BAHIYAH : 8

5.3K 233 4
                                    

"Ju, Hiyah macam mana?" soal Haji Adnan yang baru sahaja balik dari balai polis untuk membuat report

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ju, Hiyah macam mana?" soal Haji Adnan yang baru sahaja balik dari balai polis untuk membuat report. Dia terus menuju ke arah Hajah Julia yang sedang sibuk membasuh pinggan di singki.

Hajah Julia terus menoleh ke arah suaminya. Dia memberhentikan seketika kerjanya lalu mengeluarkan keluhan kecil di bibirnya.

"Dia masih terkejut bang. Dia cakap itu semua salah dia sebab tak jenguk dulu sebelum bukak pintu. Dari tadi dia asyik menyalahkan diri dia je." balas Hajah Julia dengan riak muka sedih.

"Haih, bukan salah dia pun sebenarnya. Mungkin dia ingat kita yang ketuk pintu. Lagipun ini semua dah jadi ketentuan Allah. Benda dah jadi dah pun." jawab Haji Adnan sambil memandang ke arah bilik Hiyah.

Hajah Julia hanya mengangguk kecil. Kesian dia tengok keadaan Bahiyah yang asyik termenung memikirkan pasal kejadian tengahari tadi.

"Abang pergilah tengok keadaan dia." Hajah Julia menyuruh suaminya untuk menjenguk puterinya.

Haji Adnan tidak membalas apa apa. Terus dia pergi ke arah bilik Bahiyah, diketuk dulu sebelum masuk.

"Hiyah?" panggil Haji Adnan. Dia melihat Bahiyah duduk di tepi katil hanya termenung.

Bahiyah yang mendengar panggilan abahnya, terus dia memandang ke arah Haji Adnan. Dia hanya tersenyum kecil.

"Hiyah okay?" soal Haji Adnan ingin kepastian.

"Hiyah okay abah, cuma masih tak dapat terima. Macam tu je lenyap hasil kerja keras Hiyah kumpul duit banyak banyak tu." luah Hiyah dengan nada sedih.

Haji Adnan meletakkan tangan nya di bahu Hiyah. Di tepuk lembut bahu sang anak.

"Hiyah, ikhlas kan ya? Bukan salah Hiyah pun semua benda ni terjadi. Mungkin ada rezeki yang lebih baik. Nanti kalau Hiyah nak kahwin, tak cukup duit. Guna duit dalam bank abah dulu. Abah tak kisah. Untuk anak abah sorang ni." balas Haji Adnan sambil mengusap lembut ubun-ubun anaknya.

Bahiyah yang mendengar apa yang dikata oleh Haji Adnan, terus dia menggeleng kepala tanda tidak setuju. Dia tidak susahkan abahnya. Cukup Haji Adnan bekerja keras untuk membesarkan dia dengan didikan agama yang sempurna.

"Tak abah. Hiyah taknak susahkan abah. Biar Hiyah yang cari duit sendiri. Cukuplah berkat doa umi dengan abah yang mudahkan Hiyah untuk dapat kerja. Walaupun gaji tak seberapa tapi Hiyah bersyukur sangat. Kalau tak cukup duit nak kahwin pun. Senang Hiyah tak payah kahwin lah. Biar Hiyah jaga umi dengan abah sampai bila-bila. balas Hiyah panjang. Dia betul betul tidak mahu susahkan umi dan abahnya. Biarlah dia usaha sendiri kumpul duit balik.

"Eh, janganlah macamtu nak. Kamu kena kahwin juga. Kalau umi dengan abah tiada nanti. Sekurang-kurangnya Hiyah ada suami yang boleh jaga Hiyah." jawab Haji Adnan dengan lembut.

Hiyah hanya mengeluh kecil. Mengapa lah hati nya rasa tidak sedap bila abahnya cakap macam itu. Tapi dia tidak mahu fikir banyak. Dia hanya mampu berdoa agar Allah panjangkan umur umi dan abahnya


ISTERI YANG TERSAKITI✔️Where stories live. Discover now