BAHIYAH : 33

5.1K 214 4
                                    

Tengku Maria dan Bahiyah sudah siap membeli barang di pasar itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Tengku Maria dan Bahiyah sudah siap membeli barang di pasar itu. Mereka berdua kini berjalan keluar dari pasar untuk balik ke rumah.

"Hiyah nak beli apa-apa lagi tak?" tanya Tengku Maria.

Bahiyah berfikir sejenak. Takut-takut ada nak beli tapi lupa.

"Takde kot, ma. Jom lah balik." balas Bahiyah.

"Pasti?" soal tengku Maria lagi ingin kepastian.

Bahiyah membalas dengan anggukan. Mereka berjalan menuju ke kereta yang terletak tidak jauh dari pasar itu.

Sedang mereka berjalan, Bahiyah tidak sengaja terlanggar seseorang menyebabkan mereka berdua jatuh terduduk. Tengku Maria yang perasan itu, terus dia menghampiri Bahiyah yang seakan menahan sakit.

Wanita itu mengaduh kesakitan sebelum berdiri dekat di hadapan Bahiyah yang masih terduduk.

"Hei! Mata you letak dekat mana ha?! Lutut?!" tanya wanita itu dengan lantang.

"Ma..maaf, saya tak sengaja." kata Hiyah. Dia cuba untuk bangun dari duduknya.

"Hiyah? Ya Allah. Kamu okay tak ni?" tanya Tengku Maria panik.

Wanita itu memandang wajah Tengku Maria. Terbuntang luas matanya.

"Aunty!"

Lantas tengku Maria memandang wanita itu.

"Luna?"

"Aunty! Lamanya tak jumpa!" teruja Luna berkata. Tidak sangka jumpa tengku Maria disini.

Tapi pelik. Luna buat apa dekat sini?

Tengku Maria hanya tersenyum kekok. Sebenarnya dia tidak suka dengan Luna ini. Dari dulu tak habis cuba nak goda tengku Akif. Tapi nasib baik anaknya itu tidak melayan.

"Luna buat apa dekat sini? Pergi pasar?" tanya Tengku Maria. Mustahil.

"Eee, tak lah aunty. Luna nak pergi kedai saloon depan tu. Terpaksa jalan jauh sebab parking dekat takde. Kalau tak memang tak lah Luna nak jalan depan pasar ni. Kotor." balas Luna selamba. Tengku Maria hanya diam.

Bahiyah hanya melihat mereka berbual. Mata Luna mendarat pada Bahiyah.

"Siapa ni, aunty? Your maid?"

Bahiyah hanya tunduk.

"Kenalkan ni menantu aunty. Bahiyah." kata Tengku Maria. Bahiyah cuba untuk menghulur tangannya untuk bersalaman tetapi Luna tidak mengendahkannya.

"Oh ini menantu aunty? Like seriously? Low class nya." balas Luna. Tengku Maria setakat ini masih bersabar. Mulut tu takboleh nak cakap baik-baik.

"Aunty suka dengan dia. Walaupun kamu kata dia low class. Atleast, dia pandai masak, rajin masuk dapur, baik, sopan santun. Bukan setakat asyik pergi saloon tapi potong sayur pun tak pandai." kata Tengku Maria. Cukup untuk membuat Luna menahan malu.

ISTERI YANG TERSAKITI✔️Where stories live. Discover now