FML 50

815 77 9
                                    

Dengan amarah yang membuak-buak Faiq mencapai helmet milik Jebat di rak lalu menghayun tepat ke wajah lelaki itu.

Bukk

" Arghh!" jerit Jebat tidak sedia menerima tumbukan daripada Faiq. Tubuhnya terhumban ke tepi sofa, memegang pipi kanannya yang kini merah dan bengkak.

Layyin terkejut dengan situasi ini hanya memeluk diri di atas sofa teresak-esak.

Faiq mara dengan penuh marah, melangkah mendekati Jebat yang masih terbaring di tepi sofa.

Dengan kasar, Faiq menarik kolar baju Jebat, memaksa lelaki itu berdiri.

" Sial! Hang sapa nak sentuh bini aku, setan!" bergema ruang rumah dengan jerkahan Faiq. Dadanya berombak geram kerana masih terngiang perbuatan Jebat terhadap Layyin.

Nasib sahaja dia tidak ikut rakan-rakannya berlumba kerana terdetik ingin datang ke rumah Puan Halimah. Kalau dia ikut bersama mereka, entah apa yang akan jadi kepada Layyin.

" Lek arr, kitaorang tak sempat buat apa lagi." mendidih Faiq dengan balasan dari Jebat yang tergelak sinis membuatkan api kemarahan Faiq makin memuncak, dan dia kembali menumbuk wajah lelaki itu dengan lebih kuat.

Bukk

Jebat terbaring di atas lantai, menerima pukulan hebat tanpa henti daripada Faiq. Suara pukulan dan carutan Faiq bergema di dalam rumah.

"Hanat!" jerit Faiq berkali-kali, tanpa memberi ruang kepada Jebat untuk melepaskan diri. Jebat cuba menepis, tetapi kekuatan Faiq begitu hebat sehingga usahanya sia-sia.

"Hisk hisk"
Layyin yang duduk di sofa berasa takut melihat perbalahan itu.. Dia menunduk, menangis, dan memeluk diri menghilangkan bayangan tadi.

Trauma.

Seakan dengar berlaku pergaduhan, pantas Puan Aisyah dan Puan Halimah berlari ke depan.

Alangkah terkejutnya mereka melihat Faiq yang memukul Jebat sehingga berdarah serta kawasan rumah yang berselerak.

"Ya Allah, Muqri! Sudah! Mampuih anak orang satgi!" seru Puan Aisyah sambil berusaha menarik tubuh Faiq daripada terus menumbuk Jebat.

Faiq dengan wajah dipenuhi kemarahan, memandang tajam ke arah musuh ketatnya yang sudah cedera parah akibat pukulan tadi

" Jebat anak aku!" Puan Halimah memangku kepala anaknya yang sudah lemah. Jebat memandang lemah ke arah Faiq kerana dia sudah tiada daya untuk melawan.

Silap besar jika cari pasal dengan Faiq.

Faiq menarik nafas dalam-dalam, masih memancarkan kemarahan yang membara di matanya.

Dia melepaskan pelukan dari ibunya. Keinginan untuk melampiaskan amarah sekali lagi kepada Jebat hampir tidak terkawal.

" Dia nak buat benda tak elok kat bini abang, ibu! Setan ni memang kena ajaq!" ujar Faiq dengan nada yang penuh dengan amaran dan ketegasan. Sebelum dsempat dia melangkah ke arah Jebat sekali lagi, Puan Aisyah segera menariknya kembali.

Puan Aisyah memandang Jebat dengan rasa tidak percaya. Dia mahu tahu apa yang sebenarnya telah berlaku. Sementara itu, Puan Halimah membantu Jebat untuk bangun perlahan-lahan.

" Faiq! Hang tok sah duk buat cerita. Aku kenai anak aku macam mana. Kalau anak aku kena masuk ICU, hang nak tanggung?!" desak Puan Halimah dengan nada yang penuh dengan rasa tidak percaya.

Baginya, mustahil Jebat akan melakukan sesuatu yang tidak elok kepada Layyin.

Faiq berkeras.
"Makcik tanyalah dia, apa dia buat dekat Layyin! Aku nampak dengan mata kepala sendiri hang nak sentuh bini aku, kan?!" Nasib baik Puan Aisyah segera menahan tubuh Faiq sebelum situasi menjadi lebih teruk.

FAIQ MUQRI LEKIRUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum