BAHIYAH : 35

5.8K 214 11
                                    

"Hah Akif, Hiyah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Hah Akif, Hiyah. Meh sarapan dulu." kata Tengku Maria sejurus dia melihat pasangan itu turun dari tangga.

Mereka berdua hanya menurut. Di meja makan, ada tengku Arsyad yang sudah menjamu selera.

"Lambat turun." ucap tengku Arsyad sebelum menyuap mee goreng di dalam mulutnya.

"Biasalah, pa. Buat projek malam tadi sampai ke pagi. Tu yang lambat bangun tu." kata Tengku Akif selamba. Bahiyah yang sudah duduk di sebelah suaminya itu menahan malu.

Dicubitnya peha tengku Akif.

"Aduh."

Tengku Maria dan tengku Arsyad hanya ketawa melihat pasangan suami isteri itu.

"Oh, tak lama lagi bercucu lah kita, bang." kata tengku Maria. Lalu mencedok mee goreng di pinggan Akif dan Bahiyah.

"Alhamdulillah, tak sabar rasanya." balas tengku Arsyad.

Bahiyah hanya tersenyum kekok. Malu nok! Tengku Akif pula terkekeh. Dapat dia melihat pipi isterinya itu sudah memerah.

"Ni, Akif kerja kan harini? Hiyah pula nak pergi mana bersiap juga ni?" tanya Tengku Maria apabila dia perasan Bahiyah memakai dress panjang berwarna peach dan tudung bawal corak berwarna putih.

"Abang Akif ni lah, ma. Suruh Hiyah ikut dia pergi office harini." balas Bahiyah.

"Oh yeke, baguslah kalau macamtu. Lagipun Hiyah tak pernah lagi pergi office Akif kan?" tanya Tengku Maria lagi.

Bahiyah mengangguk.

"Kif nak kenalkan Hiyah dekat staff-staff kita. Lagipun tak semua tahu yang Kif dah kahwin. Jadi alang-alang tu kenalkan dekat diorang terus." kata Tengku Akif lalu menyuap mee goreng dalam mulutnya.

Tengku Maria dan tengku Arsyad memandang ke arah satu sama lain lalu tersenyum.

"Kalau macamtu, kita pergi sekali jelah. Papa pun sebenarnya takde kerja dekat office tu. Saja nak pergi. Nanti senang lah kita balik sekali je." kata Tengku Arsyad pula.

Tengku Akif hanya setuju dengan cadangan papanya.

Selesai mereka bersarapan, mereka bertiga pun pergi ke syarikat tengku Akif.

Setelah sampai, Tengku Akif mengenggam erat tangan Bahiyah. Berjalan bersama dengan tengku Arsyad.

"Abang, Hiyah malu lah." kata Bahiyah apabila mereka sudah berada di depan pintu utama syarikat itu.

"Don't worry, sayang. Abang ada je ni sebelah sayang." balas tengku Akif. Lalu mereka bertiga melangkah masuk ke dalam dan lantas staff yang bekerja di situ terus memandang ke arah ceo mereka.

"Selamat pagi, tengku." ucap salah seorang staff disitu. Yang lain pun mula ucap selamat pagi.

"Attention, semua." arah tengku Akif. Mereka yang berada di situ terus fokus kepada tengku Akif.

ISTERI YANG TERSAKITI✔️Where stories live. Discover now