T'SPECIAL | AL-BAIHAQI 🌼

3.1K 122 9
                                    

Muhammad Al-Baihaqi (Haq) • 23 tahun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Muhammad Al-Baihaqi (Haq) • 23 tahun

"Haq, puas aku cari kau satu Masjid Jamek ni. Kau pergi mana? Kau tawaf satu masjid ni ke?" tanya kawan baik kepada Haq apabila dia melihat Haq sedang berjalan menuju ke arah nya.

Mereka ingin pulang ke rumah keluarga mereka. Disebabkan kawan baik Haq iaitu Fattah tinggal sama di Kuala Lumpur, Haq memperlawa Fattah agar mereka pulang sekali dengan satu kenderaan.

Haq dan Fattah sama tempat belajar di satu universiti di Perak. Mereka mengambil satu jurusan di tahap degree. Mereka berdua berada di Masjid Jamek kerana ingin singgah untuk solat asar.

Haq berjalan ke arah Fattah sambil tangannya masuk ke dalam poket seluar jeans nya.

"Sorry, aku pergi tandas tadi. Lupa nak bagitahu kau." kata Haq.

"Aku fikir kau dah tinggalkan aku sorang-sorang dekat sini tadi. Suspend aku tau." balas Fattah membuatkan Haq ketawa kecil.

"Aku tak kejam lah nak tinggalkan kau dekat sini."

"Yelah, aku tahu. Sebab tu lah kau famous dekat kolej. Sampai kalau seminggu tu lebih 10 orang bagi coklat dengan bunga dekat kau. Aku ni? Takde siapa pun nak bagi." kata Fattah sambil tangannya memeluk tubuh.

Haq menggeleng kepala. Itu pun nak merajuk?

"Tapi semua tu siapa yang ambil? Kau juga kan?" soal Haq sambil menjeling ke arah Fattah. Haq yang dapat, Fattah yang ambil. Coklat dia makan. Kalau dapat banyak bunga, dia acah-acah bagi dekat perempuan lain. Kononnya bunga tu dia yang beli. Aduhai!

"Apa rahsia kau siot sampai ramai yang nak tackle kau? Dah lah muka hensem, tinggi, peramah, sopan, selalu tundukkan pandangan, pandai baca Al-Quran, mengaji, solat tak pernah tinggal. Ya Allah, aku yang lelaki ni pun kalau boleh nak tackle kau tau. Memang kau ni suami idaman para wanita." ujar Fattah panjang lebar.

Memang dia hormat sangat dengan kawan baiknya ini. Kawan yang sangat mulia, baik dia pernah kenal.

"Rahsia apa nya kau ni? Takdenya. Memang dari kecil aku dah diajar oleh umi aku tentang semua itu. Kalau setakat muka hensem ni, tak bawa pergi mana pun. Nak cakap pasal solat, solat tu wajib. Dulu masa aku kecil, umi dengan abah aku sampai marah kalau aku solat lambat." balas Haq dengan tenang.

Dulu, masa dia berumur 6 tahun, Bahiyah dengan Tengku Akif memang sudah mula mengajar Haq solat dan mengaji. Mereka mahu, anak-anak mereka ini menjadi insan yang berguna satu hari nanti.

Fattah hanya tersenyum mendengar setiap tutur kata Haq. Memang dia beruntung dapat kawan baik seperti Haq. Memang setiap kali, Haq yang akan nasihat, dengar semua luahan dia kalau Fattah ada masalah yang dihadapi.

Memang Haq sahaja pendengar setianya.

"Kau pun hensem, tinggi, rajin solat, pandai mengaji. Takde yang lebihnya pada aku. Kita ni sebagai orang islam solat itu lah kewajipan kita." sambung Haq. Fattah mengangguk setuju.

ISTERI YANG TERSAKITI✔️Where stories live. Discover now