BAHIYAH : 2

7.4K 296 2
                                    

"Apa semua ni? Korang ni buat kerja macam mana ha? Otak dekat lutut ke apa?!" suara Tengku Akif bergema di ruangan pejabatnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Apa semua ni? Korang ni buat kerja macam mana ha? Otak dekat lutut ke apa?!" suara Tengku Akif bergema di ruangan pejabatnya.

Pekerja yang berada di situ, terangkat sedikit bahu mereka kerana suara tengku Akif yang kuat itu.

"Ma..af tengku, kami cu..ma buat apa yang di..suruh oleh Tengku Roslina.." Jawab salah seorang pekerja disitu. Tergagap-gagap suaranya kerana takut dengan Tengku Akif.

Tengku Akif meraup wajahnya dengan kedua tangan nya. Mengapa harus Tengku Roslina masuk campur dengan kerja nya? Tidak boleh kah biarkan cucu dia sorang ni handle sendiri.

"Yang CEO dekat sini siapa?! Saya atau tengku Roslina?! Kauorang ni kerja dibawah siapa?!" tengking tengku Akif. Tidak puas hati kedengarannya.

Apabila tiada jawapan dari pekerjanya. Terus dia memukul meja CEO dengan tapak tangannya yang berada di depan lelaki itu.

"JAWAB! SAYA TAK CAKAP DENGAN TUNGGUL!" Makin nyaring suara tengku Akif. Dengar sahaja bising di bilik itu. Kedengaran tombol pintu dibukak oleh seorang wanita yang sudah berusia. Lantas mereka semua menoleh kearah wanita tersebut.

"Tengku Akif Dzulkifli! Apa ni sampai ke luar tokma dengar kamu menjerit jerit macam orang gila ni dah kenapa? Apa masalah kali ni?!" Tengku Roslina berkata dengan nada yang agak tinggi. Tidak suka sikap cucu nya ini lagi-lagi di depan pekerja.

Tengku Akif hanya membalas dengan pandangan kosong. Asyik salah nya saja yang tokma nya nampak. Dia cuma tidak puas hati kenapa kerja yang diberi oleh pekerjanya tidak sama dengan apa yang diminta?

"Tokma, apa ni? Kif dah suruh diorang buat macmni kenapa smpai je kat tangan Kif lain pula? Apa yang tokma suruh?" soal tengku Akif.

Tengku Roslina hanya mengeluh. Bukan dia sengaja mengubah apa yang disuruh oleh Akif kepada pekerjanya. Cuma apa yang disuruh tidak kena dengan cita rasa wanita itu.

"Dah, takpayah nak marah marah mereka. Tokma yang rasa apa yang kamu suruh mereka buat tak kena dengan cita rasa tokma. That's why tokma suruh mereka ikut cara tokma." santai sahaja tengku Roslina menjawab pertanyaan cucunya itu.

"Tokma, i'm CEO here. Boleh tak tokma jangan masuk campur hal kerja Kif? Kalau tokma rasa banyak sangat tak kena dengan cara kerja kif. Tokma yang duduk dekat sini. Jadi CEO." balas Tengku Akif dengan nada kecewa. Bukan apa, iyelah kalau asyik tak kena dimata tokmanya. Baik tokma nya sahaja yang jadi CEO. Tidak payah pening-pening lagi.

"Okay, tokma minta maaf. Lepasni apa kif nak buat kif buat. Tokma tak masuk campur dah. Lagipun tokma dah tua, mana larat nak handle semua benda. Sikit-sikit boleh lah." jawab tengku Roslina. Dia pun malas nak panjang panjang kan hal ni. Salahnya juga kerana masuk campur hal kerja cucu nya yang sorang ni.

Tengku Akif kembali memandang staff-staff nya yang asyik tunduk memandang lantai. Keluhan kecil keluar di bibirnya.

"Dah, kauorang boleh keluar. Ambil ni, buat apa yang saya suruh. Lusa saya nak." tengku Akif mengembalikan hasil kerja mereka. Dia kembali duduk di kerusinya.

"Baik tengku, maafkan kami." jawab salah seorang pekerja disitu lantas mereka keluar sambil tunduk sedikit beri hormat kepada tengku Roslina yang setia berdiri di hadapan pintu.

Sejurus mereka keluar dari bilik tengku Akif, tengku Roslina terus datang ke arah cucunya dan duduk di kerusi berhadapan tengku Akif yang tengah sibuk menaip sesuatu di laptopnya.

"Akif, tokma nak tanya sikit." Tengku Roslina bersuara..

Tengku Akif hanya memandang sekilas ke arah tokma nya yang setia memandang dia. Dia hanya mengangguk kecil.

"Bila kif nak ada isteri? Sedar kan umur kif sekarang dah nak masuk 30 tahun?" soal tengku Roslina. Dengar sahaja pertanyaan tokma nya, Tengku Akif berhenti menaip dan memandang kearah tengku Roslina.

"Kif tak bersedia lagi tokma. Lagipun sekarang susah nak cari isteri yang betul-betul setia dengan kita, yang ikhlas dengan kita. Banyak yang suka kikis harta orang je." balas tengku Akif selamba.

Tengku Roslina hanya menggeleng. Haih lah cucunya sorang ni. Sensitif betul lah.

"Tak semua macam tu kif. Ada yang ikhlas terima kif. Jangan suka sangat buat andaian macmtu. Tak elok." tengku Roslina berkata sambil tekun melihat tengku Akif kembali menaip.

Melihat Tengku Akif tidak merespon apa-apa membuatkan Tengku Roslina kembali bersuara..

"Tokma ni dah tua. Bila-bila je Allah tu nak tarik nyawa tokma. Tokma nak jugak tengok cucu tokma ni kahwin sebelum tokma tiada." balas tengku Roslina membuatkan tengku Akif memandangnya. Terus dia menutup laptop lalu matanya fokus memandang Tengku Roslina.

"Apa tokma ni? Boleh tak jangan cakap pasal mati? Tokma bukannya sakit pun." tengku Akif berkata. Terkesan dengan apa yang dikatakan oleh tokma. Dia tidak suka. Kalau tokma nya tiada, dengan siapa dia ingin bermanja? Tengku Akif ni nampak je dingin tapi manja dengan tokma dia bila kat rumah.

"Kif, mati ni bukan masa sakit je. Yang tak sakit pun boleh mati tau. Kita bukan tahu. Allah sahaja yang tahu. Kita ni tunggu masa ja Kif." balas tengku Roslina.

tengku Akif hanya diam. Tidak tahu mahu berkata apa.

"Kalau kif nak, tokma boleh carikan seseorang? Mana tahu Kif berkenan?" melihat cucunya tidak membalas apa apa , terus dia bertanya.

"Nanti lah tokma. Sekarang ini kerja lagi penting. Bila-bila sahaja jodoh tu boleh datang kan?" balas tengku Akif.

" Memang lah. Tapi kita ni kenalah usaha juga. Kalau tak mana jodoh tu nak datang? Kalau asyik kerja saja, terperap kat bilik office ni ha. Siapa je nak? Dapat suami yang sibuk kerja 24 jam. Manalah orang nak terima." jawab tengku Roslina panjang lebar. Biar terasa sikit tengku Akif tu. Tak sedar umur dah nak 30 tapi hidup nak kerja je. Haih lah!

"Baguslah. Tak payah Kif kahwin. Hidup sendiri lagi best." cepat sahaja dia membalas. Sejurus itu dia kembali membuka laptopnyaa.

Tengku Roslina hanya menggeleng tidak puas hati dengan perangai cucunya sorang ni.

"Malas lah tokma nak cakap dengan kamu lagi. Baik tokma pegi beli barang kat mall. Kamu tu jangan overwork sangat Kif. Nanti balik rumah makan." Sejurus itu, tengku Roslina bangun dari duduk dan menuju ke arah pintu. Bercakap dengan tengku Akif ni sampai ke sudah. Asyik nak membantah sahaja.

Tengku Akif melihat tokma nya keluar dari bilik office nya. Lega dia bila tokma nya sudah keluar. Serabut kepala otak dengar tengku Roslina membebel. Tidak lain tidak bukan, asyik pasal kahwin je. Penting sangat ke kahwin tu?

Tengku Akif kembali membuat kerja dengan tenang. Apa yang dicakap oleh tokma nya tadi masih terngiang ngiang di kepala otaknya.

"tokma ni dah tua.. bila bila je Allah tu nak tarik nyawa tokma.. tokma nak jugak tengok cucu tokma ni kahwin sebelum tokma tiada.."

TBC

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC

okay next part, pertemuan tokma dengan Ayesha Bahiyah.. 🫶🏻

ISTERI YANG TERSAKITI✔️Where stories live. Discover now