BAHIYAH : 5

6K 255 2
                                    

Jam menunjukkan pukul 5:30 pagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jam menunjukkan pukul 5:30 pagi. Bunyi jam loceng di tepi katil membuatkan Hiyah bangun dari tidurnya.

Hiyah terus mematikan jam loceng dan terus bangun untuk membersihkan diri sebelum menunaikan solat sunat fajar, selepas itu baru Hiyah solat fardu subuh. Itulah rutin nya sebagai seorang muslim.

Seusai menunaikan solat fardu subuh, Hiyah duduk di tepi katil dan membuka telekung nya. Tiba tiba telefon bimbit Hiyah berdering.. Hiyah melihat nama siapa yang menelefonnya tetapi ia "unknown". Hiyah berkerut dahi. Dah siapa pula call aku pagi pagi ni? Eh ghisau pulak. Nak angkat ke taknak? Angkat jelah.

Hiyah mengangkat telefon bimbit nya dan menjawab.

"Assalamualaikum, ni siapa ya?" Hiyah memulakan bicara sejurus dia mengangkat panggilan tersebut.

"Waalaikumsalam, Hiyah. Ini tokma." jawab tengku Roslina apabila mendengar suara Hiyah.

Hiyah mula berasa hairan. Dah kenapa pulak tokma call aku pagi pagi ni. Ada apa-apa ke?

"Oh tokma, Hiyah ingat siapa lah tadi call hiyah pagi pagi ni. Ada apa tokma call Hiyah ni?" Hiyah membalas dengan lembut.

Sedangkan disisi lain, tengku Roslina hanya tersenyum mendengar suara lembut Bahiyah. Suka sungguh tokma dengan Hiyah.

"Takde apa pun, tokma call ni sebab nak ajak Hiyah breakfast pagi ni. Hiyah busy ke harini?" tengku Roslina berkata dengan nada lembut.

"Kebetulan Hiyah memang free harini tokma. Tokma nak breakfast kat mana?" dengar sahaja tengku Roslina mengajaknya untuk breakfast bersama. Terus Hiyah setuju. Lagipun harini tiada apa nak dibuat. Apa salahnya luangkan masa dengan orang yang baru nak kenal kita kan.

"Alhamdulillah, lega tokma dengar. Nanti tokma hantar location ya. Kita jumpa dekat sana. Pukul 8 tau Hiyah."jawab tengku Roslina dengan teruja.

"Baik tokma, jumpa nanti. Hiyah letak telefon dulu ye. Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam."

Sejurus itu, Hiyah terus mematikan telefon nya dan berjalan ke arah pintu bilik. Tiba tiba saja tekaknya terasa haus subuh-subuh ni. Dia keluar dari bilik dan pergi kearah penapis air cuckoo.

Tengah nak tekan air, suara Hajah Julia kedengaran. Hiyah terus menoleh ke arah uminya.

"Aik, subuh-subuh dah datang dapur?" Hajah Julia berkata lalu berjalan ke arah Bahiyah diambil kerusi dan duduk disebelah meja makan.

"Haus lah umi, tekak ni terasa kering." balas Hiyah sambil meneguk air di dalam cawan.

"Hiyah, umi ajar apa? Minum air tu duduk sayang. Tak elok minum berdiri." pesan Hajah Julia.

Dengar sahaja pesanan Hajah Julia, terus Bahiyah ambil kerusi berdekatan disitu dan duduk. Lalu dia meneguk kembali air di dalam cawan itu.

Tidak lama mereka diam, Hajah Julia terus membuka bicara.

ISTERI YANG TERSAKITI✔️Where stories live. Discover now