BAHIYAH : 37

5.4K 210 3
                                    

"Abang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Abang..." panggil Bahiyah setelah mereka selesai menunaikan solat fardu maghrib. Sesakit Bahiyah tidaklah melupakan tanggungjawab nya sebagai seorang muslim.

Bahiyah perasan, lepas sahaja doktor memberitahu yang dia mengandung. Terus tengku Akif tidak bercakap dengannya. Tidak tahu mengapa. Tengku Akif tidak memberi reaksi apa-apa pun bila tahu yang isterinya hamil.

Tengku Akif menoleh ke belakang dan melihat wajah Bahiyah yang seperti ingin mengatakan sesuatu. Dia menghela nafas lalu duduk bersila didepan Bahiyah.

"Abang tak suka ke Hiyah mengandung?" tanya Bahiyah ingin tahu.

Tengku Akif hanya diam. Dalam fikiran nya memikirkan sesuatu.

"Abang? Hiyah tanya ni abang. Tolonglah jangan diam." kata Bahiyah lagi.

"Suami mana tak suka bila dapat tahu isteri dia mengandung? Cuba bagitahu abang." balas Tengku Akif.

"Habistu kenapa lepas doktor bagitahu Hiyah mengandung abang macam tak happy? Kenapa? Sebab Hiyah ada kanser? Abang takut kalau Hiyah ambil keputusan untuk simpan anak ni dalam rahim Hiyah, Hiyah akan mati? Sebab kalau mengandung tak boleh teruskan treatment? Itu ke yang abang fikir sekarang?" tanya Bahiyah. Sedaya upaya dia menahan dirinya untuk tidak menangis di depan tengku Akif.

Melihat Tengku Akif hanya diam memandangnya membuatkan Hiyah merasa sedih. "Jawab Hiyah, abang.."

"Yes! Memang itu yang abang fikir sekarang. Hiyah dah tahu benda tu, kenapa sayang masih nak tanya abang? Hah? Walau apapun, abang tetap nak sayang teruskan treatment." balas tengku Akif. Hiyah terkedu. Adakan tengku Akif mengambil keputusan untuk gugurkan anak ni?

"Abang taknak anak kita lahir?" tanya Bahiyah pula. Tengku Akif memejam matanya sekejap. Merasa sakit bila isterinya bertanyakan tentang itu.

"Kita boleh ada anak bila sayang dah habis treatment dan bebas dari kanser. Fikir pasal diri sayang dulu. Baru fikir pasal orang lain." balasnya.

"Orang lain?! Orang lain abang cakap? Abang! Ini anak kita abang. Darah daging kita! Abang nak bunuh anak abang sendiri?!" tanya Bahiyah. Suara nya sedikit tinggi. Tidak percaya dengan kata-kata tengku Akif.

"Abang tak maksudkan untuk bunuh anak kita, sayang! Sayang tahu kan sayang sakit! Berisiko kalau sayang ambil keputusan untuk simpan anak ni!" balas tengku Akif. Sakit di dada melihat isterinya sudah mengalirkan air mata.

Ya Allah, ujian apakah yang Engkau beri pada pasangan ini.

"Sayang sanggup mati dari gugurkan anak yang tak bersalah ni. Abang sendiri tahu, ramai orang kat luar sana yang menantikan zuriat. Allah dah bagi kita rezeki abang. Abang nak tolak hanya semata abang takut Hiyah tak dapat nak hidup lepas lahirkan anak ni?"

"Sayang, please. Tolong dengar cakap abang. Kali ni je sayang. Sayang kena teruskan treatment. Sayang tak boleh stop. InsyaAllah kalau sayang dah bebas dari kanser, Allah akan bagi lagi banyak zuriat pada kita. Tapi yang ini, kita terpaksa gugurkan dulu." balas Tengku Akif. Mengharapkan Bahiyah setuju dengan cadangannya.

Bahiyah maju memeluk tengku Akif erat. Tanpa tunggu sesaat, Tengku Akif membalas pelukan nya. Dia turut mengalirkan air mata.

"Hiyah tak boleh abang. Ini anak kita. Hiyah tak sanggup nak gugurkan." kata Bahiyah. Dia menangis semahunya di dalam pelukan suaminya. Tengku Akif mengelus lembut belakang Bahiyah.

"Abang tahu. Abang tahu sangat sayang. Kalau boleh abang pun nak biarkan anak kita lahir. Tapi abang lagi tak sanggup kalau sayang tinggalkan abang. Cukuplah sekali sayang. Abang taknak sayang tinggalkan abang buat kali kedua. Abang mohon..." pinta tengku Akif. Kali pertama, Bahiyah melihat Tengku Akif menangis seteruk ini.

Lama mereka berdiam, Bahiyah melepaskan pelukannya dari tengku Akif. Bahiyah tersenyum nipis lalu diusap air mata suaminya yang masih jatuh ke pipi.

"Bagi Hiyah masa, abang. Bagi Hiyah tenangkan diri Hiyah dulu sebelum buat keputusan. Hiyah hanya nak yang terbaik untuk kita. Tapi, Hiyah nak abang janji, walau apa pun keputusan Hiyah. Abang kene terima dengan hati yang terbuka. Boleh?" tanya nya. Tengku Akif hanya membalas dengan anggukan dan tersenyum nipis ke arah Bahiyah.

Tanpa kata dia melabuhkan ciuman di dahi, kemudian di batang hidung, kedua belah pipi dan akhir sekali bibir Bahiyah. Tersenyum manis Bahiyah dibuatnya.

"Jom turun makan?"

"Jom."


~~~

Tengku Akif yang baru sahaja habis berborak dengan Tengku Arsyad mula naik ke atas dan mendapati isterinya sedang lena tidur. Jam pun sudah menunjukkan pukul 12:00 tengah malam.

Perlahan-lahan Tengku Akif naik ke katil dan baring di sebelah Bahiyah. Ciuman dilabuhkan di dahi dan matanya tiba-tiba mendarat di perut isterinya yang masih kempis itu.

Tengku Akif tersenyum pahit. Dengan perlahan, dia memasukkan sedikit tangannya ke dalam baju isterinya dan mengusap lembut perut isterinya itu.

"Maafkan abi, kalau baby terasa dengan kata-kata abi tadi. Abi cuma tak sanggup hilang umi lagi. Abi tak boleh hidup tanpa umi." kata tengku Akif seolah-olah anak mereka dengar dan faham dengan apa yang dikatakan.

"Tapi kalau umi ambil keputusan untuk tidak teruskan treatment sebab nak baby lahir dekat dunia ni, abi redha. Abi cuma mengharapkan keajaiban yang berlaku kalau anak abi ni lahir. Supaya abi dengan umi dapat besarkan baby bersama-sama." sambung tengku Akif lagi lalu maju mencium perut isterinya lembut.

Tengku Akif pun mula membetulkan posisinya lalu lama-kelamaan, dia pun terlena sekali. Tengku Akif tidak tahu, yang Bahiyah dengar semua kata-katanya tadi membuatkan air matanya tidak berhenti mengalir. Sedaya upaya dia menahan esakan.

Ya Allah, betapa gembiranya aku bila dapat tahu yang aku mengandungkan anak kepada lelaki yang sangat aku cinta. Tapi aku redha dengan segala ketentuan-Mu. Berilah aku petunjuk Ya Allah. Sungguh aku tidak tahu apa yang aku harus lakukan. Aku inginkan anak ini. Sungguh Ya Allah, aku benar-benar inginkan anak ini.

Bisik Bahiyah di dalam hati. Air matanya masih setia mengalir keluar sebelum dia memandang ke arah Tengku Akif yang mungkin sudah lena dibuai mimpi.

"Maafkan Hiyah, abang." kata Bahiyah perlahan sambil mengusap lembut pipi tengku Akif. Dia tersenyum pahit.

Bahiyah redha dengan apa yang akan jadi dengan dirinya nanti.

TBC

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


TBC

Author ikut kata hati author untuk ending nanti😆 Korang ikut dan sabar jelah ye hehe. Selamat membaca! Jangan lupa tekan butang vote🫶🏻!

ISTERI YANG TERSAKITI✔️Where stories live. Discover now