FML 19

653 36 0
                                    

" Iq, tak join ? " tanya Wan yang selaku pencatat nama.

Faiq yang sedang menghisap rokok diatas motornya itu sekadar menggeleng kepala. Terus Wan beredar menanya orang lain.

Hembusan asap rokok berlegar di udara.

Faiq hanya melihat barisan motor dimana sudah menjadi kebiasaan hujung minggu acara lumba motor berlangsung.

Bising dengan suara-suara anak muda tidak kira lelaki mahupun perempuan. Bunyi motor ditemani asap mengaburi mata.

" Bro " tegur Mirul yang baru tiba menghampiri Faiq. Mereka bersalam.

" Tak join ?" Mirul pula bertanya kerana jarang Faiq tak turun berlumba.

" Aku cuci tangan " bicara Faiq disambut ketawa dari belakang.

"Hahaha ! Sembang arr cuci tangan bagai. Esok lusa pulaih makan asap jugak" Hisham mengejek Faiq yang konon sudah tidak mahu berlumba.

Faiq ketawa.

" Macam tak kenai aku ? Gian nak race tapi tula buat masa la aku stop sat. Tengok arr esok lusa aku join balik. " ujar Faiq disudahi asap rokok dihembus.

" Juara kena rehat . Nak kawen kan? Pakai banyak tenaga ni " Hisham bergurau lalu mengurut bahu Faiq.

Mirul sudah ketawa berdekah melihat muka Faiq yang menahan sakit.

" Bab* ! Sakit bodo " Faiq menepis tangan Hisham yang masih mengurut bahu dan lengannya.

" Patah dua satgi kot belakang hang aku tabuh ! " Faiq menunding muka Hisham dengan puntung rokok.

Hisham sudah mengangkat tangan mengaku kalah.

" Uishh , jangan wei ! Belakang aku ni still sakit tak tau nak buat apa dah "

" Bukan hang pi mengurut ka semalam?" tanya Mirul menyua tangan meminta kotak rokok dari Faiq.

" Aku pi semalam dengan Luq.Masalahnya, aku habaq dah cam ni " Hisham membetulkan badan cuba melakonkan balik kejadian dia pergi mengurut.

" Tok , saya sakit belakang mintak urut pelan-pelan sebab jatuh moto. Tok tu pon tak cakap banyak tapi tau apa yang pelik ? "

Faiq mengangkat dagu bertanya apa. Sesaat kemudian baru Yon datang mendengar cerita.

" Dia pi urut tang paha aku. Sakit nak mampuih la ! Rasa nak terputuih kaki aku." bersungguh Hisham bercerita dengan mimik muka sakit.

" Hang kan sakit belakang , apa yang kena urut paha pulak ? " Yon tukang mendengar soalan Faiq kepada Hisham. Dia hanya mengangguk-angguk kepala.

" Haa nak jadi cerita aku pon bisik dekat Luq , kata semacam ja tok ni urut aku. Sekali , NAH " terkejut semua apabila Hisham menepuk tangan dengan kuat.

" Tok batin rupanya naya aku wei ! Teruih aku pecut dengan Luq " semua ketawa sakan mendengar cerita Hisham.

Mereka sambung berborak sambil dihidangi aksi-aksi motor.

-

Malam sudah lewat , baru Layyin memulakan pemanduan untuk pulang ke KL seorang diri.

Dia menganggap balik waktu malam lebih cepat sampai ke destinasi kerana dapat elak dari jalan jammed.
Fokus sahaja Layyin membawa kereta membelah jalan kampung itu.

Dia memandu dengan tenang tanpa sebarang radio hanya ditemani bunyi penghawa dingin.

2.32 pagi.

" Lambat lagi nak keluar kedah " dia mula mengeluh.

Kini dia melalui jalan perumahan kampung yang sempit yang dikelilingi hutan dan hanya beberapa lampu jalan yang menerangi.

Layyin sudah menegakkan badan untuk fokus akan jalan yang boleh dikata usang itu.

Brmm Brmm

" Eh , kenapa ni ?! " Layyin sedikit cuak apabila keretanya berbunyi asing. Dia tidak fikir panjang terus menghentikan kereta di tepi sebuah lampu jalan.

Layyin turun dari kereta dan mengangkat bahagian hadapan kereta dengan menggunakan lever.

" Oh my god ! Ottoke ?! " Layyin terkejut dengan kepulan asap yang terhasil apabila dia membuka bonet hadapan itu. Dia ingin menangis sekarang.

Dia mengosok rambutnya kusut.

" Time macam ni lah kau nak jadi kan ?! Cuba jadi bila dah sampai KL ! Yang stop dekat kampung buruk ni kenapa. Stres ! " marah Layyin menendang tayar hadapan audi r8 miliknya.

Krikk krikk

Tiba-tiba bulu roma Layyin naik , dia kembali sedar yang kelilingnya sekarang hutan gelap dan tiada sebarang kedai mahupun kenderaan lain.

Dia memandang keliling dengan rasa takut sebelum masuk kedalam kereta.

" Mama ! "

-

" Amboi , steady nampak " tegur Yon yang menyaingi Faiq disebelah. Perlahan betul Faiq bawa motor , rasanya siput lagi laju.

" Malam masih muda , Yon . Lek lek dah arr " ujar Faiq santai merasa angin malam menyapu wajahnya.

" Muda apanya. Eh - reta sapa tersadai situ " hairan Yon melihat sebuah kereta mewah tersadai di tepi lampu jalan itu.

" Kat sini pon nak buat ? " Yon sudah menoleh memandang pelik dengan Faiq.

" Buat apa ?" tersengih jahat Faiq kearah Yon.

" Jom " terus mereka menghampiri kereta mewah itu. Faiq bergerak ke pintu pemandu lalu mengetuk cermin kuat.

" Buka ! Buka ! " tiada balasan. Lagi kuat dan laju Faiq mengetuk cermin tingkap itu.

" Woi , buka ! Nak buat maksiat apa tengah-tengah sini." Faiq tidak dapat melihat dalam kereta itu kerana cermin yang tinted.

" Apa cer ? " tanya Yon dari motornya tidak ikut bersama Faiq. Faiq hanya mengangkat bahu sebagai balasan.

" Bisinglah " Layyin terus keluar dari kereta selepas ada yang mengganggu tidurnya. Dia mengosok mata tidak melihat gerangan di hadapan.

Rambut yang menutupi wajah Layyin menyebabkan Faiq sukar meneka siapa gadis ini.

Terkejut Faiq melihat tubuh gadis yang keluar dari kereta mewah itu. Ingatkan sepasang kekasih.

" Reta rosak ka ? " tanya Faiq memandang perbuatan Layyin yang tidak henti mengosok mata.

Tetiba segar mata Layyin bila mendengar suara itu.

Macam familiar.

Jumpa mamat kampung ni-

LAGI ?!

















" Khilafku yang sudah melampau mencintai makhlukMu"













⭐⭐⭐

Nexttt

Enjoy!

Vote comment and follow me muah!

FAIQ MUQRI LEKIRWhere stories live. Discover now