BAHIYAH : 12

5.7K 248 16
                                    

8:00 malam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


8:00 malam

"MashaAllah, besarnya rumah" gumam Bahiyah perlahan. Hatinya terasa berat ingin melangkah masuk ke rumah tengku Maria.

Dengan langkah perlahan, Bahiyah menekan loceng yang berada di sebelah pagar rumah tengku Maria. Tidak sampai 5 minit pagar tersebut sudah terbuka.

"Bahiyah."

Satu suara menyahut namanya. Tidak lain tidak bukan tengku Maria.

"Samlai juga Hiyah. Susah ke cari rumah aunty?" tanya tengku Maria ingin kepastian.

Bahiyah menghulur kan tangannya terlebih dahulu untuk bersalaman dengan tengku Maria , dia tersenyum ke arahnya.

"Takdelah aunty, tak susah pun.." balas Bahiyah

"Cantik nya Hiyah pakai baju kebaya. Nampak sesuai dengan Hiyah.." tengku Maria berkata sambil matanya memandang Bahiyah dari atas ke bawah.

Bahiyah memakai baju kebaya berwarna peach, simple sahaja kebayanya tapi nampak istimewa apabila Bahiyah yang memakainya.

Tengku Maria tersenyum, dia mencapai tangan Bahiyah dan digenggamnya.

"Aunty tahu Hiyah mesti tak biasa kan? Takpe Hiyah buat je rumah ni macam rumah Hiyah.." jawab tengku Maria dengan lembut.

Bahiyah hanya tersenyum kecil.

"Dah jom masuk? Semua dah tunggu dekat dalam. Anak aunty pun ada sekali.." pelawa tengku Maria. Mereka berjalan masuk ke dalam rumah sambil tangan tengku Maria tidak lepas dari memegang tangan Bahiyah.

Apabila mereka melangkah masuk, terdapat tengku Arsyad, tengku Akif dan tokma sudah berada di meja makan. Mereka menoleh ke arah tengku Maria dan Bahiyah. Tengku Roslina dan tengku Arsyad tersenyum melihat nya. Tetapi tidak untuk tengku Akif.

Tengku Roslina dan tengku Arsyad bangun dan berjalan ke arah mereka.

"Ini ke Bahiyah? Cantik sungguh orangnya.." tengku Arsyad bersuara.

Bahiyah hanya tersenyum.

"Saya Tuan Arsyad. panggil saje uncle ye.." sambung Tengku Arsyad.

Tengku Roslina memandang ke arah tengku Akif yang langsung tidak menoleh ke arah mereka.

"Kif"

Sejurus itu tengku Akif menoleh.

"Hiyah, itu anak aunty.. Akif Dzulkifli. Panggil sahaja Aki.."

"Tengku." dengan cepat tengku Akif memintas tokmanya.

Tengku Akif bangun dan berjalan ke arah mereka. Dia berada di hadapan Bahiyah.

"Panggil aku tengku.." sambung tengku Akif.

Bahiyah memandang ke arah tengku Akif. Dia dapat merasakan tengku Akif tidak suka akan kehadirannya.

ISTERI YANG TERSAKITI✔️Where stories live. Discover now