BAHIYAH : 32

5.4K 199 4
                                    

Bahiyah meneliti setiap pokok bunga yang berada di halaman rumah Tengku Maria

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Bahiyah meneliti setiap pokok bunga yang berada di halaman rumah Tengku Maria. Pokok bunga yang ditanam kelihatan sangat subur.

Dia tersenyum sendiri. Tiba-tiba suatu suara menerpa telinganya yang tidak jauh dari Bahiyah.

"Isteri abang lagi cantik dari bunga tu."

Bahiyah menoleh. Dia melihat tengku Akif yang membawa dua cawan di kedua belah tangannya. Tengku Akif duduk di meja bulat yang ada di luar rumah.

"Meh duduk sini." panggil Tengku Akif.

Bahiyah hanya menurut. Dia pun berjalan ke arah tengku Akif dan duduk di sebelah suaminya.

"Abang tak kerja ke harini?" tanya Bahiyah. Hairan semalam kata banyak kerja dekat pejabat.

"Abang balik awal. Lepas zuhur nanti kan nak teman sayang pergi hospital." balas Tengku Akif.

"Lah, kan Hiyah boleh pergi dengan mama. Hiyah taknak lah susah kan abang."

"Susah apa nya sayang. Sayang tu isteri abang. Biarlah abang yang teman kali ni. Lagipun sayang dah ambil rawatan dua bulan dah , abang jarang teman sayang. Abang rasa bersalah. Abang minta maaf tau." kata tengku Akif. Dia mengelus pipi mulus isterinya itu.

"Hiyah tak kisah pun abang. Hiyah tahu abang sibuk, banyak kerja dekat pejabat tu." balasnya. Tengku Akif tersenyum.

"Macam mana setakat ni? Sayang okay?" tanya tengku Akif ingin tahu.

"Alhamdulillah, okay je. Doktor cakap kalau sayang tak skip appointment. InsyaAllah boleh pulih sepenuhnya." balas Bahiyah.

Tengku Akif mengangguk. Dalam hatinya sudah berdoa berharap yang isterinya akan baik-baik sahaja.

Kalau salah satu dari mereka harus pergi, biarlah dirinya yang pergi dulu kerana tengku Akif tahu, dia takkan boleh hidup tanpa Bahiyah.

~~~

Selepas sahaja tengku Akif menemani Bahiyah untuk mendapatkan rawatan di hospital, dia terus ke pejabat semula kerana tengku Arsyad menyuruhnya untuk masuk ke pejabat.

Sampai sahaja tengku Akif disana, ada satu suara memanggilnya.

"Baby!" Tengku Akif menoleh.

Seorang sosok perempuan yang amat dikenali ketika dia masih belum berkahwin. Ada lagi betina ni. Ingat dah mampos.

Dengan riak wajah biasa, tengku Akif memandangnya.

"Kau nak apa datang sini, Luna?"

Luna hanya tersenyum miring.

"You masih sama lah, baby. Tak berubah. I like." kata Luna dengan nada yang menggoda.

Tetapi membuatkan tengku Akif lagi menyampah dengan caranya.

Apa? Dia ingat tengku Akif nak tergoda? Lambert lagi, nok.

ISTERI YANG TERSAKITI✔️Where stories live. Discover now