BAHIYAH : 19

8.2K 280 9
                                    

Author buat skip banyak sikit tau hehe

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Author buat skip banyak sikit tau hehe

•••

Setahun kemudian,

tengku Akif sedang sibuk menyiapkan sedikit kerja di pejabatnya. Walaupun tangannya sedang sibuk menyiapkan sesuatu. Tetapi fikiran nya melayang memikirkan seseorang.

Kau dekat mana Hiyah? Puas aku, mama dengan papa cari kau.
Luah tengku Akif.

Flashback setahun yang lalu ,

Tengku Akif, tengku Maria dan tengku Arsyad baru sahaja sampai di rumah arwah umi dan abah Bahiyah. Mereka turun dari kereta dan menuju ke pintu rumah Bahiyah.

Sunyi..

"Assalamualaikum.. Hiyah"

Tiada orang?

"Macam takde orang je Kif." tengku Maria bersuara.

"Takpe, biar Kif cuba buka pintu.." ujar tengku Akif. Sejurus itu dia berjalan ke arah pinta dan cuba membukanya. tetapi pintu itu kunci.

"Kunci lah ma, pa.."

"Kunci? Habistu Hiyah pergi mana?" tanya tengku Maria.

tengku Akif hanya menjungkit bahunya tanda tidak tahu. tiba tiba seseorang datang ke arah mereka.

"Assalamualaikum, cari Hiyah ke?" tanya seseorang itu. lantas mereka menoleh ke belakang dan melihat seorang lelaki yang sudah berumur datang ke arah mereka.

"Waalaikumsalam, iya kami cari Bahiyah.. Ni siapa ya?" tanya tengku Arsyad. terus dia bersalaman dengan lelaki itu.

"Saya Khairul, kawan kepada arwah Haji Adnan. Saja datang sini tengok rumah mereka. Bahiyah yang pesan pada saya untuk tengok ii kan rumah mereka.." ujar Khairul sejurus dia bersalaman dengan tengku Arsyad.

Mereka bertiga hairan.

"Bahiyah pergi mana, pakcik?" tanya tengku Akif.

"Katanya nak pergi jauh. Nak cari ketenangan katanya. Tapi tak bagitahu pula dia ke mana.." balas Khairul .

tengku Akif terkejut mendengar itu..

"ini suami dan ibu bapa mertua Bahiyah ye?" tanya Khairul lagi.

"Iya betul.."

ISTERI YANG TERSAKITI✔️Where stories live. Discover now