BAHIYAH : 11

5.2K 226 5
                                    

Keesokkan harinya , 9:00 pagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Keesokkan harinya , 9:00 pagi.

"Hiyah? tak kerja ke harini?" tanya Hajah Julia apabila dia melihat Bahiyah sedang sibuk menonton televisyen.

Bahiyah menoleh ke arah uminya.

"Harini boss Hiyah kata takpayah kerja harini umi. Sebab kedai tu nak diubah suai sikit. Jadi harini kita tutup kejap." balas Bahiyah.

"Oh iya, abah mana umi? Pagi-pagi lagi Hiyah tengok abah dah start kereta. Pergi mana?" sambung Hiyah, pukul 8:30 tadi dia dah nampak Haji Adnan keluar dari perkarangan rumah. Nak tanya tapi tidak sempat.

"Oh, abah kamu nak pergi pekan lah tu cari lauk, umi cakap dekat abah suruh dia beli udang dengan sotong. Umi ingat nak masak sambal udang lepastu sotong tu kita goreng je. Simple." jawab Hajah Julia. Dia tahu anaknya ni gemar makan makanan laut. Lagi-lagi udang dengan sotong. Favourite betul.

"Sedapnya umi, tahu tahu je Hiyah ni teringin nak makan lauk tu harini." balas Bahiyah. Tak sabar dah tu. Haih sedapnya.

"Hiyah tolong umi ye? Kita masak sama-sama" pelawa Hajah Julia. Ada kawan teman masak best sikit takdelah masak sorang sorang.

"Mestilah boleh umi.." balas Bahiyah sambil tersenyum.

kringgggg

Bahiyah melihat ke arah telefon bimbit nya, 'tokma' nama yang tentera di skrin telefonnya. Dia mencapai telefon itu dan sebelum dia angkat dia menoleh ke arah Hajah Julia..

"Umi, Hiyah jawab telefon ni kejap ye kat luar.." Hiyah berkata dengan lembut..

Hajah Julia tersenyum sambil mengangguk. Bahiyah terus ke luar rumah dan dia menjawab panggilan tersebut..

"Assalamualaikum tokma.." dengan cepat Bahiyah memberi salam pada tengku Roslina..

"Waalaikumsalam Hiyah.. Hiyah tengah buat apa tu?" tanya tengku Roslina selepas menjawab salam Bahiyah.

"Takde buat apa pun tokma, Hiyah dekat rumah je ni teman umi.." balas Bahiyah. Dia duduk di bangku yang ada diluar rumah.

"Oh begitu. Malam ini kamu free ke Hiyah? Tokma nak ajak kamu makan malam dekat rumah anak tokma, puan Maria. Sekali tu kamu jumpa dengan cucu tokma.." jujur tengku Roslina. Dia mengharapkan Bahiyah setuju dengan pelawaannya.

"Hiyah segan lah tokma. Lagipun Hiyah ni siapa je. Takpelah tokma.." jawab Bahiyah. Dia bukan apa, dia dah boleh agak betapa mewahnya rumah Tengku Roslina. Dia takut dia tak biasa. Nanti apa pulak orang cakap.

"Hiyah jangan cakap macamtu. Hiyah kan tak lama lagi nak jadi cucu menantu tokma? Biasa kan lah diri tu.." balas tengku Roslina. walaupun Bahiyah belum memberi jawapan, tetapi dia macam sudah boleh agak yang Bahiyah mesti setuju nak jadi cucu menantu dia..

"Hiyah belum pasti lagi tentang itu, tokma.." sambung Bahiyah. Dari sudut hatinya dia merasakan tengku Roslina tidak bergurau tentang hal ini. Seperti dia betul betul nak jadikan Bahiyah ni cucu menantu dia. Sama dengan Tengku Maria. Baru jumpa dah berkenan dengan si Hiyah ni. Hm buntu dibuatnya..

ISTERI YANG TERSAKITI✔️Where stories live. Discover now