BAHIYAH : 24

6.7K 241 2
                                    

Bahiyah berlari ke biliknya, dia melihat beg bagasi tengku Akif sudah tiada

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Bahiyah berlari ke biliknya, dia melihat beg bagasi tengku Akif sudah tiada. Benarkah tengku Akif sudah pergi meninggalkan nya?

Air matanya jatuh di pipi. Dia inginkan kepastian jadi dia keluar kembali dan pergi ke reception resort itu.

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumsalam, iya kak? ada apa ii saya boleh bantu?" tanya pekerja yang berada di kaunter itu.

"Saya nak tanya, adik ada nampak tak lelaki pakai baju kemeja hitam, seluar jeans biru laut? Kurus dan tinggi orangnya." ujar Bahiyah.

"Oh Encik itu baru je keluar tadi kak. Dia dah serahkan kunci bilik dia pada saya tadi." balas pekerja itu.

Bahiyah yang mendengar itu, satu badannya seperti terkena renjatan. Jadi betul lah Akif sudah pergi. Rasa menyesal mula terpaut di hatinya.

"Takpelah kalau macamtu, terima kasih."

"Sama-sama kak."

Bahiyah mula berjalan keluar dari situ. Langkahnya perlahan seperti dirinya mahu tumbang. Salah dia kerana menangkan egonya. Dia tidak mahu pun tengku Akif pergi.

Kenapa abang pergi? Hiyah nak abang..
Bisik Hiyah dalam hati.


Bahiyah berjalan untuk menuju ke biliknya dan tiba tiba ada satu suara kecil memanggilnya.

"Kakak cantik!" Bahiyah menoleh dan melihat Akid sedang berlari kecil pergi ke arahnya. Bahiyah tersenyum. Apabila Akid sudah berada di depannya, dia samakan tinggi nya dengan Akid.

"Akid datang dari mana ni?" tanya Bahiyah.

"Akid keluar jalan dengan mama papa tadi. Kakak cantik nak balik bilik eh?" tanya Akid pula. Bahiyah mengangguk tersenyum.

"Akid ada sesuatu nak bagi kakak cantik." ujar Akid. Dia mengeluarkan satu surat dan diberi kan kepada Bahiyah. Bahiyah mencapai surat itu dan memandang ke arah Akid.

"Surat apa ni?"

"Tadi Akid jumpa dengan abang hensem. Lepastu dia suruh Akid bagi surat ni dekat kakak cantik. Dia ada pesan dekat Akid untuk bagitahu kakak cantik yang dia sayang dan cintakan kakak cantik." balas Akid panjang. Bahiyah yang mendengar itu tersenyum paksa.

Hiyah pun cinta dan sayangkan abang. Bisik Hiyah.

Akid melambai tangannya untuk menyedarkan Bahiyah yang sedang mengelamun.

"Kakak cantik pikir apa tu?" tanya Akid.

Bahiyah menggeleng.

"Takde ape lah.. Abang hensem ada bagitahu Akid dia pergi mana?" soal Bahiyah pula.

"Takde pulak." balas Akid dengan gelengan kepala. Bahiyah menghela nafas.

"Takpelah, terima kasih Akid"

ISTERI YANG TERSAKITI✔️Where stories live. Discover now