SPECIAL CHAPTER🌻

5.5K 207 14
                                    

"Haq! Tolong umi tengokkan Atikah sekejap! Umi tengah masak ni ha

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Haq! Tolong umi tengokkan Atikah sekejap! Umi tengah masak ni ha." jerit Bahiyah apabila dia mendengar tangisan bayi kecil yang berusia 6 bulan itu.

"Baik umi!" balasnya kembali. Lalu dia mendekati adik perempuannya yang sedang menangis itu.

"Ssshhh, adik dah lah tu. Jangan lah nangis." kata Haq sejurus dia sampai di sebelah adiknya yang masih
menangis itu. Seolah-olah adiknya faham kata-katanya.

Setelah Bahiyah siap memasak, dan dia mendengar lagi tangisan anak perempuannya itu. Lantas dia menuju ke ruang tamu. Dia tersenyum melihat Haq yang sedaya upaya memujuk adiknya itu.

"Alahai abang kamu ni, bukan macamtu lah pujuk adik." kata Bahiyah. Haq mencebik bibir.

Bahiyah mendukung anak perempuannya lalu dia duduk di sofa untuk menyusukan anaknya itu.

"Anak umi haus ye. Alah kesiannya."

Bahiyah mengangkat sedikit bajunya dan menghalakan bayi kecil itu ke arah puting nya. Tanpa sesaat, bayi itu menyusu dengan laju. Haus sangat agaknya.

Bahiyah tersenyum. Haq pula melabuhkan punggung di sebelah Bahiyah. Matanya terpana melihat adiknya yang sedang menyusu itu.

"Kenapa sekarang Haq dah tak menyusu macam adik, umi?" tanya Haq tiba-tiba. Bahiyah ketawa kecil.

"Sebab Haq dah besar. Dah nak masuk 4 tahun dah. Takkan nak susu badan umi lagi." balas Bahiyah sambil sebelah tangannya mengelus rambut lelaki anaknya itu.

"Oh macamtu..." balasnya pendek. Tiba-tiba pintu rumah terbuka menunjukkan tengku Akif yang baru sahaja pulang ke rumah.

Haq terus mendapatkan abi nya.

"Abi!" jerit Haq teruja. Bahiyah hanya tersenyum.

"Assalamualaikum, anak abi."

"Waalaikumsalam."

Tengku Akif mendukung Haq dan menuju ke arah Bahiyah yang sedang menyusukan Atikah.

"Amboi, hausnya anak abi ni." kata tengku Akif sejurus dia duduk di sebelah Bahiyah.

Lama mereka semua merenung Atikah yang sedang menyusu itu.

"Abi pun dah lama tak rasa susu umi." Tengku Akif berkata selamba membuatkan Bahiyah memandangnya tidak percaya.

"Eh? Abi pun minum susu umi? Tadi umi cakap kalau dah besar tak boleh minum susu badan umi. Tapi kenapa abi minum pulak?" tanya Haq pelik. Tengku Akif dan Bahiyah memandang satu sama lain. Lantas Bahiyah mencubit peha suaminya itu.

"Aduh, yang.." Tengku Akif mengaduh. Ha, tulah mulut tu tak boleh cover depan anak.

"Abi gurau je tu. Dah jangan layan abi kamu ni. Merepek je kejenya." kata Bahiyah lalu menjeling ke arah tengku Akif.

ISTERI YANG TERSAKITI✔️Where stories live. Discover now