BAHIYAH : 27

7.1K 211 9
                                    

"Kenapa dengan isteri saya, doktor?" tanya Tengku Akif

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



"Kenapa dengan isteri saya, doktor?" tanya Tengku Akif. Dalam hatinya sudah berasa tidak sedap hati. Mahu sahaja dia masuk terus ke dalam bilik itu.

"Isteri Encik disahkan menghadapi kanser tahap 3. Dia hanya perlukan rawatan untuk bertahan. Sembuh atau tidak, kami tidak boleh jamin apa-apa. Kalau isteri encik setuju untuk terus mendapatkan rawatan yang agak lama, insyaAllah dengan izin Allah, dia akan sembuh." jelas doktor itu dengan panjang lebar.

Tengku Akif yang mendengar itu, hanya mampu diam. Air matanya sudah mula bertakung di bawah mata. Semua yang berada disitu berasa simpati dengan apa yang jadi.

"Ke..kenapa isteri s..saya tak pernah cakap p..pada saya?" luah tengku Akif.

Doktor itu menghela nafas dan meletakkan tangannya di bahu Akif.

"Mungkin dia pun tidak tahu tentang penyakit dia. Atau dia tidak mahu Encik risau tentang dirinya." balas doktor itu.

"Encik boleh jenguk isteri di dalam. Dia masih belum sedarkan diri. Apa-apa panggil saya." sambung doktor itu.

Tengku Akif mengangguk lalu dia pun masuk ke dalam.

Dia berjalan ke arah Bahiyah yang terlantar di katil hospital. Tengku Akif mendekatkan dirinya dengan Bahiyah dan melihat wajah pucat isterinya.

Tengku Akif dengan lemah duduk di sebelah katil Bahiyah. Dicapai tangan isterinya lalu digenggam dan dicium berkali-kali. Air matanya menitis di pipi.

"Maafkan abang, sayang. Abang gagal jaga sayang. Abang gagal dengan amanah yang umi dengan abah pesan dekat abang supaya jaga Hiyah."

"Abang bukan suami yang baik untuk sayang. Bangunlah sayang. Abang rindu. Abang dah ada dekat depan sayang ni dan selamanya abang akan sentiasa di sisi sayang."

"Abang janji sayang. Tolong bangun untuk abang sayang. Abang tak kuat tengok sayang macamni."

"Maafkan abang. Abang tak patut tinggalkan sayang sorang ii masatu. Abang tak patut ikutkan ego abang. Abang menyesal sayang. Abang betul-betul menyesal. Tolong lah bangun."

Pinta Tengku Akif mengharapkan yang Bahiyah akan dengar semua rintihannya. Betapa dia rindukan isterinya.

Gagal? Ya. Dia sudah gagal menjadi seorang suami dan imam yang baik untuk isterinya itu.

Mereka semua yang ada bersama dengan Bahiyah tadi. Hanya melihat adegan sedih suami isteri itu. Berasa simpati terhadap pasangan itu.

Tidak lama, mereka semua meminta diri untuk pulang dan sekarang hanya tinggal Tengku Akif dan pembantu peribadinya.

Tengku Akif masih setia berada di sebelah isterinya yang masih tidak sedarkan diri itu. Sudah kira-kira 2 jam Tengku Akif tidak berganjak dari situ.

Pembantu peribadi tengku Akif membuka pintu bilik itu dan melihat tengku Akif sedang lena tidur di sebelah Bahiyah.

Dia mendekatkan dirinya dengan tengku Akif lalu ditepuk bahu supaya tengku Akif sedar dari tidurnya.

ISTERI YANG TERSAKITI✔️Where stories live. Discover now