BAHIYAH : 15

7.6K 286 3
                                    

"Assalamualaikum umi" Bahiyah memberi salam sejurus Hajah Julia mengangkat panggilan nya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Assalamualaikum umi" Bahiyah memberi salam sejurus Hajah Julia mengangkat panggilan nya.

ya, sudah sebulan Bahiyah tidak balik menjenguk umi dan abahnya. banyak kali dia pujuk tengku Akif nak balik jenguk sekejap tetapi suaminya itu berkeras tidak mengizinkannya.

"Waalaikumsalam Hiyah.. rindunya umi dengan anak umi ni.." balas Hajah Julia.

Bahiyah yang mendengar luahan itu.. tanpa sedar air matanya jatuh menitis di pipinya.. dia rindu belaian umi nya.. rindu nak peluk.. rindu nak berkasih sayang..

"Hiyah pun rindu sangat dengan umi.." kedengaran suara Bahiyah yang sedaya upaya menahan esakan keluar dari bibirnya..

"anak umi sihat? akif macam mana? dia mesti layan anak umi ni dengan baik kan?" soal Hajah Julia. Bahiyah tersenyum pahit sambil mendengar soalan dari uminya..

Dia terpaksa menipu uminya..

"sihat alhamdulillah umi.. akif pun sihat.. umi jangan risau dia layan Hiyah baik sangat.." balas Bahiyah..

"Alhamdulillah.. ini lah umi nak dengar.. umi tahu Akif tu baik orangnya.. dia mampu bahagiakan anak umi sorang ni.." luah Hajah Julia..

maafkan Hiyah ye umi.. Hiyah terpaksa tipu umi.. bisik Bahiyah dalam hati..

"umi.. maafkan Hiyah ye sebab dah lama tak balik.. abang akif sibuk dekat pejabat tu.. tak sempat nak bawak Hiyah balik rumah jenguk umi dengan abah.. nanti ada masa Hiyah datang ye umi.." Bahiyah berkata sambil air matanya tidak berhenti mengalir.

"takpe sayang.. umi faham.. Hiyah kan dah jadi isteri Akif.. ingat ye Hiyah.. syurga Hiyah sekarang dekat bawah tapak kaki suami.. Hiyah mesti dengar cakap suami Hiyah.. tidak kira lah apa keadaan sekalipun.. ingat ye nak?" jelas Hajah Julia..

Bahiyah tidak kuat mendengar pesanan uminya.. kalau boleh sekarang jugak dia nak lari dari sini.. dia taknak duduk dalam neraka suaminya.. Akif tak pernah langsung layan dia dengan baik.. Kalau dia masak pun, takpernah sekali tengku Akif makan masakannya.. ada saja alasan.. masin lah, tawar lah..padahal sebelum Bahiyah menghidangkan makanan.. dia dah rasa dulu okay ke tak masakan dia..

Bahiyah tahu, tengku Akif sengaja beri alasan macamtu sebab nak sakitkan hati dia.. tengku Akif nak tengok sejauh mana Bahiyah tahan untuk hidup bersama dengan dia..

lama mereka Bahiyah terdiam.. tiba tiba pintu biliknya dibuka oleh seseorang.. dia melihat tengku Akif masuk ke dalam biliknya..

"umi.. Hiyah letak telefon dulu ya.. abang Akif dah balik.." jawab Bahiyah..

"baiklah.. assalamualaikum anak umi.."

"waalaikumsalam.."

tengku Akif yang baru masuk itu.. dia berjalan ke arah Bahiyah.. riak wajah nya kosong sahaja.. lalu dia duduk di tepi katil berhadapan dengan Hiyah.. Bahiyah hanya tunduk saja.

ISTERI YANG TERSAKITI✔️Where stories live. Discover now