BAHIYAH : 18

8.3K 300 2
                                    

Bahiyah melangkah masuk ke rumah umi dan abahnya sekaligus dia tidak dapat menahan air matanya dari keluar dan mengalir di pipi mulusnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Bahiyah melangkah masuk ke rumah umi dan abahnya sekaligus dia tidak dapat menahan air matanya dari keluar dan mengalir di pipi mulusnya.

Sunyi nya rumah ni .. bisik Bahiyah

Bahiyah berjalan ke arah satu dinding khas, disitu terdapat banyak gambar Hajah Julia, Haji Adnan, dan Bahiyah. Mereka sekeluarga tersenyum bahagia saat itu.

Tanpa dia sedar, satu sosok berjalan masuk ke rumahnya dengan rasa bersalah.

"Hiyah.."

terus Bahiyah menoleh ke belakang.

"awak buat apa kat sini? balik!" Bahiyah berkata sejurus dia melihat tengku Akif yang sudah masuk ke dalam rumahnya.

"aku nak duduk sini dengan kau."

"balik! saya kata balik Akif!" jerit Bahiyah. sungguh dia tak boleh nak berdepan dengan lelaki itu.

tengku Akif langsung tidak berganjak dari tempatnya. dia memandang wajah isterinya yang basah dengan air mata.

"awak tak dengar ke apa saya cakap Akif?! saya kata balik rumah awak sekarang!" balas Bahiyah lagi.

Bahiyah berjalan ke arah tengku Akif, dan ditolak dada suaminya kuat sehingga tengku Akif berundur ke belakang.

"balik!"

"Hiyah..."

"balik Akif! saya benci awak!"

"Aku suami kau Hiyah!" jerit tengku Akif..

Bahiyah yang mendengar itu tersenyum miring. Air matanya sentiasa mengalir ke pipinya.

"Selama saya jadi isteri awak, ada awak layan saya sebagai isteri? mana tanggungjawab awak sebagai suami saya Akif?!" ujar Bahiyah..

dengar sahaja itu, tengku Akif terdiam.

"Balik Akif.. bagi saya tenangkan diri saya.." Bahiyah berkata setelah tidak lama mereka berdiam. tengku Akif tidak boleh membuat apa apa.. tanpa kata, dia terus keluar dari rumah itu.


Tengku Akif yang baru sahaja sampai ke rumahnya, dia melihat tengku Maria dan tengku Arsyad duduk di ruang tamu.

Lantas tengku Maria dan tengku Arsyad menoleh ke arah tengku Akif yang kelihatan serabut.

"Kif? Hiyah mana? Mama dengar Hajah Julia dengan Haji Adnan meninggal tengahari tadi. Mama nak datang ke sana tapi kami tak tahu jalan." ujar tengku Maria.

tengku Akif hanya diam tidak bersuara.

"Kif? kenapa ni? Mana Hiyah?" soal tengku Arsyad pula.

tengku Akif hanya menggeleng dengan riak wajah sedih.

"Kif penat.. Kif nak rehat.." balas tengku Akif. tanpa menunggu mama dan papanya balas terus dia naik ke atas menuju ke biliknya..

"Kenapa dengan Akif tu abang?" soal tengku Maria.

tengku Arsyad hanya menjungkit bahu nya. Mungkin ada benda yang jadi antara anaknya dengan Bahiyah.


"Kif?"

tengku Akif melihat tengku Arsyad yang sedang mendekat ke arahnya.

"Papa bukan nak masuk campur rumah tangga Kif.. tapi kalau Kif rasa nak share dengan papa, papa boleh dengar.." ujar tengku Arsyad sejurus dia duduk di sebelah anaknya di tepi katil.

"Kif minta maaf papa.."

"Kenapa?"

"Selama Kif kahwin dengan Bahiyah, takpernah sekali pun Kif layan Bahiyah sebagai seorang isteri. Kif selalu naik tangan pada dia pa.." luah tengku Akif .

Tengku Arsyad yang mendengar nya, membulat mata dibuatnya..

"Kif buat macam tu pada Hiyah? Kenapa sampai macamtu?" soal tengku Arsyad. seperti tidak percaya apa yang didengarnya..

"Sebab Kif rasa dia kahwin dengan Kif sebab harta.." balas tengku Akif.

"Kif masih lagi dengan sikap buruk sangka Kif pada orang? walaupun dengan isteri sendiri?" tanya tengku Arsyad lagi.

"Kif sedar pa. Kif salah"

"Kif boleh bayangkan tak betapa sedihnya arwah umi dengan abah Hiyah bila dapat tahu Kif layan anak diorang macam mana? Papa tak pernah ajar Kif naik tangan pada perempuan Kif.." jelas tengku Arsyad. tengku Akif hanya memejam kan mata.

"Bahiyah bukan macam yang Kif sangka. Kalau tak takkan lah mama dengan arwah tokma nak sangat Bahiyah kahwin dengan Kif.." sambung tengku Arsyad lagi.

tengku Akif hanya diam. Tak mampu nak kata apa apa.

"Ni Hiyah sekarang dekat mana? rumah umi dengan abah dia?"

tengku Akif mengangguk.

"Kif dah ajak dia balik sini. Tapi dia taknak, dia halau Kif.. dia benci Kif pa.." rintih tengku Akif.

"takpe, bagi Hiyah tenang dulu. nanti bila bila Kif balik sana ya? takut apa apa jadi dekat Hiyah sebab dia sorang sorang kat sana.." jawab tengku Arsyad sambil menepuk lembut bahu sang anak.

"Papa keluar dulu ya?.."

"okay pa.."

Sejurus tengku Arsyad keluar dari biliknya.. Dia membuka telefon bimbit dan mencari nama isterinya.

Bahiyah

+ Hiyah? Hiyah okay?

Setelah lama dia menunggu isterinya balas mesej nya..

Ting!

+ ok..

tengku Akif menghela nafas lega. dia membalas mesej isterinya..

+ Jangan lupa kunci pintu. Apa apa call abang..

•••

+ ok..

Lantas dengan itu dia menutup telefonnya dan baring sambil matanya tertutup. Fikirannya masih teringatkan sang isteri di sana. Tidak lama kemudian, tengku Akif terus terlena.

TBC

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC

Okay sorry lambat sikit update.. sebab betul betul tengah takde idea.. ni pun main hentam je🤣 jangan lupa baca bab 1 my second story 'My cold husband' .. esok saya update lagi story Bahiyah ni.. byee! jangan lupa vote tau..

ISTERI YANG TERSAKITI✔️Where stories live. Discover now