T'SPECIAL | AL-BAIHAQI 2 🌼

2.7K 120 14
                                    

"Mana satu sayur bayam eh?" gumam Haq perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Mana satu sayur bayam eh?" gumam Haq perlahan. Dia kini berada di satu pasaraya dengan Hud. Mereka berdua yang volunteer untuk menolong Bahiyah memberi barang-barang masak.

"Ni ha, bayam. Halahai kau ni bang. Itu pun tak tahu. Cane nak kahwin kalau gini." balas Hud selepas menunjukkan mana satu sayur bayam.

Haq menjeling ke arah Hud. Hekeleh, budak ni. Aku sekeh kau baru tahu.

"Diam lah kau. Kau tahu pun sebab kau baru je search tadi kan?" tanya Haq. Hud menggaru tengkuknya yang tidak gatal.

Alamak! Kantoi.

"Eh, atleast aku ada usaha. Bukan macam kau." balasnya. Haq membiarkan sahaja. Lalu dia mengambil 2 ikat sayur bayam.

"Sedap ke eh bayam ni, bang?" tanya Hud membuatkan Haq mengerutkan dahi. Dah kenapa tanya sedap ke tak?

"Sedap. Rasa ayam goreng."

"Merepek lah kau, bang." Hud menjeling ke arahnya. Haq ketawa kecil.

"Dah kau tanya. Aku jawab lah."

"Memang lah. Tapi jawapan kau ke laut."

"Bukan ke pantai?" Hud menghela nafas berat. Kenapalah aku ada abang macam dia ni.

"Kira ye makcik." kata Haq kepada seorang makcik yang menjual sayur di situ. Dia menghulur kan bakul sayur dan dengan senang hati wanita itu mengambilnya.

"Anak berdua ni masing-masing dah kahwin ke?" tanya wanita itu. Haq dan Hud memandang satu sama lain. Lah.

"Belum makcik. Abang saya baru je habis belajar. Saya pula masih sekolah." balas Hud. Wanita itu itu tersenyum lalu mengangguk.

"Takde. Makcik tengok kamu berdua ni hensem sangat. Dah lah hensem, rajin pula pergi pasar beli sayur semua ni. Kalau belum kahwin, mesti dah ada seseorang kan?" balas wanita itu sambil mengira semua sayur yang dibeli mereka.

"Kami nak ikut macam umi abi kami. Bercinta lepas kahwin." balas Hud. Haq mengangguk setuju.

"Oh yeke? Baguslah kalau macamtu. Makcik doakan kamu berdua dikurniakan pasangan yang baik dan solehah. Ya?"

"Aamiin...."

Setelah selesai membayar kesemua barang, Haq dan Hud berjalan ke satu tempat yang menjual ikan. Seorang wanita yang dalam lingkungan 20-an sedang tekun menyusun ikan.

"Assalamualaikum." Haq memberi salam terlebih dahulu. Yelah, takut kang tiba-tiba terjah terkejut pula gadis itu.

"Waalaikumsalam—"

Serentak Haq terkaku apabila melihat wajah gadis itu. Dia...

Gadis itu hanya menghiraukan pandangan Haq. Walaupun sebenarnya degupan jantung dia semakin laju.

"Ya, Encik? Nak beli ikan?" tanya gadis itu. Hud yang melihat Haq yang hanya diam menepuk beberapa kali bahu si abang.

"Kau dah kenapa? Cepatlah pilih ikan tu." kata Hud yang melihat abangnya masih merenung wajah gadis itu.

ISTERI YANG TERSAKITI✔️Where stories live. Discover now