BAHIYAH : 6

5.6K 230 3
                                    

Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Lama tengku Roslina dan Bahiyah berborak sambil menjamu selera. Pelbagai cerita yang mereka kongsi.

"Tokma, Hiyah mintak diri dulu lah ye? Lama sangat dah Hiyah kat sini." Bahiyah berkata sambil tangannya mencapai sehelai tisu yang telah tersedia di atas meja restoran itu.

"Baiklah, tokma pun nak kena pergi office cucu tokma. kene pantau jugak budak tu. Bukannya boleh percaya." balas tengku Roslina dengan keadaan dirinya yang sudah berdiri.

Hiyah tergelak kecil. Cucu dah besar pun masih lagi ingin memantau nya. Kuat betul otot wanita ini.

"Tokma ni masih nampak muda walaupun umur dah nak masuk 70. Jealous Hiyah dengan tokma." Bahiyah melihat tengku Roslina dengan senyuman terukir dibibirnya. Bestnya dapat jadi cucu tengku Roslina ni.

"Eh takdelah, umur dah 65 nampak muda apanya. Tunggu masa je ni Hiyah." balas tengku Roslina bersahaja.

Hiyah yang faham akan maksud tengku Roslina, terus dia membalas.

"Tokma ni, jangan lah cakap macam itu. InsyaAllah, Allah panjangkan umur tokma. Hiyah doakan tokma ya." Hiyah berkata sambil dia mengusap lengan tengku Roslina.

Tengku Roslina hanya senyum manis saja. Suka dia dengan cara Bahiyah. Ingin sekali dia jadikan Bahiyah ni cucu menantu dia.

"Hiyah, balik drive elok-elok ya. Nanti ada masa kita jumpa lagi. Tapi masa itu tokma bawak cucu lelaki tokma sekali. Kamu kenal-kenal dengan dia ya?" lembut sahaja tengku Roslina bercakap dengannya.

Bahiyah yang mendengar tengku Roslina ingin dia berkenalan dengan cucunya terus dia menayang sedikit muka risau dia. Mujur tengku Roslina tidak perasan.

aduyai, macam mana ni. Asal aku rasa berdebar je ni. Haih Hiyah. Kau jangan macam macam.
bicara Bahiyah dalam hati.

"Kenal sebagai kawan jelah kan tokma? Tidak lebih dari itu kan?" soal Bahiyah bersahaja.

"Apa salahnya kalau lebih dari kawan kan? Lagipun tokma suka dengan cara Hiyah. Dah lah cantik, lemah lembut pulak tu." puji tengku Roslina sambil tersenyum.

Ya Allah, Hiyah takpayahlah blushing. Kantoilah aduh!

Hiyah hanya membalas dengan senyuman manis. Dia tidak mahu kata apa-apa. Pipi dah merah dah tu. Masa ni lah nak puji cantik. Ciptaan Tuhan kan. Mestilah semuanya cantik dan indah berlaka.









Selesai sarapan pagi bersama Bahiyah, tengku Roslina terus pergi ke pejabat tengku Akif. Dibuka nya pintu bilik, ternampak satu sosok yang sedang tekun menghadap laptop yang berada di hadapannya.

"Kif.." panggil tengku Roslina.

Dengar sahaja suara itu, tengku Akif terus memandang ke pintu masuk, dia hanya tersenyum kecil.

ISTERI YANG TERSAKITI✔️Where stories live. Discover now