BAHIYAH : 16

7.8K 293 7
                                    

"umi abah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



"umi abah.. Hiyah balik dulu tau.. nanti bila bila Hiyah datang jenguk umi abah lagi.." ujar Bahiyah. Setelah itu dia menyalam tangan umi dan abahnya.

Selesai Bahiyah, tengku Akif pula menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Hajah Julia dan Haji Adnan.

"kami balik dulu ye.. maaf tak dapat duduk lama dekat sini.." giliran tengku Akif berkata sambil tersenyum kecil.

"takpe, umi dengan abah faham Akif banyak kerja. bila bila boleh datang lagi kan." balas Hajah Julia.

"insyaAllah."

Hajah Julia memeluk Bahiyah lalu dielus lembut belakang badan anaknya itu.

"Hiyah ingat pesan umi ya. jadi isteri yang baik untuk Akif. nanti kalau umi dengan abah dah tiada. Akif sahaja lah tempat Hiyah boleh mengadu." ujar Hajah Julia. Bahiyah yang mendengar itu lantas dia melepaskan pelukan mereka.

"apa umi ni. selama lamanya umi dengan abah akan ada untuk Hiyah. umi dengan abah kan dah janji." balas Bahiyah.

Hajah Julia hanya tersenyum. haihlah anak.

"dah tu, nanti lambat pulak sampai rumah." Haji Adnan berkata dengan lembut. Bahiyah seperti rela tidak rela nak ikut suaminya balik. dia nak tinggal sini. tapi apekan daya! hm

"Assalamualaikum umi, abah" ujar tengku Akif

"Waalaikumsalam.."






Sepanjang perjalanan mereka ke rumah, tiada satu patah perkataan pun yang keluar dari bibir suami isteri ini. yang ada hanya siaran radio sahaja.

Sesampai mereka di rumah, tengku Akif terus naik ke atas menuju ke biliknya. Belum sempat untuk Hiyah mengatakan sesuatu.

Dia terpaksa naik untuk pergi ke bilik tengku Akif. dia mengetuk pintu bilik suaminya terlebih dahulu.

p/s : nak tahu kenapa author cakap tu bilik tengku Akif? yes, sebab diorang tidur asing. okay back to the story.

"Awak.. boleh saya masuk sekejap?" tanya Hiyah selepas mengetuk pintu bilik itu..

"hmm masuk."

Bahiyah memulas tombol pintu bilik suaminya dan melihat tengku Akif sedang baring di atas katil sambil membaca satu buku. majalah kot.

dia menuju ke arah tengku Akif. sampai sahaja, dia duduk di tepi katil betul betul sebelah suaminya. lama dia tenung wajah kacak itu.

"Saya nak tanya sikit boleh?" soal Bahiyah.

"tanyalah."

"Sebelum awak kahwin dengan saya, awak ada bercinta dengan sesiapa?" soal Bahiyah lagi.

tengku Akif yang mendengar itu, terus menoleh ke arah Bahiyah.

"kenapa kau tanya?"

"saje."

ISTERI YANG TERSAKITI✔️Where stories live. Discover now