengku Akif.

"Mana ada lari." balas Bahiyah pendek.

"Abang tahu, sayang ada benda nak cakap dekat abang kan?" soal tengku Akif. Bahiyah hanya diam. Matanya memandang ke arah lain.

"Pandang abang sayang."

Suara tengku Akif membuatkan Bahiyah cair mendengarnya. Dengan perlahan matanya memandang tepat ke arah mata tengku Akif yang berwarna coklat terang itu.

"Tell me, sayang." kata tengku Akif.

Bahiyah menghela nafas. Dia melepaskan tangannya dari tengku Akif dan duduk semula di tepi katil. Tengku Akif turut duduk sama di sebelah isterinya.

"Apa yang Luna cakap dekat sayang?" tanya tengku Akif. Bahiyah mengemam bibirnya. Patut ke dia cerita?

"T-tak de apa pun. Borak biasa je." balas Bahiyah.

"Abang tahu perangai dia macam mana, sayang. Mustahil sayang dengan dia borak biasa. Now tell me the truth, Ayesha Bahiyah." kata Tengku Akif. Cukup untuk membuatkan Bahiyah sedikit gugup.

"Betul abang. Buat apa Hiyah nak tipu." Bahiyah masih tidak mahu mengalah.

Tengku Akif mengeluh. Degil betul lah!

Disebabkan Bahiyah tidak mahu jujur padanya, Tengku Akif menolak badan Bahiyah agak kasar sehingga Bahiyah dalam posisi terbaring. Membulat mata Bahiyah.

Cuba untuk melepaskan diri tetapi tengku Akif pantas menghalang dengan menindih badannya ke atas Bahiyah.

Kedua tangan isterinya digenggam di sisi kepala.

"Lepaslah, abang." pinta Bahiyah. Sedaya upaya dia cuba melepaskan dirinya tetapi Tengku Akif lagi kuat darinya.

"Sayang nak jujur atau tak? Kalau tak, abang takkan lepaskan sayang." kata Tengku Akif.

ISTERI YANG TERSAKITI✔️Where stories live. Discover now