BAHIYAH : 26

7.2K 271 6
                                    

"Tengku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Tengku."

"Ya?"

"Kenapa tengku nak saya ikut sekali kalau tengku sendiri nak pergi?" tanya pembantu peribadi tengku Akif.

Semalam tengku Akif memberitahu pada PA nya yang dia akan pergi sekali dengannya. Apa yang dikatakan oleh tengku Arsyad semalam membuatkan dia betul betul ingin tengok sendiri keadaan isterinya di sana.

"Untuk langkah berjaga-jaga." balas tengku Akif.

Pembantu peribadinya mengerut dahi.

"Tengku bukannya perempuan."

Tengku Akif mengecilkan matanya. Banyak pulak bunyi budak ni. Lantas pembantu peribadinya menunduk sedikit. Takut dengan pandangan tengku Akif.

"Maaf, tengku."

"Dah, jom."

Mereka berdua mula masuk ke lapangan dan tidak lama kemudian, kapal terbang mula berlepas.


"Aduh, kenapa pening sangat kepala ni." rintih Bahiyah sambil mengurut kepalanya.

Lepas je bangun dari subuh pagi tadi, terus kepala nya terasa sakit. Ingatkan sekejap je, sampai nak masuk tengahari kepala nya masih terasa pening.

Bahiyah bangun untuk pergi membersihkan diri nya sekali lagi, kerana badannya terasa ingin berendam dengan air je sekarang. Terasa panas tiba-tiba.

Apabila Bahiyah sudah berdiri, kepalanya mula terasa berat dan mata mula kuyu. Bahiyah rebah di tepi katil dan matanya tertutup dengan rapat.

Sebelum dia betul-betul sudah tidak sedarkan diri. Mulutnya memanggil seseorang dengan nada bisik.

"Abang..."


"Ma, Akid nak pergi jumpa kakak Hiyah kejap."

Belum sempat mamanya membalas, Akid berlari ke resort yang Bahiyah menetap dan bertanya kepada pekerja yang berada di kaunter resort itu.

"Kakak, kat mana bilik kakak yang nama dia Bahiyah?"

"Bilik dia no.107"

"Okay, terima kasih kak."

"Sama-sama."

Akid berlari menuju ke bilik Bahiyah. Apabila dia sudah sampai, dia mengetuk pintu bilik Bahiyah dahulu.

ISTERI YANG TERSAKITI✔️Where stories live. Discover now