PROLOG

3K 89 5
                                    

"Cincin oh cincin kenapa kau perlu melekat dekat jari aku ? Kalau kau tak ada mesti aku takkan kahwin dengan budak kampung tu ! " ujar Layyin di atas katil kediamannya selepas selesai majlis pernikahan bersama Faiq Muqri Lekir pagi tadi.

Kalau ikutkan kata hati, memang si Layyin ini lari tapi disebabkan ramai pula tetamu, dia terpaksa batalkan hasrat tersebut.

Nasib kaulah Layyin Makayla Fleur.

Knock knock

"Siapa tu?" tanya Layyin sambil mengelap airmata mengenang nasib sendiri.

"Aku ni Faiq ! Bukak sat pintu ni . " ujar Faiq yang sedang mengetuk pintu mewah milik Layyin.

Berpeluh habis badan Faiq kerana tidak berhenti melayan tetamu yang hadir.
Maklumlah keluarga isterinya orang ternama jadi majlis nikah pun dah panggil beratus orang mana tak penatnya si Faiq ni.

Lainlah Layyin yang terang-terang terus masuk bilik selepas selesai majlis pernikahan tadi.
Ditinggalnya Faiq seorang diri dibawah.

Tetiba satu idea yang kurang bernas muncul di minda Layyin.

'Apa kata aku buat protes ? Biar dia tahu betapa merananya hati aku bila kena paksa kahwin dengan dia ! ' ujar kata hati Layyin.

Tersengih jahat Layyin lalu dia berjalan mendekati pintu mewah yang memisahkan mereka berdua.

"Pandai-pandailah you cari kunci. I takkan buka pintu wuerkkk ! " ejek Layyin sepuas hati terus menuju ke bilik air untuk membersihkan diri bersama baju pengantin.

Terbeliak mata Faiq mendengar ejekan isterinya. Dia memandang pintu itu tidak puas hati.

"Wei, hang toksah dok buat perangai minah oi ! Bukak la sat aku nak mandi ni ! " rayu Faiq disebalik pintu kayu bilik Layyin.

Penat-penat layan tetamu dan terpaksa menjadi ‘runner’ makcik-makcik tadi , boleh pula Layyin buat hal !

Langkah Layyin terhenti apabila Faiq dengan selamba badaknya memanggil minah. Terlopong mulut Layyin geram dengan perangai Faiq.

"Eh , suka hati mak bapak you je panggil I minah ! Layyin okay ?! Bukan minah. Ingat I orang kampung macam you ke ?! " kata Layyin patah balik dihadapan pintu tersebut sambil menyilangkan tangannya ke dada.

Dijelingnya pintu dengan dengusan marah.

"Ewah ewah dok sebut mak bapak ni aku geram. Aku tak kisah la nama hang pocong ka hantu langsiaq ka ! Baik hang bukak pintu ni sebelum aku tendang satgi kot !" ujar Faiq yang bersedia untuk menendang pintu kayu tersebut. Siap lipat seluar lagi.

Matanya masih setia memandang pintu tersebut umpama sedang memandang Layyin dihadapan.

"Buat la ! I tak kisah tapi jangan lupa ganti pintu yang BAKAL you pecahkan ni okay? Sayonara ~ " ejek Layyin sambil menekankan perkataan BAKAL tu.

Dia tahu si Faiq miskin dan tak mampu untuk bayar pintu biliknya yang MAHAL ini.

Faiq yang baru melipat seluarnya ke atas terus tak jadi bila dengar kata-kata Layyin sebentar tadi.

Tersentak Faiq kerana Layyin seakan menghina dirinya yang miskin.

"Takpa lah . Hang duduk lah sorang-sorang dalam bilik tu. Aku sedaq diri pastu terima kasihlah sebab ingatkan kalau dak mesti aku berhutang beribu nak bayaq duit pintu ni dengan hang. " Faiq sambil menyandarkan dirinya pada pintu bilik mereka. Eh bilik Layyin.

Nada sayu sahaja yang Faiq sampaikan.

"Sama-sama ! Sebab you pun tahu mana darjat you untuk duduk sebelah I kan? Dont worry nanti I akan sentiasa ingatkan you " ujar Layyin dengan bongkak lalu terus memasuki bilik air.

Dipihak Faiq yang sedang menyandar pintu-

"Hang ingat dengan darjat semua tu boleh ketaq aku ka? hang tak kenai lagi aku sapa ! Ni Faiq Muqri Lekir anak jantan kampung ! “ sengih sinis Faiq yang sedang merangka sesuatu untuk mengena isteri yang baru dinikahi.

Hang tunggu Layyin Makayla Fleur !’ ujar kata hati Faiq dan beredar meninggalkan tempat pertengkaran mereka.




















"Khilafku yang sudah melampau mencintai makhlukMu "



















⭐⭐⭐

Assalamualaikum semua , this is my second story and hopefully i can make it ! Just random idea yang tetiba datang nak try this kind of story HAHAHA

Enjoy !

Vote, comment and follow me muah !




FAIQ MUQRI LEKIRWhere stories live. Discover now