BAHIYAH : 28

6.2K 228 14
                                    

"Kif?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Kif?"

Tengku Akif memandang ke arah suara yang memanggilnya. Tengku Maria dan Tengku Arsyad yang berjalan menghampirinya.

Mereka baru sahaja sampai pagi tadi, terus mereka datang ke hospital kerana ingin melihat keadaan Bahiyah dan sekaligus risau akan keadaan tengku Akif.

Nazhan memberitahu mereka yang, seharian tengku Akif tidak makan kerana terlalu risaukan Bahiyah yang masih tidak sedarkan diri itu.

Tengku Akif pula sudah kelihatan seperti tidak terurus. Rambut serabai, baju kusut, muka lesu. Semuanya nampak jika dilihat.

"Kif, macam mana Hiyah?" tanya tengku Maria sejurus dia berdiri di sebelah katil Hiyah. Dia mengelus lembut tepi kepala menantu nya itu.

"Macam ni lah ma. Doktor cakap mungkin Hiyah takkan sedar dalam masa terdekat ni." balas tengku Akif.

Tengku Maria dan tengku Arsyad menghela nafas. Seberat inikah dugaan mereka? Pasangan ini tidak pernah terlihat bahagia.

"Sabar, Kif. Percayalah mesti ada hikmah kenapa semua ni jadi." kata tengku Arsyad sambil mengusap lembut belakang anak lelakinya itu.

"Tak, pa. Kif tahu, ini semua balasan yang Allah bagi pada Kif sebab Kif banyak dosa pada isteri Kif. Kif tak kuat pa, ma. Sumpah Kif tak kuat." rintih tengku Akif. Air matanya mula menitis di pipi.

Tengku Maria yang melihatnya turut menitiskan air mata. Dia melihat tengku Arsyad lalu tersenyum pahit. Faham akan perasaan tengku Akif saat ini.

"Kif cuma nak isteri Kif bangun. Kif nak bagitahu yang Kif cintakan dia, sayangkan dia. Kif nak bahagiakan dia bila dia bangun nanti. Kif taknak dia tinggalkan Kif macam mana arwah tokma tinggalkan Kif. Pa, bangunkan Hiyah pa. Kif rindu isteri Kif." luah Akif selang tangisan yang tidak berhenti dari tadi.

"Kif, Kif tak boleh macamni nak. Kalau Kif macamni, Hiyah pun takde kekuatan nak bangun. Kif kene kuat. Doa supaya Hiyah akan bangun tak lama lagi." balas tengku Arsyad.

"Kif sayang, pergi tempat penginapan kamu. Bersihkan diri tu, lepastu pergi makan. Mama tengok kamu ni dah macam bukan orang dah. Tak terurus mama tengok. Ni baru 2 hari Hiyah dekat sini. Pergi dengan papa. Hiyah biar mama yang jaga. Ya?" kata tengku Maria. Risau tengok keadaan tengku Akif yang seperti hilang bini.

"Tapi, ma..."

"No excuse, pergi sekarang. Dah bersihkan diri tu baru lah segar sikit badan tu. Perut tu jangan biar kosong. Kalau kamu sakit, Hiyah ni siapa nak jaga? Dia pun taknak tengok kamu sakit. Dah pergi." laju tengku Maria memintas. Kalau tak nasihat si Akif ni, sampai ke sudah tak mandi.

"Betul kata mama tu,Kif. Dah jom." kata tengku Arsyad. Tengku Akif pun bangun dari tempat duduknya.

Sebelum dia berjalan pergi, Tengku Akif melabuhkan ciuman lembut di dahi kemudian kedua belah pipi, hidung nya dan yang terakhir pada bibir pucat Bahiyah.

"I love you, sayang."

Lalu dia berjalan keluar dari ward Bahiyah itu. Tengku Arsyad mengekorinya sambil tersenyum. Tengku Maria dan tengku Arsyad suka tengok perubahan pada diri tengku Akif.

Sesudah mereka keluar, tinggal lah tengku Maria dan Bahiyah di dalam ward itu. Tengku Maria mendekatkan dirinya dengan Bahiyah lalu di usap lembut pipi Bahiyah.

"Hiyah dengar kan, sayang? Akif sayang dan cinta pada Hiyah. Hiyah cepat-cepat bangun tau. Kami semua tunggu Hiyah." kata Tengku Maria perlahan mengharapkan menantunya itu dengar segala apa yang dia kata.

~~~

Selesai tengku Akif membersihkan diri di tempat penginapan nya, tengku Arsyad mengajak anaknya itu untuk pergi makan bagi mengisi perut.

Tengku Akif hanya menurut kerana jujur sekarang dia pun memang betul-betul lapar. Tengku Arsyad membawa tengku Akif makan di sebuah restoran yang berdekatan di situ.

Apabila makanan mereka sudah sampai di meja, mereka mula menjamu selera. Terlihat tengku Akif yang lapar membuatkan tengku Arsyad tersenyum melihatnya. Kesian lihat anaknya itu. Letih menjaga isteri di hospital.

"Lepasni Kif balik tidur dekat resort ye." kata tengku Arsyad.

"Eh, tak boleh pa. Kif nak balik hospital nak jaga Hiyah." balas tengku Akif.

"Kamu tu perlu tidur yang cukup, Kif. Biar mama kamu yang jaga malam ni. Esok Kif pula jaga okay?"

"Taknak pa, takpe biar Kif yang jaga. Taknak susahkan mama. Lagipun mama dengan papa baru je sampai petang tadi kan. Kif nak sentiasa ada dekat dengan Hiyah." balas tengku Akif lagi.

Tengku Arsyad menghela nafas. Susah betul anaknya ni nak dengar cakap.

"Mama okay je jaga Hiyah tu. Kamu tu, papa risau lah tengok kamu. Mata sembap sebab tak cukup tidur. Nanti kamu pula jatuh sakit. Dah takde alasan, balik ni Kif tidur dekat resort. Nanti papa bagitahu mama. Esok kamu pula jaga Hiyah. ye?" ujar tengku Arsyad.

Tengku Akif hanya mengangguk sahaja. Walaupun dari sudut hatinya dia ingin setiap masa berada di sisi Hiyah. Tapi dia pun perlu rehat yang cukup.

Selesai mereka makan, tengku Arsyad menghantar tengku Akif ke resortnya. Lalu, tengku Arsyad pun pergi untuk bertemu dengan tengku Maria untuk memberitahu yang tengku Akif akan rehat di resort.

TBC okay author tahu pendek je hahaha

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


TBC
okay author tahu pendek je hahaha. Nanti earin update lagi. Bubyee. Jangan lupa vote tau🫶🏻 Btw, bagitahu cepat.. Korang nak sad ending ke happy ending? kalau ramai yang nak sad, earin buat sad. Kalau ramai happy, earin buat happy. Ramai ramai lah komen🥹 tautau..

Boleh tak agak-agak nak dapat atleast 50+ vote this time? Baru earin update chapter baru😆 amacam? boleh ke boleh? hehehe

ISTERI YANG TERSAKITI✔️Where stories live. Discover now