BAHIYAH : 3

6.4K 283 1
                                    

"Umi, Abah, Hiyah nak pergi beli barang sikit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Umi, Abah, Hiyah nak pergi beli barang sikit. Umi abah ada nak pesan apa-apa tak?" soal Bahiyah yang sedang sibuk merapikan tudung bawalnya. Dia berjalan ke arah Haji Adnan dan Hajah Julia yang nampak tekun mendengar ceramah di televisyen.

Mendengar soalan Bahiyah, mereka menoleh ke arah Hiyah. Tersenyum mereka melihat penampilan Hiyah . Sungguh cantik, aurat yang sempurna membuatkan mereka bangga dengan didikan yang diajar oleh mereka.

"Takde nak, pergilah. Hati-hati drive tu. Jangan lupa pakai tali pinggang keledar." jawab Hajah Julia dengan lembut.

"Baik umi, Hiyah pergi dulu ye. Assalammualaikum."

"Waalaikumsalam warahmatullah" jawab umi dan abah nya serentak.

Sejurus itu, Bahiyah menapak dirinya keluar dari rumah dan mula menghidupkan enjin kereta. Hiyah pun dengan berhati-hati memandu perlahan keluar dari perkarangan rumahnya yang agak terpencil.







Apabila Hiyah sudah parking keretanya di satu pusat beli belah, Hiyah keluar dan masuk ke dalam. Perjalanan rumahnya ke pusat beli belah mengambil masa 30 minit. Jauh juga kalau diikutkan.

"Nak beli stoking tpi mcm nak beli tudung juga. Nanti kalau umi dapat tahu, mesti dia bising. Tudung aku dah lah berlambak kat rumah." gumam Hiyah perlahan cukup untuk dia sorang sahaja yang dengar.

Dalam perjalanan ke arah kedai yang menjual pelbagai accessories wanita , dia melihat sosok wanita yang tidak dikenali seperti sedang struggle memegang barang yang dibeli nya. Nampak macam tak cukup tangan dia nak membawa.

Bahiyah maju ke arah wanita itu dan bertanya. Terus wanita itu mendongak sedikit melihat Hiyah yang sedang melihatnya.

"Puan? Nak saya tolong tak? Bagi saya bawa barang puan tu sedikit. Saya tolong hantarkan dekat kereta puan." Hiyah berkata kepada wanita itu.

Wanita itu tersenyum. Mulia sungguh hati Hiyah..

"Betul ke ni? Tak menyusahkan?..."

"Bahiyah. panggil je Hiyah." balas Hiyah sambil tersenyum.

"Sedap nama.. Oh iya, takpayah lah puan-puan bagai. Panggil je tokma." jawab Tengku Roslina dengan nada lembut.

Hiyah hanya mengangguk perlahan. Tidak berkata banyak Hiyah mengambil sedikit barang yang dibeli oleh Tengku Roslina dan mula berjalan ke arah pintu masuk pusat beli belah itu.

"Hiyah kejap.." tengku Roslina tiba tiba bersuara membuatkan langkah Bahiyah terhenti. Hiyah menoleh ke arah tengku Roslina yang sedang senyum memandangnya.

"Hiyah datang sini nak beli apa?" tanya tengku Roslina tiba tiba membuatkan Hiyah hairan. Tapi tetap dia membalas dengan senyuman.

"Hiyah nak pergi beli barang sikit tokma. Itu dekat kedai accessories tu. Lepas tu nak beli tudung." balas Hiyah jujur

ISTERI YANG TERSAKITI✔️Where stories live. Discover now