BAHIYAH : 25

7.4K 256 5
                                    

"Hiyah?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



"Hiyah?"

Bahiyah menoleh ke satu suara yang sedang memanggilnya lembut. Dia sedang berada di satu tempat yang tidak pernah dia lihat. Disekelilingnya penuh dengan bunga berwarna putih. Indah sekali tempat ini.

Laju jantungnya apabila dia melihat Hajah Julia dan Haji Adnan sedang berjalan ke arahnya. Senyuman manis terukir dibibir mereka.

Pantas Bahiyah berlari ke arah mereka dan memeluk umi dan abahnya sangat erat. Menangis teresak Bahiyah. Rindu yang tidak terkata.

"Umi, Abah.. Hiyah rindu.." rintih Hiyah dalam tangisannya.

Dia merasakan mereka berdua sedang mengelus lembut belakang tubuh Bahiyah.

"Umi dengan abah pun rindu Hiyah." ujar Hajah Julia.

"Ni bukan mimpi kan? Tolong bagitahu Hiyah yang ini realiti. Hiyah nak duduk dengan umi abah. Hiyah dah takde siapa dah dalam dunia ni." Hiyah berkata sebelum dia melepaskan pelukannya. Dia memandang kedua dua wajah umi dan abahnya. Sangat suci. Tenang sahaja bila melihat wajah mereka.

"Siapa cakap Hiyah takde siapa dekat dunia ni? Suami Hiyah kan ada. Mama dengan papa Hiyah pun ada." ujar Hajah Julia. Dia mengelus lembut pipi anaknya.

"Akif dah tinggalkan Hiyah, umi. Cepat sangat dia mengalah." balas Bahiyah. Hajah Julia menggeleng.

"Akif tak pernah mengalah pun Hiyah. Hiyah yang sia-siakan perjuangan dia untuk dapatkan cinta Hiyah semula." ujar Hajah Julia.

"Habistu selama ni dia takpernah pun balas cinta Hiyah. Kenapa saat Hiyah dah tak cintakan dia baru dia nak balas umi?" Bahiyah berkata dengan bunyi tangisan yang masih kedengaran di bibirnya.

"Betul ke Hiyah dah tak cintakan dia? Umi tahu anak umi ni macam mana. Mulut cakap lain tapi hati cakap lain pulak. Jangan tinggikan sangat ego tu sayang. Semua orang pernah buat salah. Kita tak boleh nak hukum seseorang tu. Ye memang, umi dengan abah pun kecewa dengan apa yang Akif dah buat dekat Hiyah. Tapi umi dengan abah yakin, Akif tu ialah lelaki yang terbaik untuk anak umi ni." ujar Hajah Julia panjang. Bahiyah hanya diam. Memang betul, dia masih lagi cintakan tengku Akif.

"Hiyah.. abah faham perasaan Hiyah. Apa yang umi kamu cakap, semuanya betul. Rendahkan ego kamu tu. Tak salah kalau kita bagi peluang pada orang yang betul betul dah menyesal atas perbuatannya. Allah sentiasa memaafkan hamba-Nya. Tapi kenapa kita tak boleh? Ingat Hiyah, walau apa pun jadi, Akif tetap suami kepada Hiyah. Sekarang ni Hiyah hanya boleh bergantung pada Akif je. Umi dengan abah dah takde nak temankan Hiyah lagi." sambung Haji Adnan pula. Bahiyah hanya menunduk. Kepalanya diangguk banyak kali. Air mata dari tadi hanya menitis sahaja.

"Jaga diri kamu ye sayang. Umi dengan abah nak kena pergi dah ni. Nanti kamu bangun, ambil wudhuk buat solat sunat 2 rakaat. Tenangkan hati kamu. Minta petunjuk dari Allah. Doa banyak banyak agar semuanya dipermudahkan. Bila kamu dah bersedia, pulanglah pada pangkuan suami kamu. Dia perlukan kamu. Ingat ye Hiyah?" pesan Hajah Julia.

Bahiyah mengangguk lalu tersenyum.

"Tunggu Hiyah dekat syurga ye umi, abah." balas Bahiyah.

Hajah Julia dan Haji Adnan hanya senyum manis. Lama kelamaan bayangan mereka mula pudar. Lantas dengan itu, Bahiyah terbangun dari tidur. Dia melihat jam di telefon bimbitnya sudah menunjukkan pukul 8:00 malam. Dia mengusap mukanya dengan kedua tapak tangannya.

"Ya Allah.. rindunya dengan mereka."

Dia bangun dari katil dan pergi ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Selesai sahaja, dia membuat solat fardhu maghrib dan kemudian solat sunat 2 rakaat macam yang Hajah Julia pesan di dalam mimpi tadi. Sungguh, mimpi itu terasa nyata bagi Bahiyah. Merasakan sentuhan yang dia rasa apabila Hajah Julia mengusap pipi nya lembut.

Habis sahaja tahiyat akhir, Bahiyah memberi salam ke kanan kemudian ke kiri. Dia berzikir dan selawat macam mana yang dia selalu buat selepas sahaja selesai solat fardhu.

Setelah itu, dia mengangkat kedua dua tangannya dan berdoa kepada Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah segala dosa hamba-Mu ini. Sesungguhnya Engkau lah Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, sungguh aku rindu pada suamiku. Kau permudahkan lah urusannya. Kau berikan lah kesihatan pada dirinya. Jauhkan lah ia dari benda buruk yang akan menimpa nya Ya Allah. Aku minta ampun, aku sedar aku telah jadi isteri yang derhaka pada suamiku. Aku sia-siakan perjuangannya untuk membahagiakan aku. Sungguh, aku cinta kan dia kerana-Mu ya Allah. Tiada siapa yang boleh menggantikan tempat dia di dalam hatiku Ya Allah. Jagalah dia untuk ku. Lindungilah dia di mana pun dia berada.

Aamiin ya rabbal alamin...

Bahiyah memejam mata seketika setelah selesai berdoa. Matanya melihat cincin berlian yang masih terpakai dijarinya. Dia tersenyum sendiri.

"Akif Dzulkifli hanya untuk wanita yang bernama Ayesha Bahiyah. Bila sampai masanya, Hiyah akan balik pada abang. Hiyah janji. Tunggu Hiyah ye abang. Hiyah cinta dan sayangkan abang." gumam Bahiyah perlahan. Matanya masih merenung ke arah cincin dijarinya.

Bahiyah mengambil keputusan untuk membaca Al-Quran sebelum menunggu azan isyak. Dia mencapai Al-Quran yang berada di meja tepi katilnya dan duduk di atas sejadah.


Tengku Arsyad melihat tengku Akif yang sedang duduk di ruang tamu rumanhnya. Dia berjalan dekat ke arah tengku Akif dan melabuhkan punggung di sebelah anaknya.

"Teringat buah hati ke tu?" tanya tengku Arsyad. Pantas tengku Akif menoleh lalu tersenyum nipis.

"Mestilah pa." balas tengku Akif.

Tengku Arsyad menghela nafas.

"Perempuan ni Kif.. Kadang kadang hati mereka ni susah nak pujuk bila dah terluka. Tapi patutnya Kif takboleh mengalah macamtu je. Cuba lagi ambil hati Hiyah tu. Papa yakin, masih ada ruang untuk kamu bahagiakan dia." ujar tengku Arsyad sambil memandang ke arah tengku Akif.

"Kif tak mengalah pun pa. Kif kalau boleh nak temankan dia, nak pujuk dia sampai dia terima Kif balik. Tapi.."

"Tapi apa Kif? Kif rasa bersalah dengan apa yang Kif dah buat pada dia?" tanya tengku Arsyad. lantas tengku Akif mengangguk.

"Semua orang kat dunia ni tak sempurna Kif.. Semua takkan terlepas dari buat salah. Kif pun dah menyesal kan? Papa yakin, Hiyah nampak kesungguhan Kif. Dia cuma nak tengok sejauh mana Kif boleh bersabar." sambung tengku Arsyad. Tengku Akif hanya diam lalu memejamkan mata.

"Apa apa pun, papa doakan kamu berbaik semula dengan Hiyah. Papa sayang menantu dan anak papa. Rajin rajin lah tanya khabar isteri kamu tu ye." ujar tengku Arsyad lalu dia menepuk lembut bahu tengku Akif lalu berdiri dan meninggalkan anaknya seorang.

Apa lah yang isteri abang tengah buat kat sana. Rasa menyesal pada diri abang sebab tinggalkan sayang sorang ii kat sana. Abang minta maaf sayang. Bisik akif dalam hati.

TBC

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC

Pendek kan? Maaflah sebab tengah kosong idea. Inipun bantai je ni hahahah.. Esok insyaAllah update lagi. Jangan lupa vote tau🫶🏻

ISTERI YANG TERSAKITI✔️Where stories live. Discover now