BAHIYAH : 23

7.3K 251 5
                                    

"Mana dia ni?" gumam Bahiyah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



"Mana dia ni?" gumam Bahiyah. Setengah jam sudah berlalu tetapi tengku Akif masih belum balik ke bilik mereka.

Bahiyah berjalan ke arah pintu dan dia membuka sedikit, masih tidak nampak kelibat suaminya itu.

Bahiyah mengeluh. Masih terngiang-ngiang apa yang tengku Akif katakan tadi.

Takkan betul betul dia jumpa awek lawa? Hish kau ni pun satu Hiyah. Cakap besar tapi sebenarnya jeles tak tentu pasal. Bisik Bahiyah dalam hati.

Tidak sampai beberapa minit, pintu bilik mereka terbuka. Tengku Akif yang masuk membawa plastik berisi makanan di tangannya.

Tengku Akif melihat wajah Bahiyah yang seakan gelisah. Tidak sedar akan kehadirannya.

"Sayang?"

Dengan cepat Bahiyah menoleh.

"Pikir apa tu?" tanya tengku Akif. Dia berjalan ke arah Bahiyah yang sedang duduk di atas kerusi bersebelahan dengan meja makan.

Bahiyah hanya diam.

"Kenapa? Risau abang jumpa awek lawa eh." sambung tengku Akif. Dia menjungkit keningnya sebelah.

"Mana ada."

"Ala sayang ni, susah betul nak mengaku." balas tengku Akif. Dia meletakkan makanan di atas meja makan. Bahiyah hanya melihat gerak geri suaminya.

Tengku Akif duduk di kerusi di sebelah isterinya. Dia mengambil tangan Bahiyah dan dielus lembut kekura isterinya.

"Kan abang dah cakap, abang hanya cinta kan sayang seorang. Don't you trust me baby?"

Membulat mata Bahiyah apabila tengku Akif menggunakan gelaran 'baby' kepadanya.

Melihat Bahiyah terdiam. Tengku Akif tersenyum senget.

"Suka eh abang panggil sayang 'baby'?" tanya tengku Akif.

"Kenapa dulu masa saya cakap dekat awak yang saya ikhlas cintakan awak, awak tak percaya pun?" soal Bahiyah pula. Senyuman tengku Akif pudar. Dia melihat tepat mata isterinya dan menghela nafas.

"Itu dulu sayang. Abang tahu abang bodoh masatu. Tapi sekarang tolong percayakan abang." balas tengku Akif.

"Susah.."

tengku Akif tersenyum paksa. Dia mengelus lembut pipi isterinya. Tanpa sedar air mata nya sudah bertakung di tubir mata. Bahiyah yang melihat itu, rasa bersalah.

"Abang faham. Takpelah, sayang makan dulu. Abang nak pergi jalan jalan luar kejap. Makan tau." balas tengku Akif. Tanpa menoleh, tengku Akif berjalan meninggalkan Bahiyah sendiri di meja makan.

Bahiyah memejam mata. Dia takde niat nak buat tengku Akif macamtu. Tapi egonya menguasai diri.

Maafkan Hiyah, abang...


Tengku Akif hanya duduk di bangku yang terletak di tepi pantai. Tidak menghiraukan orang yang tengah lalu lalang di hadapannya. Fikiran nya hanya tentang Bahiyah.

Kalaulah abang boleh putarkan masa kembali. Masatu abang akan betul betul hargai dan cinta kan sayang. Tapi abang tak mampu. Bantulah hamba-Mu ini ya Allah. luah tengku Akif dia dalam hati.

Dia memejam mata dan tanpa sedar air matanya menitis di pipi. Dia tidak kuat di dalam, tetapi apabila berhadapan dengan isterinya dia cuba untuk nampak kuat sebab dia tahu, dia lah penyebab Bahiyah tidak menerimanya lagi.

"Awak.."

Tengku Akif membuka mata lalu dia melihat Bahiyah yang sedang berdiri di hadapannya. Dengan pantas dia menghapuskan air matanya yang masih mengalir di pipi. Dia tersenyum.

"Dah makan?" tanya tengku Akif.

Bahiyah menggeleng. Dia duduk di sebelah suaminya. Matanya memandang ke arah tengku Akif yang sedang melihat ke arah pantai dihadapan mereka.

"Saya minta maaf."

Tengku Akif tersenyum. Dia memandang pula ke arah Bahiyah yang sudah lama memandangnya.

"Kalau abang jadi Hiyah pun, abang akan buat benda yang sama macam apa yang Hiyah buat sekarang. Abang faham apa yang sayang rasa. Bukan senang untuk memaafkan orang yang dah lukakan hati kita." ujar tengku Akif.

Bahiyah diam. Dia menunduk ke bawah.

"Sayang betul betul dah tak boleh terima abang lagi?" tanya tengku Akif. Matanya fokus memandang ke arah Bahiyah yang tidak langsung melihat ke arahnya.

Tengku Akif seakan sudah mengetahui jawapan Bahiyah. Dia menghela nafas.

"Abang akan lepaskan sayang kalau itu yang boleh buat sayang maafkan abang."

Bahiyah yang mendengar itu, lantas dia melihat wajah tengku Akif. Adakah tengku Akif mahu mengalah begitu saja?

"Jujur abang cakap, abang taknak mengalah untuk dapatkan balik cinta sayang. Tapi abang tak kuat sayang. Abang cuma taknak sayang terluka lagi." ujar tengku Akif. Dia mengelus lembut tepi kepala isterinya yang berlapik tudung selendang.

"Cukuplah selama ni sayang menjadi isteri yang tersakiti hanya kerana seorang suami yang bernama Akif Dzulkifli. Abang tak layak untuk isteri yang sempurna seperti sayang. Sayang berhak dapat lelaki yang boleh menjadi suami yang jauh lebih baik dari abang. Abang minta maaf, abang gagal jadi suami yang sempurna untuk Ayesha Bahiyah. Abang doakan sayang akan bahagia dengan orang yang layak untuk sayang." ujar tengku Akif panjang. Matanya hanya fokus memandang mata isterinya.

Bahiyah yang mendengar nya, sudah menitiskan air mata. Dapat dia rasakan yang tengku Akif betul betul sudah menyesal. Dari sudut matanya, dia dapat rasakan itu.

Tengku Akif mengusap lembut air mata isterinya. Dia tersenyum manis.

"Abang cintakan sayang selamanya. Abang pergi dulu ye. Maafkan abang sebab tak dapat nak teman sayang lama lama dekat sini. Assalamualaikum."

Lantas dengan itu, dia bangun dari situ dan mula berjalan meninggalkan Bahiyah yang sudah menangis teresak. Jujur dia tidak kuat. Tengku Akif tidak mahu meninggalkan isterinya tetapi hatinya hanya Allah sahaja tahu.

Jangan tinggalkan Hiyah, abang. Hiyah mohon pada abang. Pandang lah Hiyah. bisik Bahiyah.

Tetapi tengku Akif tidak langsung menoleh ke belakang. Bahiyah menangis kuat. Tidak kisah dengan orang yang sudah memandangnya.

Tanpa Bahiyah sedar, tengku Akif menoleh ke arahnya. Dia melihat Bahiyah yang sudah menangis teresak. Sungguh dia tidak kuat melihat itu.

•••

Kalau masih ada jodoh diantara kita. Kita akan berjumpa lagi sayang. Tidak kira lah sejauh mana pun kita terpisah.

TBC

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC

Author buat chapter ni pendek je, esok author buat panjang ii and author buat double update insyaAllah. Jangan lupa
vote tau🫶🏻

ISTERI YANG TERSAKITI✔️Where stories live. Discover now