BAHIYAH : 38

6.8K 240 16
                                    

"Tengku sendiri tahu kan? Kalau Puan Bahiyah ambil keputusan untuk simpan kandungan ini, Puan tak boleh teruskan rawatan?" tanya doktor yang selalu merawat Bahiyah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Tengku sendiri tahu kan? Kalau Puan Bahiyah ambil keputusan untuk simpan kandungan ini, Puan tak boleh teruskan rawatan?" tanya doktor yang selalu merawat Bahiyah.

Tengku Akif mengangguk. Bahiyah di sebelahnya hanya menunduk.

"Jadi saya perlukan keputusan dari tengku dan puan Bahiyah. Sama ada nak simpan kandungan itu dan kita stop treatment atau kita boleh teruskan treatment tetapi dengan syarat, kita terpaksa gugurkan kandungan itu." kata doktor itu.

Bahiyah memandang ke arah tengku Akif yang hanya diam menunggu jawapan darinya. Tengku Akif menoleh ke arahnya dan hanya tersenyum nipis. Senyuman yang sukar ditafsirkan.

Bahiyah menghela nafas sebelum memulakan bicara.

"Saya nak simpan kandungan ni sampailah dia lahir." kata Bahiyah. Tengku Akif tidak terkejut kerana inilah jawapan Bahiyah sebelum mereka datang berjumpa dengan doktor.

Tengku Akif redha kalau inilah keputusan isterinya. Walaupun dari sudut hatinya dia ingin Bahiyah teruskan treatment itu.

"Baik kalau itulah yang Tengku dan Puan Bahiyah inginkan. Saya tidak boleh berbuat apa-apa kalau itu keputusan puan . Saya harap Puan Bahiyah dan anak dalam kandungan itu selamat bila tiba saat nya nanti." ujar doktor tersebut.

Bahiyah senyum nipis. Memang dia mengharapkan agar dia dan anak mereka selamat bila dia bersalin nanti.

Selesai mereka berjumpa doktor, mereka pulang ke rumah. Dalam perjalanan, tiada sepatah yang keluar dari bibir mereka. Masing-masing hanya berdiam diri.

Sampai mereka di rumah, tengku Akif keluar dari kereta dan terus melangkah masuk ke dalam rumah tanpa menunggu Bahiyah. Ya, mereka sekarang duduk di rumah sendiri. Lagipun, tengku Akif fikir sudah lama mereka duduk di rumah mama dan papanya.

Bahiyah yang melihat itu, menghela nafas. Dia tahu, tengku Akif marah padanya.

Dengan langkah perlahan, Bahiyah melangkah masuk ke dalam dan melihat tengku Akif yang naik ke atas menuju ke bilik mereka. Dia mengekori suaminya.

"Abang.." panggil Bahiyah sejurus dia membuka pintu bilik mereka. Terlihat Akif yang sedang duduk di tepi katil membelakanginya.

Bahiyah menuju ke arah tengku Akif dan melabuhkan punggung di sebelahnya. Tanpa kata, dia mencapai tangan suaminya lalu letak di riba Bahiyah dan mengelus lembut tangan tengku Akif.

"Abang.. Hiyah tahu abang marahkan Hiyah sebab ambil keputusan untuk stopkan treatment tu. Tapi percayalah abang, Hiyah buat semua ni untuk kebaikan kita berdua. Kalau lah anak kita ni lahir nanti, dan Hiyah tak dapat nak teruskan hidup, atleast anak ni boleh jadi peneman dan kekuatan abang." ujar Bahiyah sambil mengelus tangan suaminya.

"Don't you dare to talk like that, Bahiyah." kata tengku Akif dengan nada sedikit keras. Matanya langsung tidak memandang ke arah Bahiyah.

"Abang, pandang Hiyah. Boleh tak sekarang kita serahkan semuanya dekat Allah? Kalau umur Hiyah panjang, tak mustahil Hiyah boleh hidup lepas lahirkan anak ni." Bahiyah memaut dagu tengku Akif untuk memandang wajahnya.

ISTERI YANG TERSAKITI✔️Where stories live. Discover now